Assalamualaikum buat pembaca IIUM Confessions semua,
Aku kenalkan. Aku sebagai Melati Putih. Aku seorang wanita, masih belum berumah tangga, berumur pertengahan 20an. Aku disifatkan orang sebagai seorang yang soft spoken tetapi tegas.
Aku juga merupakan seorang yang berdikari. Aku bukan juga dari keluarga yang senang. Kalau nak kan sesuatu, aku mesti akan usahakan sendiri. Apa yang diberi aku ambil, untuk meminta minta tak kan sama sekali.
Untuk pengetahuan pembaca IIUM Confessions, aku adalah salah seorang pelajar cemerlang dari segi akademik yang mana setiap keputusan peperiksaanku pasti akan menjadi kebanggaan ibu dan ayah ku.
Pada zaman aku di peringkat universiti, aku merupakan pelajar yang sentiasa akan memastikan setiap keputusan peperiksaan yang aku peroleh adalah yang terbaik. Aku nak ada kerja dan kehidupan yang lebih baik.
Kita merancang, Dia Merancang, Tetapi sebaik baik perancangan adalah Perancangan Allah S.W.T. Lepas tamat belajar, aku diterima bekerja di salah sebuah syarikat yang agak dikenali.
Alhamdulillah aku bersyukur, rezeki ku datang awal berbanding kawan – kawan yang lain.
Langit tak selalu nya cerah, syarikat tempat aku bekerja mengalami masalah kewangan semasa PKP dan syarikat terpaksa ditutup sepenuhnya.
Aku ambil keputusan untuk berhijrah. Cari peluang pekerjaan di tempat lain. Juga rezeki berpihak kepadaku,
Alhamdulillah aku diterima bekerja disebuah syarikat yang jarak nya tak jauh daripada rumahku. Kerja biasa – biasa saja.
Orang cakap rezeki bila tempat kerja dekat dengan rumah. Ada bos yang baik, kawan – kawan sekerja yang sangat membantu dan. Memang baik.
Aku sekali lagi diuji bilamana syarikat tersebut juga mengalami masalah yang sama. Ditutup sepenuhnya atas beberapa masalah dalaman syarikat.
Sekali lagi aku diuji. Mencari dan terus mencari pekerjaan lain. Aku jatuh hilang semua.
Aku letih. Kadang – kadang kecewa. Aku rasa putus asa. Aku rasa penat untuk berbuat baik. Aku rendah diri.
Betul. Kadang Allah nak menguji tahap iman seseorang. Allah bagi ujian demi ujian. Tapi kita manusia biasa kan. Hati berbolak balik.
Aku sedih setiap kali tengok muka ibu dan ayah. Aku tak dapat nak berikan apa yang aku nak. Moga Allah angkat darjat ibu ayahku.
Pembaca IIUM Confessions, akhir kata, aku mohon kalian doakan aku terus kuat, doakan aku mendapat pekerjaan yang baik untukku dan seluruh hidupku.
Yang terutamanya akan ada terselit rezeki untuk aku kongsi dengan yang paling aku sayang, ibu dan ayahku. InshaAllah. Aku Redha.
– Melati Putih (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit