Assalamualaikum pembaca budiman. Saya perlukan bantuan atau cadangan anda tentang ada tak cara untuk tuntut hutang dengan mudah terhadap kakitangan kerajaan. Contohnya melalui ketua jabatan mereka atau seperti cadangan peguam.
Alkisahnya, saya ada seorang sahabat bernama Aida. Saya ada bagi pinjam duit dekat dia hampir 40 ribu ringgit secara berperingkat.
Amount tu boleh jadi sebanyak tu sebab selepas dia melahirkan anak, anak dia sakit sampai tak boleh keluar hospital dah. Anak dia ada masalah otak, tumbesaran tak sama macam kanak2 normal lain. Dekat 2 tahun anak dia duduk hospital sampai baby tu meningal.
Kebanyakan ubat dan susu anak dia terpaksa import dari negara lain yang memerlukan wang ringgit yang banyak. Aida hanya kerani saja di putrajaya, dan anak dia berada di kelantan ketika itu. Aida ni orang kelantan.
Jadi setiap minggu Aida akan balik kampung tengok anak, dan masa tu suami dia pun terpaksa berhenti kerja untuk jaga anak. Sebab tak de orang boleh jaga anak depa. Aida pun dah ambik cuti setahun tanpa gaji masa tu. Lepas tu suami dia pulak la take over.
Masalah kewangan sering menjadi isu besar dia. Atas dasar simpati dan tak sampai hati, saya selalu la offer duit untuk dia. Sebab saya memang lembut hati. Tambah2 tengok baby tu rasa sangat kesian.
Aida tak pernah tolak offer saya. Ye la, dengan gaji dia yang tak seberapa tu nak kena bayar sewa rumah, makan, transport pastu wang belanja untuk suami dia lagi memang dia selalu tak cukup duit.
Mula2 saya bagi ratus2 ja. Lepas tu ada sekali dia sendiri mintak 5 ribu. Katanya ada ubat nak kena beli, duit tu boleh claim balik kat kerajaan cuma lambat sikit. Lagipun katanya, kalau nak tunggu claim dulu proses tu lambat, sedangkan anak dia perlukan ubat tu segera.
Jadi saya pun tanpa fikir panjang terus bagi la. Masa tu saya tak de masalah duit sebab saya main saham. Alhamdulilah saham saya selalu naik tinggi, cuma lepas saya dapat tahu fatwa dah kata saham tu haram, jadi saya terus berhenti la.
Bila dia tahu saya main saham, dia pun kata nak belajar main. Katanya segan sebab banyak susahkan saya. Dan dia kata nak langsai hutang saya melalui saham tu.
Walaupun saya berat hati sebab saham ada banyak risiko, dan saya rasa dia tak sesuai. Tambahan emosi kena betul2 kuat. Tapi saya tahu dia bab emosi memang fail.
Ye la ketika tu hubungan suami isteri tu dah ada masalah. Suami dia asyik ugut untuk tingalkan anak. Jadi dia hari2 tertekan dengan isu tu.
Tambahan dia kata nak upah mengasuh mahal kalau suami dia betul2 tingalkan anak tu. Jadi dia kata kena fikir dari awal tentang sumber kewangan dia.
Nak tak nak saya terpaksa la tolong dia. Sebab dia seorang ja sahabat saya, dan saya pun satu2nya sahabat yang dia ada. Dia tak de kawan2 langsung selain saya walaupun kat tempat kerja. Sebab tu saya banyak tolong dia tanpa fikir panjang.
Tapi saya suruh dia pergi belajar kursus dulu supaya dia mahir dengan sistem dan sebagainya. Dan sekali lagi saya pinjamkan duit, serta bagi modal.
Mula dia tak berani main, dan suruh saya mainkan untuk dia. Saya cakap tak boleh macam tu. Akhirnya dia hanya follow saya, tapi kerana bergerakan jual dia beli yang lambat menyebabkan dia rugi banyak.
Walaupun saya puas nasihat dia untuk stop, tapi kerakusan dia nak cepat cover rugi tu sampai dia pergi gadai barang2 kemas dia.
Aida ni ada 1 sikap tak baik, dia kerap buat personal loan. Walaupun saya nasihat jangan tambah hutang, tapi hutang dia makin belambak semakin hari sehinggakan shopee pun di buat hutang.
Akhirnya bila hutang tu tak boleh settle, contoh macam emas tu nak luput dah, saya la akan jadi bank dia.
Walaupun kadang2 saya marah direct dengan sikap dia, tapi persahabatan kami berjalan elok ja hingga la lepas anak dia meningal, dia pun bercerai dengan suami dia.
Sikap dia makin hari makin berubah. Dia berkawan dengan ramai orang lelaki. Saya tak kisah yang tu, tapi nampak dia semakin obses dengan kemewahan. Nak makan tempat2 mahal, setiap masa beli baju2 dekat butik mahal. Lepas tu plan nak tukar2 kereta.
Dari situ saya nampak dah, Aida seolah2 tak de niat nak bayar hutang saya. Dan seolah2 nak ubah life style dia walaupun dia tak mampu. (maaf la bukan nak kutuk, tapi terlalu emosi)
Dia cakap dia nak tarik laki kaya sebab bekas suami dia kerja biasa ja. Dan dia kata dia dah banyak susah kerana laki tu. Kali ni dia nekad nak hidup senang dengan cari laki2 kaya.
So dia banyak la masuk apps2 mengarut sana sini, sampai dia jumpa 1 laki ni katanya duda jugak dan kontraktor berjaya dan depa rancang nak kahwin.
Masa tu dah nampak perubahan sikap dia yang sangat ketara dimana pakaian dia yang dulu nya elok menutup aurat, dah mula pakai tudung singkat2 serta tangan pendek. Katanya nak ikut trend. Kemudian beli produk muka mahal2 tapi pakai tak sampai seminggu tukar lagi.
Mungkin saya kerap tegur sikap boros dia, Aida mula tak senang dengan saya. Tambahan lagi, saya dapat rasa lelaki yang dia berkawan tu agak kontrol dan mengubah cara hidup dia dengan gaya orang2 kaya.
Dan saya juga rasa laki tu ada niat tak baik iaitu ingin gunakan Aida untuk buat loan. Sebab Aida penah cakap, laki tu nak kembangkan bisnes guna nama Aida. Ye la, Aida gov staff senang dapat loan.
Jujurnya, sebagai sahabat yang sayangkan dia, saya memang tegur dia. Bukan saya sibuk tepi kain dia, tapi saya rasa saya berhak sebab dia sahabat yang saya pernah sayang. Saya rasa lelaki tu tak baik untuk dia, sebab tu saya nasihat dia suruh tingal ja laki tu.
Tapi dia nekad nak lelaki tu jugak sebab duit jadi point utama dia. Tapi entah la, hubungan kami lepas tu bergolak teruk hingga persahabtan kami terputus. Sebab dia tak puas hati saya tak suka dia nak kahwin dengan laki tu
Masa tu dia nak kahwin dah dengan laki tu, tapi dia kata jangan datang majlis dia. Walaupun saya sangat sedih dengan sikap dia, tapi masa tu saya langsung tak ungkit pasal duit dan sebagainya.
Sampai dah dekat setahun tu, saya pun ada masalah kewangan. Terpaksa la saya cari dia untuk tuntut hak saya. Tapi dia kata dia tak de duit. Dia masih lagi dalam fasa nak stabilkan kewangan dia. Jadi dia kata dia tak boleh bayar.
Saya bagi cadangan suruh dia buat loan untuk settle hutang saya, tapi dengan angkuh dia kata, dia tak kan buat loan untuk saya. Siap dia kata, bukan dia yang mintak tapi saya yang offer. So dia memang tak boleh bayar.
Lepas berlaku argument antara kami, kemudian dia hanya bayar seratus sebulan yang hanya bertahan beberapa bulan ja.. Lepas tu dah terus tak bayar. Bila saya mesej, dia hanya bluetick saya.
Sikap dia yang buat saya macam tunggul ni buatkan saya trigger banyak hal.. Sebagai manusia biasa, saya jadi sangat marah dengan sikap dia.
Dengan gaya percakapan dia yang kurang ajar, sebab dia cakap duit tu pun bukan datang tergolek kat saya, tapi tu duit hasil ahli kluarga saya meningal buatkan saya rasa menyesal tolong dia dulu. Sebab duit modal saham saya adalah dari wang faraid arwah abah saya.
Apatah lagi ada kawan saya stalk fb dia, btw dia dah blok saya dari fb dia. Kawan cakap elok ja hidup dia tayang itu ini. Tapi hutang saya tak nak bayar. Masa dia cakap bukan2 pun saya hanya diam dan sabar ja.. Malas nak bertekak dengan orang macam dia.
Memang awal2 dulu saya cakap bila2 ada duit baru bayar, tapi bila fikir kata2 dia dulu nak kahwin dengan orang kaya sebab nak settle hutang saya cepat menyebabkan saya rasa nak tuntut la hak saya,
Apatah lagi saya rasa trigger dengan ayat dia pasal ahli keluarga saya yang dah meningal.
Jujurnya kalau 2 3ribu memang saya halalkan ja. Tapi amount ni sangat banyak dan saya memang perlukan duit sangat sekarang ni. 3 tahun saya diam hanya sekarang ni ja saya mula mintak hutang saya.
Btw segala rekod hutang tu ada di group wasap kami, dan jugak bukti transaksi online. Jadi saya mintak la kalau ada cara untuk saya dapatkan hak saya tu boleh share la dekat saya. Terima kasih.
Maaf sebab ayat saya panjang2. Maaf jugak sebab ada part yang lari topik asal…
– Iman (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit