Sebut pasal ipar duai, semestinya memang akan ada ‘something’ . Tak kisah dari segi apa.
Tapi untuk situasi saya ni, saya ada 4 beradik. Kakak, abang, saya & adik lelaki. Mak sudah meninggal & ayah masih ada.
Kakak dah berkahwin, sementara tunggu rumah baru dia siap, dia duduk sini. Dan, saya pun kena la pakai tudung kan sebab dah ada ipar di rumah.
Selepas 2 tahun kakak saya kahwin, abang saya pula berkahwin. Pun duduk sini juga. Tapi abang saya tu saya tengok dia memang tak ada effort nak cari rumah sendiri. Macam rumah sewa ke apa ke.
Isteri dia pula, duduk sini memang tak ada tolong saya & kakak saya buat kerja rumah.
Saya dalam hati ni rasa macam, eh mentang mentang mak mertua dah meninggal tak ada mertua yang marah, perli, tegur, besar kepala pula kat rumah ni.
Keluar kerja pagi balik kerja petang. Then duduk je dalam bilik tak keluar keluar kecuali pergi toilet atau buat air. Lepastu masuk bilik balik.
Saya ni, kalau ikutkan ipar, ada 1 ipar jelah (suami kakak saya). Untuk ipar isteri abang saya ni pula, ada 2. Adik lelaki saya (ipar) & suami kakak saya (biras).
Dia dengan selamba keluar daripada bilik untuk ke toilet tu pakai tuala kecil je atas kepala & tshirt lengan pendek (tak pakai cardigan).
Saya ni, dah 4 tahun asik duduk pakai tudung tiap masa sebab suami kakak seorang. Dia? Buat rumah ayah saya ni macam rumah bapak dia.
Then, kakak dah ada anak seorang, dan sampai sekarang dah nak masuk 4 tahun rumah kakak tak lagi siap siap.
Maksudnya apa tu? Saya dah 4 tahun pakai tudung kat rumah sendiri. Macam tak bebas. Saya pun tak tahu la rumah dia sampai sekarang masih belum siap
Yang abang saya ni pula tak tahulah perangai dia semenjak berkahwin dia macam dah tak normal. Asik ikut cakap bini.
Saya pernah juga beritahu isteri abang saya tu batas aurat dengan ipar.
Kalau kakak saya dah pindah nanti pun, adik lelaki saya masih ada kena jugak pakai tudung. Tapi, masih sama keluar bilik letak tuala kecil atas kepala & tshirt pendek.
Saya macam stres tau. Saya ni duduk kat rumah bapa sendiri pun kena pakai tudung, dia yang menumpang duduk rumah mertua ni selamba je.
Pernah sekali, abang saya tegur saya dalam grup wasap keluarga, dia cakap,
“Tak payah nak tegur isteri dia, tahu la dia menumpang je kat rumah ayah, tapi dia bayar bil api air”
Benda tak ada kena mengena bil api air. Saya hanya beritahu saja batas aurat kalau serumah dengan ipar duai. Dah dia tak nasihatkan bini dia. Kita tegur la sekali. Melenting terus tak tentu pasal.
Ni sekarang isteri dia sedang mengandung, lagi lah tak tolong saya & kakak saya buat kerja rumah. Masa tak mengandung pun tak tolong apatah lagi dah mengandung ni kan.
Saya ni sekarang tunggu masa je rumah kakak saya siap lepas raya ni. Kakak saya pindah, saya terus buat rules kat rumah bapa saya ni.
Sebab saya tahu lepas kakak saya pindah memang saya je la yang tukang kemas macam bibik.
Siapa sepahkan rumah, kena sound je nanti.
Saya ni kerja tak tentu. Pagi part time lain, petang part time lain, hari cuti sabtu ahad buat kek ada orang order.
Saya just stres jela penghuni rumah ayah saya ni ramai tapi yang mengemas rumah saya & kakak je.
Terima kasih.
– Ain (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit