Aku Ada Segalanya Tapi Bukan Keluarga Yang Bahagia

Salam Ramadhan semua. Aku AA, perempuan (bukan nama sebenar). Saja nak cerita tentang kehidupan aku.

Bila difikirkan balik aku jadi sedih takde mood. Jadi aku selalu sibukkan diri.

As for the topic, memang betul apa aku nak hampir semua dapat dan mampu beli cuma mak aku tak berapa okay.

Aku anak sulung, ada adik lelaki sorang adik perempuan sorang. Parents dah bercerai masa aku kat university dulu.

Ayah aku kerja luar negara dan mak aku di sini besarkan kitorang. Sebab tiada persefahaman maka diorang pun berpisah.

Sebelum berpisah lagi mak aku memang panas baran, kadang tu tak boleh control langsung, habis semua kena marah. Benda tu kecik je tapi suka besar-besarkan dan suka mengungkit.

Aku tak suka perangai macam tu, aku tak suka dengar bising-bising. Dulu kena pukul tu dah biasa.

Orang tengok aku ni happy je, rumah besar, kereta besar apa nak semua ada. Tapi tulah dalam hati aku tak happy.

Aku start rasa perasaan ni masa sekolah menengah, selalu menangis, buat kerja rumah, kena pukul, kena maki (mulut memang takde insurans langsung, cakap main lepas je). Sedih sangat.

Sampai satu tahap aku rasa nak report je polis tapi bila fikir dia mak aku tak sanggup aku nak buat macam tu.

Sekarang aku tinggal jauh (taklah jauh sangat) dari family. Aku kerja dan duduk rumah sewa.

Kadang tiap minggu ada je benda nak suruh aku balik rumah. Bila balik rumah, bukan pergi mana-mana pun, kadang nak rileks pun tak boleh, kena buat kerja rumah.

Aku kat sini kerja dahlah penat lagi balik rumah nak buat benda lain. Kadang aku tak faham nak kemas apa lagi kat rumah tu.

Aku tak nak balik dia cepat je tersentap, pastu maki lah apa lah. Aku penat dan malas nak layan. Perangai hanya Allah je tau.

Ada satu hari aku rasa nak je bunuh diri tapi setiap kali aku fikir macam tu aku selalu ingat tu dosa besar. Ada iman lagi walaupun ilmu agama aku biasa-biasa saja.

Sekarang pun mak aku panas baran jugak, lagi sensitive dan cepat tersentap. Dia aja yang betul, yang lain semua salah.

Lagi satu, cara solat dia aku tengok gerakan tak berapa betul. Contoh bila rukuk tak sampai 90 degree dah bangun. Bila ditegur aku dimarahnya balik.

Aku cuma mampu berdoa pada Allah agar lembutkanlah hati dia, berubah menjadi orang yang baik.

Sekarang aku dah besar aku cuba untuk handle sebaik yang mungkin, banyak mengalah. Tapi tulah ni je yang boleh buat aku malas nak fikir.

Aku kerja sebagai pharmacist. Gaji besar, stabil dan selalu aku belanja adik-adik aku mak aku. Untuk aku selalu aku tak berapa nak fikir.

Haha. Boyfriend selalu support aku dari segi mental. Banyak dia nasihat dan buat aku tenang dan berfikir secara waras. Selalu aku cerita problem kat dia.

Btw dia orang cina, memang betul orang cina lelaki ni caring. Cara dia treat aku sama macam mana ayah aku treat aku masa kecik.

Sekarang dah tak dapat kasih sayang daripada seorang ayah. Sedih sangat tapi apa boleh buat. Ini ujian untuk aku.

Aku bersyukur dapat kenal dia. Dah 5 tahun together. Selalu aku berdoa pada Allah ‘kalau benarlah dia jodoh aku maka Kau permudahkanlah, kalau bukan maka jauhkan’.

Kalau aku ada mood nanti aku boleh cerita pasal bf pulak. Haha.

Aku tak dapat nak cerita panjang-panjang nanti mungkin akan sambung lagi. Cuma nak luahkan pada korang. Jangan ingat semua orang kaya tu bahagia.

Dalam Instagram nampak happy tapi realiti sadis. Doakan aku mampu untuk menjalani kehidupan ini dengan lebih tenang dan rasional.

Memang orang tengok aku happy je tapi aku pandai sorok. Haha. Terima kasih kerana sudi baca semua.

– AA (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *