“Jangan sebab perempuan tu, kau abang hilang berkat kau”
Tu perkataan mertua aku dekat suami aku. Otak aku penat. Yang aku fikir sekarang, selamatkan emosi aku, sihatkan emosi suami aku. Anak aku perlukan mak bapak yang sihat dan bahagia.
Sebenarnya, semua ni dah bermula dari awal zaman kanak-kanak suami aku. Yang akhirnya yang jadi, “unresolved inner child trauma’ sampai bila dewasa perlukan bantuan terapi physiology.
Tapi biar aku cerita bermula mana aku dah ‘give up’ dengan mertua narsisitic.
Ntah lah aku tak tahu nak bermula dari mana. Sebab hakikatnya bila aku ingat balik, aku sakit. Dada aku rasa sempit. Oh, ini sebenarnya perasaan suami aku bila dengan keluarga dia.
Jadi itu sebabnya suami aku bila dengan keluarga sendiri, dia akan pasang ‘survival mode’. Aku tak faham masa awal-awal kawin, tapi bila aku kene hadap sendiri. ‘Survival mode’ suami aku cuma mahu terus hidup dengan keadaan masih waras.
Raya 2021
Aku ada anak lelaki umur 5 bulan. Raya tahun ni kitaorang pilih untuk raikan keluarga mertua aku dulu. Dua minggu kitaorang dekat kampung suami aku. 1 minggu sebelum raya, dan satu minggu selepas raya.
Setiap anak yang lahir dekat dunia ni, dilahirkan dengan kemampuan yang berbeza. Begitu juga anak aku.
Anak aku tak mampu tidur dalam keadaan bingit, bising dan cerah. Dan perkara tu terbukti, bila aku yang masih cetek ilmu buat sedikit pembacaan aku dekat IG baby language.
Dan aku nampak kesan memaksa anak aku untuk tidur dalam bingit dan cerah. Anak aku sampai mata dah lebam, merah-merah bawah mata. Anak aku ‘overtired’. Meragam sebab ‘overtired’ tu sudah semestinya.
Aku cuma minta waktu sekejap masuk dalam bilik untuk tidurkan anak aku.
Jadual tidur anak aku terganggu sedangkan waktu tidur adalah keperluan untuk anak. Bila jadual tidur terganggu automatic jadual susu anak juga terganggu. Bila jadual susu anak terganggu, akan akibatkan anak aku colic.
Bila anak aku colic, anak aku akan meragam menangis waktu malam, dan buatkan colic anak lagi teruk bila anak dah ‘refuse’ untuk susu kesan pada colic, terganggu waktu tidur malam aku, suami aku dan anak aku.
Bila waktu tidur malam aku dan suami aku ” jet leg” pulak tiba-tiba macam zaman anak aku new born, aku dengan suami aku tak mampu nak bangun pagi seperti biasa. Kemampuan anak tidur dalam bising dan kemampuan anak tidur sendiri, adalah dua perkara yang berbeza.
Dalam usia 4 bulan nak masuk 5 bulan, anak aku dah mampu untuk self-shooting tidurkan diri sendiri, takde dah ‘jet leg’, siang mengantuk mal berjaga. Bagi aku itu jugak satu pencapaian, tak perlu dipaksa perkara yang anak tak mampu.
Setiap hari dipaksa suruh ajar anak tidur dalam bising. Jadi mula lah aku dah dengar bisikan-bisikan ‘menantu Uji (nama gelaran mertua aku) pukul 10@11 baru nak bangun ke”.
Jadi dekat sini gunung berapi yang masing-masing simpan mula meluap. Anak jantan korang pon lost bila anak ‘jet leg’, yang nak mengata betul anak orang lain dulu tu kenapa la?
Rumah mertua aku adalah rumah tunggak, maksudnya bila raya seluruh sanak saudara akan berkumpul, bermalam di rumau mertua aku. Memang bising.
Aku cuma perlukan ruang untuk ‘breastfeed’ anak aku dengan selesa dalam bilik (takkan nak menetek dekat luar dengan bukan mahram ramai dekat luar, bila nak menetek dekat luar aku kena pakai cover,
Dan cover tu buat anak aku panas, anak aku akan nangis tak selesa walau aku dah beli ‘nursing cover breathable’, bila aku pam susu ke botol, anak aku reject botol).
Aku cuma perlukan ruang sekejap sahaja. Ini keperluan anak aku. Waktu standard bayi menyusu adalah 20 ke 45 minit. Tapi dalam tempoh 30min, 3 kali mertua aku suruh aku bawak keluar anak aku untuk jadi tatapan orang dewasa.
Sumpah aku dah sedikit terganggu waktu tu, tapi aku masih tak cakap apa. Aku masih layankan lagi kehendak diaorang.
Masuk raya ketiga, aku dah tak boleh tahan tengok anak aku ‘overtired’ teruk. Dengan selsema lagi, bila ada orang dewasa yang kurang sihat, tapi masih cium anak aku tak tentu pasal.
Banyak mana ja aku mampu kawal kelaku orang tua. Aku dengan suami aku pon ‘overtired’ bila waktu malam tak boleh tidur sebab anak, siang pulak tak boleh tidur sebab tetamu raya. Jadi aku laki bini keluar rumah sekejap, sekejap sahaja. Sebelum magrib dah balik.
Sekiranya, anak aku dapat balik tidur yang terganggu sebelum ni. Dapat tidur pon dah nikmat. Dapat menyusu sampai kenyang tanpa gangguan pun dah nikmat. Duduk dalam air cond kereta, tak panas macam dekat rumah pon dah nikmat.
Bukannya aku duduk mengadap air cond direct. Colic anak tu perlahan-lahan la aku bantu anak aku. Padahal kitaorang cuma nak tidur, tanpa gangguan. Kitaorang nak tenangkan emosi, tanpa gangguan.
Tapi bila kitaorang balik. Dalam jam 11 pm, anak aku belum tidur lagi. Memang tak tidur la tadi siang dah puas tidur. Baru aku nampak anak aku yang ceria balik.
Tidak kuyu je, merengek je. Baru aku nampak anak aku yang aktif balik nak bergolek meniarap, dah dapat keperluan dia cukup. Sihat la anak. Jadi aku semangat nak bawak anak aku keluar main dengan atuk dia, sebab anak tengah aktif.
Tengah seronok main, ibu mertua aku jerit, “kenapa tak tidur lagi ni, korang bawak anak keluar, itu anak sakit, itu anak tak tidur. Ni masuk angin ni perut, kenapa biar anak sakit, bawak anak keluar”.
Mertua aku terjerit-jerit tengah-tengah rumah yang ramai saudara mara. Masa tu rasa marah aku dah mula meledak. Cuma aku tahan lagi, aku terus pegi mandi. Aku suruh suami aku bawak anak aku masuk bilik.
Dalam otak aku,
“Kenapa nak kene cakap terjerit-jerit sampai satu rumah boleh dengar, nak bagi tahu aku mak bapak bodoh sangat ke bawak anak aku keluar sekejap.”
“Oh, bila rancangan ibu nak keluar malam-malam boleh pulak. Oh, tak de pulak ye anak masuk angin, anak sakit bila keluar tu sebab hajat ibu, datang bila kitaorang keluar sebab hajat kitaorang, bercakap dengan kitaorang macam kitaorang mak bapak bodoh, durjana biar anak sakit”.
Itu yang bermain dekat kepala otak aku. Ya aku marah.
Ibu tak nak hormat pendapat kami laki bini, masa aku laki bini, ketidakmampuan aku laki bini, kehendak, kekurangan. Tapi meminta untuk aku laki bini mengikut cara diaorang banyak sangat.
Ya, aku marah. Banyak benda. Sebab aku laki bini pendam. Dari awal aku kenal ibu, dan dari zaman “childhood” suami aku. Semua berkait.
Tapi aku pilih untuk kawal diri aku dengan duduk dalam bilik diam-diam.
Long short story, perkara ni perlu diselesaikan. Aku taknak jadi luka inner child trauma macam suami aku hadap bila biar emosi tak terkawal tu bertapuk-tapuk. Memandangkan aku bercakap berdepan, tegur elok-elok, suami aku tegur sampai gaduh-gaduh pon tak jalan.
Perkara sampai dah buat anak aku sakit mengikut cara diaorang, buat mental aku terganggu, buat suami aku sampai kene pergi terapi. Aku dan laki aku pilih untuk bercakap melalui whatApps, personal ibu ayah sahaja.
Luahkan, dengan harapan ruang yang luas ni ibu ayah boleh berfikir bagi ruang untuk kehidupan masing-masing. Bagi ruang untuk emosi masing-masing berkembang. Muhasabah kenapa Ali bin Abi Talib bagi tahu, anak 21 tahun ke atas perlu dilepaskan ke masyarakat.
Kitaorang cuma cakap 3 perkara utama,
1) Berlemah lembut dalam perkataan itu bahasa cinta.
2) Kitaorang ceritakan sedikit emotional struggle yang suami aku hadap.
3) Aku minta ruang untuk aku laki bini besarkan anak aku dengan cara kitaorang, dengan setakat mana kemampuan anak aku bukan dengan paksaan.
Tapi semua turn upside down,
Suami aku dah kena panic attack. Aku sebagai seorang isteri apa aku nak buat ni. Panic attack boleh serang saluran pernafasan, laki aku boleh mati.
Aku pegang telephone, mungkin aku boleh call number suami aku yang ada depan mata aku ni saja. Jadi dia boleh angkat phone. Suami aku keluar dari situasi ni sekejap.
Sekurangnya dia boleh bernafas sekejap. Ya, otak aku serabut fikir cara nak bagi laki aku keluar dari sesak nafas dia. Dengan waktu susu anak aku, 3 kali aku panggil mintak anak aku untuk susu kan. Tapi 3 kali tu jugak sepupu dan ipar suami tak pedulikan aku.
Alih-alih yang aku dapat,
“Kak Farah letak telephone tu. Hal keluarga jangan nak heboh dekat orang”.
(Nanti aku cerita kenapa ipar aku cakap macam tu)
Orang tua persoal kan adab anak, tapi … Nasihat anak depan saudara mara, maki hamun anak depan saudara mara itu perkara beradab.
Sebabkan kitaorang laki bini minta ruang…
Yang dikatakan mertua aku, aku hasut suami aku, yang dikatakan mertua aku, aku nak pisahkan ibu dengan anak lelaki ibu dan cucu ibu.
Yang di buat mertua aku, terjerit-jerit satu rumah, menangis teruk, jaja kesalahfaham diaorang terhadap aku satu keturunan diaorang, aku pemecah belah keluarga diaorang.
Sampai lah keluar perkataan dari ibu mertua aku
“Jangan sebab perempuan tu abang hilang berkat dari ibu, dari ayah, dan dari keluarga abang”.
Jadi sekarang aku dah faham kenapa suami aku sentiasa on survival mode dan selalu flight mode dengan keluarga dia.
Part 2..
Coming soon…
– Farah Alya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit