Assalamualaikum semua. Aku Lala, berusia 30+an. Aku kahwin dengan suami dalam 10 tahun lepas. Anak dah 3.
Aku tertarik untuk confess di sini bila baca satu confession sesorang isteri yang ada tanda2 anxiety menghadap perangai red flags suami. Apa yang dia rasa, sama dengan apa yang suami aku rasa.
Aku sedari kecil, datang dari broken famili. Mak ayah aku sayang aku, dan aku membesar tanpa masalah.
Aku tak perasan, sebenarnya penceraian dan hubungan mak ayah aku yang tak baik, sebenarnya affect aku sejak kecil. Benda tu affect dalam development perangai dan personaliti aku.
Aku mula ada masalah bila aku first time bercouple. Aku terlalu suka, terlalu attached pada lelaki tu. Aku insecure, dan clingy. Aku juga suka buatkan dia rasa bersalah kalau dia ignore aku atau tak bagi perhatian pada aku.
Lama2 lelaki tu menyampah dengan aku dan tinggal aku macam tu je. Dalam 4 tahun jugak la aku menangis.
Lepas tu aku ni senang suka pada lelaki. Senang jatuh cinta. Dan aku akan tunjuk yang aku ni sangat baik, sangat sopan, sangat anak2 dara (macam sangat terjaga la, tak campur kawan2 melepak ni semua).
Aku jadi judgemental pada colleagues yang free hair & clubbing walhal diorang tu rata2 baik sangat, cuma sosial je la.
Semua tu aku buat untuk tarik perhatian lelaki yang aku suka ni. Dan aku akan sesuaikan diri aku dengan personaliti diorang.
Kalau yang ni suka hiking, aku pun belajar hiking. Kalau yang ni jenis2 artistik, aku pun tetiba dengar lagu2 indie padahal aku tak minat langsung. Aku lost diri aku.
Then ada satu masa ni aku berkawan dengan sorang laki ni. Baik je. Kitorang agak BFF. Aku bagi tau dia aku suka dia. Tapi dia nak kawan je.
By then, aku patut blah la kan? Tapi aku stay, sebab dia pun taknak hilang aku as a friend. Tapi dia layan aku special sangat2 macam girlfriend. Main tarik tali.
Untuk gadis2 yang clueless dengan lelaki macam ni, sila blah awal2 ok. Sebab dia tak nak kau pun sebenarnya. Macam laki ni, dia layan aku, tapi in the same time, dia tengah kejar perempuan lain.
Disebabkan lelaki ni, aku punya mood memang out. Aku terkejar kan dia. Satu hari, aku baca kat internet, pasal macam mana nak handle lelaki macam ni. Masa tu, aku still nak kat dia.
Cara dia, BLAH. Kalau dia nak kat kau, dia akan kejar kau balik. Kalau kau tak penting untuk dia, dia biar je lah. So masa tu untuk pertama kali dalam hidup aku, I live my life for myself. Aku buat apa yang aku suka, bukan apa yang orang lain suka. Aku travel sorang2, makan sorang2.
Aku perasan ramai lelaki datang mengorat masa tu. Aku rasa sebab bila kau sayang diri kau, kau lebih berkeyakinan diri, penampilan kau ialah untuk diri kau, bukan untuk menarik perhatian orang lain. aura kau berubah. Dan itu sangat attractive bagi seorang lelaki.
Aku buat benda tu untuk diri aku. So masa tu, bila lelaki BFF aku tu dok kejar aku balik, by then actually aku dah tak suka dia pun. Semua benda yang aku pandang tinggi kat dia, sekarang aku tengok, mehhhh… loser.
Benda ni berlaku in less than 2 months. Betapa hati kita ni Allah pegang. Kalau Allah nak kita let go tu, in a twist kita hilang dah perasan tu.
Maaf intro ni agak panjang. Aku nak cerita macam mana pengalaman aku membentuk perangai aku yang narcissist dan menyedihkan suami aku sekarang.
Lepas kejadian dengan BFF tu, aku jumpa suami aku. Masa tu aku dah heal. Hati aku untuk diri aku. Takde lelaki lain.
So by then, Tuhan mudahkan urusan kami suami isteri. Kejap je kitorang kawen. Dan aku sangat sangat bahagia dengan suami aku.
Cuma, masa tgh bertunang, masa awal2 kawen, aku selalu mental torture suami aku. Dia lambat bangun, aku marah. Dia tak buat ni, aku marah. Dia tak buat tu, aku marah. Dia tak buang sampah, aku bad mood.
Bila aku bad mood, aku tak mesej, tak reply, tak apa. Dia dok bombard aku dengan calls and text tapi aku tak layan. Dan aku puas hati bila dia rasa bersalah tak buat apa yang aku suruh.
Aku puas hati dia dok terkejar2 kan aku nak cari aku, minta maaf, etc. Sbb aku tau dia sayang aku. Ingat ya aku cakap ni, AKU PUAS HATI.
On the other hand, aku girlfriend dan tunang yang sangat2 baik. Layan dia baik, belanja dia etc. Faham hobi dia. Aku buat apa saja supaya dia rasa rugi la dia kalau hilang aku.
Bila fikir balik apa aku buat, aku sedar aku sangat manipulative. Tapi masa tu, aku tak tau.
Benda ni berlarutan sampai anak seorang. Aku benci suami aku busy. Aku benci kalau dia balik lambat. Setiap hari dia akan berdebar2 fikir apa salah dia buat hari ni.
Kalau masa buka pintu tu muka aku manis, ok syurga. Kalau masa tu muka aku masam. Ok neraka.
Banyak benda berlaku sepanjang 10 tahun kami kahwin, ujian kami ialah perangai aku. Aku seorang isteri dan ibu yang baik.
Cuma bila aku penat atau aku tak puas hati, aku akan jadikan hidup suami aku like hell. Aku akan bad mood, masam muka berhari2, silent treatment.
Kitorang takde bertengkar atau bergaduh tau. Tapi aku rasa mental torture tu lagi teruk daripada kitrg actually confront each other.
Cara aku justify apa aku buat, aku bayar half kehidupan kami. Tapi aku still buat lebih dari segi jaga anak dan kemas rumah. Aku penat, aku fikir aku deserve better. Aku rasa suami dan anak aku menghalang perjalanan karier aku dan pull me down.
Aku rasa aku boleh capai lebih lagi kalau aku tak perlu buat benda2 ni semua. Aku cemburu dengan kawan2 yang lebih berjaya. Semua tu aku lepaskan kat suami aku sebab aku rasa ni semua salah dia.
Then PKP happens. Kami duduk rumah. Aku mohon maaf kepada semua yang terjejas, tapi PKP ni starting untuk aku berubah dan kami dapat kehidupan lebih bahagia.
Bila suami ada di sisi aku 24 jam, aku hilang rasa insecured, hilang rasa cemburu. Aku pun kurang penat sebab kami buat kerja rumah dan jaga anak sama2.
Mungkin sebab aku terlalu sayang pada dia. Aku attached. Aku clingy.
Mungkin sebab parents aku divorced, so aku takut dia ada perempuan lain masa dia ke office, aku takut dia pandang perempuan lain atau attracted pada perempuan lain yang lagi menarik daripada wife dia yang mental kat rumah.
Mungkin sebab aku tak membesar dengan ayah aku, jadi aku mencari kasih sayang pada lelaki lain. Sebab tu aku mudah jatuh cinta.
Mungkin, mungkin, dan mungkin. Aku cuma tau, bila suami ada sentiasa di sisi aku, mental aku stable.
Aku mula open dengan suami. Confront apa kami suka dan tak suka. In relationship, sex, family, career. Semua kami start open. Benda2 taboo atau memalukan sebelum ni pun kami akan discuss.
Bila aku tak stable atau start marah2, aku akan cuba sedaya upaya untuk cool down. Marah tak lebih 15 minit, pastu aku terus cari suami dan peluk dia minta maaf, walaupun bukan salah aku.
Kami mula banyak cari me time sama2 berdating untuk kembalikan spark. Anak2 tinggal kat pengasuh atau hantar ke kampung. Benda ni aku rasa paling mengembalikan cinta kami.
Ada masa aku senang dapat anxiety, especially bila apa aku rancang tak menjadi. Aku plan untuk hadir kaunseling sebab benda ni masalah diri aku dan bukan orang lain.
All in all, cara aku ubah diri aku, ialah aku cari punca. Dan support. Pada aku support terbesar ialah suami aku, so aku buat apa yang boleh untuk bahagiakan dia, supaya aku pun bahagia.
Kalau lepas ni kami diuji dengan benda lain atau ujian Tuhan, aku harap by then aku dah cukup kuat untuk hadapi apa saja.
Dan untuk pasangan yang masih hidup dengan spouse yang suka play victim macam aku, suka menyalahkan korang macam apa yang aku buat pada suami aku.
Solutionnya memang orang tu sendiri kena berubah. Korang boleh bertahan dan bersabar macam mana pun, tapi kalau dia tak nak berubah, dia tak cari punca, benda takkan jadi apa.
Dulu aku tak jumpa parking pun aku salah kan suami aku. Padahal dia kat rumah. Apa bodoh la.
Aku bertuah sebab suami aku bersabar. Aku tak nafikan segala mental torture yang dia hadap selama ni. Kalau dia jumpa perempuan lain yang lagi baik, memang padan muka aku.
Aku akan terus kan jadi lebih baik untuk diri aku dan orang2 yang aku sayang. Mohon doakan aku.
– Lalaland (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit