Letih Cari Kerja

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang sudi membaca coretan ini. Terima kasih admin, jika confession ini disiarkan.

Nama aku Bellflower. Aku yakin diluar sana pun ada yang senasib dengan aku.

Pergi temuduga sana sini tapi akhirnya tak dapat. Buang duit bayar tambang Grab, buang masa. Kecewa tu jangan cakap.

Katanya ekonomi merudum. Jadi sukar nak dapatkan kerja. Kalau nak kerja, kena turunkan gaji. Tapi kerja kena buat untuk dua tiga orang.

Aku sebenarnya baru mula cari kerja Februari 2023. Banyak kali pergi interview.

Aku hantar surat berhenti Januari 2023. Sukarela berhenti kerja sebab tak tahan persekitaran toksik dan micromanage. Pihak pengurusan suka kutuk belakang juga.

Gaji aku hampir RM6,000. Agak lumayan kerana aku juga masih single dan cuma ada komitment rumah sebiji dan rumah sewa.

Kalau difikirkan gaji, memang aku tak akan berhenti. Tapi aku tak boleh tahan. Tak boleh hadap dengan kerenah atasan yang suka mencari salah dan mengatur dalam semua benda.

Waktu makan tengahari juga diatur harus keluar makan dengan rakan sekerja.

Kalau tak keluar makan sekali mereka akan cakap kurang ajar dan tidak hormat rakan sekerja.

Aku dah kerja sana hampir 8 tahun. Cukup sudah. Tiap malam aku tak boleh tidur. Aku tidur aku mimpi pasal kerja. Mimpi pasal majikan cari aku.

Ada satu ketika telinga aku bunyi deringan telefon meskipun tiada yang telefon. Masa tu waktu majikan aku suka telefon cari aku pasal kerja. Hujung minggu pun ganggu urusan kerja.

8 tahun sudah cukup lama aku bertahan. Ahli keluarga aku semua membantah tapi mental aku dah tak kuat. Jerawat naik. Sakit kepala jangan cakap.

Sampai satu tahap aku nak terjun bangunan dan menyalahkan takdir Allah. Jadi tanpa sebarang tawaran kerja aku berhenti. Aku dah tak peduli.

Aku takut aku derhaka pada Allah. Aku takut aku ambil tindakan yang tak betul. Aku tak berputus asa dengan rahmat Allah.

Aku cuma berputus asa dengan diri sendiri. Umur aku dah hampir 30 tahun. Aku cuma nak pemulaan yang baru di tempat baru. Aku tak nak hadap lagi persekitaraan toksik di tempat kerja.

Aku harap aku dapat cari kerja secepat mungkin. Meskipun aku belum dapat kerja.

Aku ada sedikit simpanan untuk aku bertahan kalau aku tak dapat kerja untuk tempoh beberapa bulan. Aku cuma harap aku dapat kerja sekarang.

Aku tak nak bazirkan simpanan aku dulu. Aku dah letih.NLetih pergi balik temuduga. Letih kena ‘sidai’.

Bila tanya status temuduga dari penemuduga mereka tak balas. Susah sangat ke nak balas and bagitahu “anda tidak berjaya”?

Kalau boleh jemput orang dengan email yang professional dan call untuk orang pergi temuduga, tolong tolak orang dengan cara baik kalau mereka tak berjaya.

Tiap hari rasa nak nangis. Aku tahu ini jalan yang aku pilih. Aku yang buat keputusan untuk berhenti. Tapi aku dah tak sanggup. Setiap hari aku pergi kerja tak gembira.

Ini kerja pertama aku lepas habis belajar. Aku takut aku susah cari kerja sebab tak banyak pengalaman dan cuma pengalaman di tempat lama.

Tolong doakan aku dapat kerja baru ya. Kalau ada petua untuk berjaya temuduga boleh share tak?

Terima kasih semua.

– Bellflower (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *