Assalamualaikum, nama saya Mak Kundur. Saya berumur lingkungan 30an. Saya bekerja sebagai pegawai penyiasat di sebuah tempat yang terkemuka. Dah berkahwin dan ada anak.
Ini adalah cerita yang sangat benar, cuma saya olah sikit sebab tidak mahu nampak sama. Saya bukan penulis hebat dan carca merba sikit dalam karangan.
Saya ni tiada la pengalaman sangat dalam bidang pekerjaan, tapi dalam 15 tahun adalah la, hahaha. Perasaan nak bercerita ni terjadi bila semalam ada sorang pakcik (lelaki berumur 50 an) ni datang jumpa saya.
Dia buat laporan mengatakan video bogelnya yang mengosok kemaluan telah tersebar, dan orang tu minta duit. Saya tak nak cakap baik-baik dengan dia, saya cakap dia bodoh jika dia terus bayar pada orang tu.
Saya tanya macam mana boleh ada video itu, dan dia kata kenal melalui wechat saja. Banyak kali dia beristifar.
Rupanya bila saya cek wechatnya penuh dengan chat perempuan dan duk mengatal tanya berapa harga untuk satu malam.
Yang paling tidak tahan, pakcik ini bekerja sebagai perawat di Darul Syifa. Haishh, orang macam ni ke nak jadi perawat.
Kisah kedua, perempuan ini umur dalam 40 tahun, kecik je orangnya. Rupanya telah menjalankan hubungan cinta dan buat s3ks beberapa kali dengan budak lelaki umur 14 tahun. Perempuan ini ada suami dan anak ya.
Budak lelaki itu dalam keadaan kebingungan kerana pertama kali mengenali s3ks dan telah menjadi ketagih.
Saya tanya suami dia, dia tahu ke apa yang berlaku. Ya, dia tahu, tapi dia tidak tahu kenapa boleh jadi bisu dan bersedia memaafkan isterinya.
Kisah ketiga, si mak kahwin dengan lelaki lain. Si mak bawak anak kandung tinggal bersama suami.
Kesian…. bila si anak beritahu pada mak kandung bahawa bapa tiri cabul beberapa kali.
Tapi mak tak percaya, malah tuduh anak mereka-reka cerita dan sangat marah kepada bekas suami, kononnya backup anak mereka.
Anak dia pun dalam keadaan trauma dan berubah jadi pendiam. Bapa tiri ni ustaz ya, dan alim-alim sangat. Pijak kutu pun tak mati
Seterusnya, lelaki ini (umur dalam 20an) dia macam slow learner sikit, tapi dia ada nafsu. Sayangnya nafsu dia sonsang.
Masa jumpa dia, dia cakap apa yang dia buat tak salah, sebab suka sama suka. Masalahnya pasangan dia lelaki, di gelarkan ustaz, jual barang-barang mati. Pakai kopiah.. siap si ustaz hisap kem4luan budak itu beberapa kali.
Bila saya tanya dah kenapa ni ustaz, alasan.. tak tahu la kenapa.. saya rasa bersalah sangat.. buang je la kopiah tu ustaz.. tak layak lansung pegang title dan boleh pergi mati dengan guna barang-barang yang dijual tu.
Paling sedih rasanya. Si ayah suruh anak kandung (perempuan) menghisap kem4luannya. Banyak kali. Saya tidak faham kenapa si ayah ini sangat berperangai macam syaitan. Tiada sifat tanggungjawab sebagai seorang bapa.
Nasib baik anaknya sangat tabah dan boleh menjalani kehidupan seperti biasa. Tapi itulah, maknya telah tarik repot. Saya tak faham apa motif dia, padahal sebelum dah tanggung suami macam biawak hidup.
Konlusinya.. macam-macam kes yang saya terima. Tiap kali dapat kes yang pelik-pelik, mengalir air mata mengenangkan orang yang menjadi mangsa.
Tapi kalau yang bersalah tu, memang padan muka dan kita berpuas hati kerana kita dapat bantu mereka yang teraniaya.
Lagi satu, jangan tak percaya kalau kita dengar orang yang alim tu sebenarnya hanya untuk menutup mata kita sahaja.
Sekian terima kasih..
– Mak Kundur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit