Assalamualaikum, sahabat semua. Alhamdulilah. Hari ini awal bulan Ramadhan tahun 2023.
So.. Nak mula dari mana ye?? Hehe.
Hi! Nama saya Ara. Ara sekarang umur 20 an lebih macam tu.
Korang dah baca tajuk kan?
Sebenarnya Ara nak cerita pengalaman Ara ketika Ara berumur 16 tahun dulu.
Ketika itu, Ara seorang perempuan yang agak introvert. Pendiam dan memang susah nak untuk didekati. Ara jenis yang tidak suka kawan dengan perempuan. Tapi sebaliknya Ara ramai kawan lelaki.
Tapi Ara bukan tomboy, Ara perempuan sejati gitu. Hehe.
Ara mula berkawan dengan sekumpulan geng lelaki di sekolah menengah ketika umur 16 tahun dulu.
Masa itu, Ara seorang saja perempuan yang lain lelaki.
Ara paling rapat dengan seorang kawan lelaki yang bernama Ariq.
Ariq seorang yang baik, rajin dan kadang kadang otak masuk air. Haha.
Memang kami berdua rapat macam adik beradik lah. Sampai minum air pun kongsi.
Dah berbulan kami berkawan sehingga masuk awal bulan umur 17 tahun.
Ara mula sukakan Ariq dengan mendalam. Ara berangan ingin teruskan hidup dengan Ariq.
Tapi, harapan Ara terhenti ketika Ara terlihat Ariq dan teman wanitanya sedang shopping di mall.
Ketika itu, Ara fikir nak confess kat Ariq, Ara bawa bunga dan coklat tapi sudah nampak depan mata Ariq dengan teman wanitanya.
Hasrat Ara terhenti. Ara terus buang coklat dan bunga itu.
Ara menangis tak henti. Ara lari dari mall sambil air mata keluar tak henti. Sampai basah tudung Ara.
Malam itu, Ariq telefon Ara. Ara tak angkat dan block Ariq.
Esoknya, Ariq datang rumah. Ariq beritahu Ara dia nampak Ara buang coklat dan bunga semalam. Dia tanya kenapa buang dan untuk siapa?
Ara tipu Ariq. Ara beritahu yang itu untuk orang yang Ara suka dalam mall haritu tapi dia ada orang lain. Ara tak cakap itu Ariq.
Ariq pujuk Ara untuk move on dari lelaki itu. Walhal itu adalah diri dia sendiri.
Berbulan sudah sampai nak dekat SPM, hubungan Ariq dengan teman wanitanya nampak mesra dan makin serius. Dengar cerita, mereka nak berkahwin selepas SPM.
Ara hanya membisu dan jarang rapat dengan Ariq. Bila fikir balik, Ara nak move on dari Ariq. Tapi, still tak boleh walaupun baru crush kat Ariq berapa bulan. Hmm.
Lepas SPM, Ara pindah tempat lain. Jauh dari Ariq. Selepas Ara pindah, khabar Ariq pun Ara tidak tahu. Semua social media dia Ara block dan tidak ikut lagi.
Jauh sudut hati Ara, Ara masih suka dan cinta Ariq. Masih mengharapkan agar hubungan Ariq dengan teman wanitanya putus. Dan Ara boleh tawan hati Ariq balik. Jahatkan Ara?
Tapi tidak.. Ara hanya menunggu Ariq untuk cari Ara. Tapi suatu hari, kawan Ara ajak Ara datang satu kenduri kahwin di kampung Ara dulu.
Ara malas nak pergi, tapi selepas beribu kali dipujuk, akhirnya mengalah jua.
Ara ikut kawan Ara yang namanya Nizam.
Kata Nizam, dia tidak ingat siapa yang berkahwin tetapi dia pasti yang kahwin itu kawan lama Ara.
Ara fikir siapa. Ternyata..
Setibanya kami di majlis itu, alangkah terkejutnya Ara.
Orang yang di atas pelamin itu adalah Ariq dan teman wanitanya dulu. Raisya namanya.
Ara seperti tidak percaya. Ikutkan hati, nak saja Ara balik. Tapi… Nizam paksa Ara untuk menyapa Ariq.
Ara naik atas pelamin bersalaman dengan isteri Ariq dan ucap tahniah. Sedangkan dalam hati, hanya Allah yang tahu.
Ara memandang Ariq sayu. Sampai air mata Ara mengalir.
Ariq hairan dan tanya Ara kenapa Ara menangis.
Sebagai hubungan ‘kawan’ dengannya, Ara hanya cakap yang air mata gembira kerana Ariq kahwin. Lalu kami gelak bersama.
Hanya Allah yang tahu dalam hati, hancur. Sedih. Kecewa. Benci. Astagfirullah, Ara cuba hilangkan perasaan Ara.
Ariq dah pun berkahwin, dah ada isteri. Takkan Ara masih suka dia dan nak hancurkan rumah tangganya?
Lihat dia tersenyum pun, dah buat hati Ara gembira.
Selepas majlis itu, Ara pulang dengan Nizam.
Ara ajak Nizam pergi berhenti di sebuah taman tempat Ara dan Ariq selalu lepak.
Ara luahkan semua kepada Nizam sebab dia perasan yang Ara tak gembira.
Ara beritahu dia, yang cinta ini memang jahat kan? Memang nak bagi orang jadi jahat. Sampai orang dah kahwin tapi still sayang kat dia.
Nizam hairan. Dia terus tanya Ara yang Ara sukakan Ariq ke??
Ara mengganguk lemah.
Nizam terus berpesan pada Ara.
Ara.. Lupakanlah si Ariq itu.. Jangan fikir sangat pasal dia. Dia dah kahwin. Kalau tiada jodoh, jangan sedih. Mungkin ada lagi yang lebih baik dari Ariq itu. Ehem, Nizam kan ada?
Nizam sengaja berjenaka nak bagi Ara ketawa. Kami gelak bersama.
Betul apa kata Nizam, tapi.. Hati Ara tetap tak boleh ubah. Masih ada perasaan untuk Ariq.
Akhirnya.. Berbulan Ara cuba move on. Alhamdulilah.. Ara boleh lupakan Ariq.
Sekarang, Ara dah kahwin dengan Nizam. Ara bahagia sangat dengan Nizam. Dia layan Ara macam satu satunya bidadarinya. Sebenarnya Nizam ada hati kat Ara dulu.
Ariq? Ara hanya doakan dia bahagia dengan Raisya. Walaupun tiada jodoh, Ara bahagia, dia pun bahagia.
Walaupun dulu Ara sedih melihat dia dengan Raisya, tapi sekarang Ara sudah lupakan dia.
Ara tidak tinggal doakan untuk Ariq agar bahagia, sebagai kawannya. Ara cuba rapat balik dengan Ariq dan melayannya seperti adik beradik dulu. Yang otak masuk air dulu. Haha.
So.. Itu jelah. Nak sedih ke happy tak tahulah.
Mesti korang pun cringe kan?
Pengajarannya, walaupun seseorang itu membuatmu nyaman, jangan fikir dia dapat membawa kita ke atas pelamin. Jodoh itu tidak disangka..
Dikala kita dijemput ajal, kita masih tidak tahu siapa jodoh kita. Rahsia bukan?
Jadi.. Fikirkan lah ya sahabat semua.
Jika ada kes macam Ara ini, jangan jadi orang ketiga musnahkan rumah tangga orang. Berdosa besar. Redho dengan takdir Allah SWT.
Bismillah, bye sahabat semua.
– ara (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit