Mungkinkah Kifarah?

Assalamualaikum, terima kasih admin kerana menyiarkan confession saya. Tergerak hati menulis selepas terbaca confession, Terjebak Juga.

Saya Lisa, berumur pertengahan 30an, mempunyai kerjaya yang baik, alhamdulillah, kawan2 dan keluarga yang baik juga. Namun, saya tidak beruntung dalam perhubungan.

Seringkali saya sedapkan hati sendiri.. terlalu banyak nikmat lain yang Allah bagi, mustahil hidup ni boleh jadi terlalu sempurna tanpa cacat celanya.

Dan seringkali juga saya memikirkan mungkin ini di sebabkan kesilapan saya di masa muda dulu. Sekitar usia 21tahun pada waktu itu.

Ceritanya bermula, pada ketika itu saya mempunyai seorang teman lelaki dari zaman sekolah. Sama2 mengambil stpm tapi dia di rezekikan lebih awal ke menara gading. Saya namakan dia Zack.

Pada suatu hari Zack ajak saya berjumpa kebetulan dia bersama abang sepupunya pada ketika itu. Saya namakan Khai.

Kerana perwatakan Zack yang agak pendiam, berbanding dengan abang sepupunya Khai yang pandai berbual dan cepat mesra. Akhirnya kami saling bertukar nombor telefon.

Dugaan berjauhan dengan Zack menyebabkan saya senang mengadu dengan abang sepupunya. Dan dia pada ketika itu sering memberikan nasihat2 positif. Tanpa di sedari hubungan kami menjadi semakin akrab.

Setiap malam calling, kebanyakan waktu adalah ketika isterinya sudah tidur. Suami orang memang sweet talker sebab dia dah berpengalaman menangani dan membaca watak2 perempuan.

Saya pun semakin terbuai, sehingga walaupun Zack tidak menghubungi saya, saya sudah tidak mencarinya lagi.

6 bulan berlalu, dan hubungan kami semakin tersasar jauh hingga tahap tidur bersama. Bukan sekali tapi berkali-kali. Hinanya saya, tidur bersama Khai, namun saya masih tetap berhubungan dengan Zack.

Tentunya semua ini di luar pengetahuan Zack. Pada waktu itu, saya menyedari semua tindakan saya adalah salah.

Namun saya selalu gagal untuk pergi dari Khai akibat terpujuk rayu dan kembali lagi melakukan perbuatan terkutuk itu.

Sedangkan Zack tidak mengesyaki kami kerana tahu abang sepupunya dah berkahwin dan fikir hubungan kami cuma seolah2 adik dan abang.

Tapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Perbuatan terkutuk kami di ketahui Zack bila dia pulang secara mengejut dan berjumpa saya secara tiba2.

Zack mulanya ingin meminjam handphone, tapi tidak saya benarkan hinggalah berlaku sedikit pergelutan, Zack berjaya merampas dan membaca semua mesej2 saya bersama abang sepupunya.

Maka pecahlah pekung di dada. Pertama kali saya melihat Zack mengamuk begitu.

Sedih, dan rasa bersalah yang teramat dalam.

Zack ingin bersua muka dan menyatakan akan mendedahkan semua perbuatan terkutuk abang sepupunya kepada isterinya.

Namun saya menghalang dan merayu, menangis dan berlutut memohon maaf dan minta tolong kepadanya agar perkara ini tidak di hebohkan. Demi maruah saya dan keluarga.

Seminggu di diamkan Zack.. akhirnya dia akur permintaan saya dan sudi memaafkan, serta menerima diri ini yang sudah di tebuk tupai.

Dengan syarat, saya mesti keluar dari daerah kami agar hubungan dengan abang sepupunya betul2 terputus.

Saya akur dan Zack mengatur semua perjalanan saya untuk tinggal bersama kakaknya di negeri lain. Cuti Zack pada waktu itu hanya di habiskan menguruskan saya.

Kebetulan kakak Zack belum berkahwin dan tinggal sendiri. Tidak sulit untuk saya menumpang sementara dengannya.

Namun saya tetap masih perlu berjauhan dengan Zack. Zack mula berubah, lebih kerap menghubungi saya, lebih banyak bercerita berbanding dulu.

Namun selepas saya setuju syaratnya, sekalipun Zack tidak pernah ungkit kisah itu lagi. Alangkah baik hatinya. Ketika itu saya betul2 menghabiskan masa dengan solat taubat. Rasa bersalah yang menggunung kepada Zack yang begitu baik hati.

Namun dalam masa yang sama, saya tetap merindukan Khai . Kadang rindu, dan kadang terlalu kerana dia seolah2 terbebas begitu saja.

Hinggalah saya mendapat pekerjaan, dan memutuskan untuk tinggal sendiri sambil simpan duit.

Tidak lagi menumpang dengan kakak Zack. Memikirkan hubungan yang makin serius, kisah gelap itu tetap menghantui saya. Bagaimana kiranya Zack hendak menghadapi abang sepupunya seandainya kami berkahwin.

Dan bagaimana pula saya hendak bersemuka dengannya. Saya seringkali stress memikirka keadaan itu.Tali persaudaraan tak boleh di elakkan. Kami pasti akan tetap bertemu juga. Sedih dan rasa jijik kerap menghantui saya.

Akhirnya saya meninggalkan Zack tanpa kata putus.

Saya hilang begitu saja tanpa boleh di hubungi, dan memutuskan berhenti kerja serta melanjutkan pelajaran di tempat lain. Dengan keluarga saya khabarkan hubungan dengan Zack sudah berakhir dan minta merahsiakan keberadaan saya.

Tahun berlalu, dan saya pun mendapat kerja yang stabil.. mungkin kerana di hantui dosa yang lama, akhirnya saya berkahwin dengan pilihan keluarga, seorang lelaki yang langsung tidak mengetahui masa silam saya.

7tahun perkahwinan dan di kurniakan seorang anak, merasakan hidup sudah cukup bahagia. satu hari saya dapati suami saya curang hingga ke tempat tidur juga bersama seorang anak dara.

Dosa semalam automatik bermain di ingatan seolah2 layar filem.

Saya menangis namun sikitpun saya tidak memarahi suami saya. Kerana anggap mungkin inilah kifarah buat saya. Sejadah menjadi tempat pertama memohon berjuta keampunan dari Allah. Akhirnya kami bercerai secara damai.

Saya menerima dengan redha mungkin inilah kifarah untuk saya kerana dosa yang lalu. Walaupun mungkin isteri Khai hingga saat ini tidak tahu perbuatan terkutuk kami dulu, namun Allah maha mengetahui. Dan setiap perbuatan itu ada akibatnya.

Kini, sudah 5tahun saya berpisah dengan bekas suami. Hubungan kami baik2 saja demi kepentingan anak.

Zack pula alhamdulillah sudah memiliki seorang isteri dari warga pendidik dan mempunyai dua orang anak yang comel. Sesekali saya hanya memantau dari media sosial, dan mendokan Zack dari kejauhan.

Untuk diri saya, rasanya terlalu sulit untuk membuka hati kembali, kerana takut dosa semalam menghantui. Biarla seluruh hidupku kini di abadikan untuk memohon keampunan dan memberikan yang terbaik untuk anak.

Kepada adik2 dan perempuan di luar sana. Janganlah terjebak dan mudah terpedaya janji suami orang. Mereka tidak akan rugi apa2. Yang rugi adalah kita sebagai wanita.

Dan ingatlah sebelum bertindak.. kerana setiap perbuatan itu pasti ada akibatnya. Cepat atau lambat..

Salam sayang dari wanita untuk wanita.

Lisa, wanita yang terhukum.

– Lisa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *