Assalamualaikum admin & pembaca semua. Aku menulis ni dalam keadaan tenang & aman lepas mengamuk sakan dengan seorang atasan aku. Bukan orang Malaysia. Tapi, Asia lah.
Perangai dia ni buat aku kukuhkan lagi pendangan aku berkenaan kehidupan wanita single ni. Sebab, yelah… nama pun satu rantau. Perangai, norma & value hidup serantau ni lebih kurang je. No worries, santai-santai je baca ni.
Sebelum aku mulakan point aku, nak ajak membawang sikitlah sikap beliau ni. Nak bagi background kenapa aku dapat enlightening ni.
Atasan aku ni, umurnya dalam lingkungan pertengahan ke hujung 30-an. Single (obviously). Masalah dengan dia ni, dia tak berkenan dengan pekerja wanita lain. Lebih-lebih lagi yang single juga dan lebih muda.
Terlebih lagi kalau adanya kehadiran jejaka dalam satu-satu pertemuan tu. Dan dia tak suka salah satu atasan aku (yang sama level dengan dia), wanita juga. Kan aku cakap tadi, dia problem betul dengan sesama wanita.
Sudahlah integriti ke laut. Gebang dengan top management serupa semua orang tak reti baca report. Suka pulak tu pit us against each other. Eh… memang tak berapa centre lah senang cerita. Oh, melalut pulak.
Okay, yang aku nak highlight pasal dia bitter being single tu. Kenapa aku cakap dia macam tu? Obvious amat.
Bayangkan ya wahai pembaca, masa team dinner, dia boleh tiba-tiba in-charge nak assign tempat duduk. Dia pastikan dia di tengah-tengah.
Paling tak boleh blah, bila yang jejaka mula berborak dengan wanita lain sebelah atau hadapan mereka, perghhh…muka cemberut terus.
Tiba-tiba buat kuiz “cuba-teka-umur-aku-berapa”. Dia nak dengar orang puji dia “you-nampak-lebih-muda-dari-
Okay, aku mungkin boleh tolerate kalau setakat ini. Biasalah, manusia ada vulnerable points masing-masing.
Tapi, hangin aku bila dia sabotage proposal team aku. Pasal? Ya… Kami ni team semua wanita no-nonsense yang direct to the point & tak hairan pun nak bootlick dia.
Boleh katakan juga, manager aku & teammate aku udahlah cun namatey walaupun dah kahwin. Aku? Aku sedar diri je biasa-biasa. Cukuplah sedap mata memandang.
Yang bagi aku terpukul tu, masa teammates aku merungut pasal perangai dia, ada dia sebut “oh, she’s not married yet? That’s why.” I was like….”apakah? Am I like that too?” Offended sis masa tu, nok!
Lepastu dia explain lah yang aku ni, single by choice. Aku memilih untuk single. Malahan, bermacam cara aku mengelat dari nak kahwin.
Asyik mintak extend masa je dari mak bapak aku. Suitors? Dah banyak jadi kawan je dah. Aku tak boleh nak commit.
Atasan aku tu? Ok lah, kita panggil D. Dia single by force. Dia kena paksa diri dia telan yang dia tiada love interest.
And I was like… uohhhh… Betul lah.
Haritu masa awal perkenalan, masa timbulnya topik “are-you-single-or-not”, she looked visibly down when my other colleagues said they’re all married (sorang lagi berapa bulan nak kahwin).
Tang aku, masa tu ada suitor tapi aku jujur je cakap, “I’m getting to know someone but I admit I can’t commit to a serious relationship. I enjoy my freedom now, and don’t wish to give it up anytime soon. The only people I have to convince this is my parents”.
Hah, baru dia kata “yeah… I have to convince my parents that too. No worries they’ll understand that” Lepastu masuk topik lain.
Bila ingat balik, dari situ, aku faham maksud colleague aku yang petik pasal sikap dia & status dia tu.
Kawan-kawan single sekalian, tolong jangan sesekali kita jadi bitter singles please. Tak kiralah, single by choice or single by force.
Kalangan single by choice, biasanya takde hal dengan wanita lain. Cuma, kadang tu feminisme tahap toksik. Dah tahap seksis dah. Bukan feminis lagi.
Bila dengar ada colleague muda nak kahwin, janganlah kau instill doubts ke dia. Asyik tanya “are you sure?” Orang tu dahlah stress nak handle Majlis dia, kau tambah pulak libang-libu hati dia sis.
Apa kata, raikan pilihan wanita lain? You choose to be single because that’s what you want, what you need and you’re happy with it.
Tapi, tolong ingat yang bahagia tiap orang tu berbeza. Don’t force your ideals on someone else’s throat. Kalau tak, Tuhan tak cipta dunia ni dengan berbagai ragam manusia.
Aku? Aku suka dengar berita perkahwinan. Sebab, selain makan free, itu tempat kita boleh melaram baju-baju yang lama terperuk dalam almari tu tanpa di-judge “eh-dia-nak-pergi-majlis-
Dan, perkahwinan itu kan sunnah. Kita raikanlah sahabat yang sedang menegakkan sunnah. Doakan mereka diberi rezeki yang berkat & anak soleh-solehah melalui perkahwinan itu.
Dah kita ni belum bersedia nak tegakkan sunnah yang satu tu…moga-moga dengan kita berasa gembira atas perkahwinan mereka, adalah pahala sipi-sipi dapat ke kita. Aamiin…
Oh, satu lagi, tak payahlah angin beria dengan makcik2 yang asyik tanya kita “bila-nak-kahwin”. Diorang cuma nak mulakan bicara aja.
Pandai-pandai kau lah nak divert perbincangan tu arah mana. Biasanya, diorang nak berbasa-basi je. Tak selesa? Kau jawab je “insyaAllah makcik, doakan pintu hati saya terbuka.” Lepastu larik!!! Hahahah
Yang single by force, hmmm. Berdamailah dengan takdir. Mungkin cuma belum tiba masanya, atau orangnya, atau keadaannya. Tuhan tentukan yang paling cantik untuk kita semua.
Manalah tahu, Tuhan selamatkan sis dari lelaki pencurang ke, pendera ke, atau keluarga mentua puaka ke, atau…apa-apalah yang tak indah.
Sangka baiklah dengan Tuhan. Bila kita selalu sangka baik, cherish people around, supporting fellow women, kita pun akan tarik orang untuk kawan dengan kita. Hidup pun jadi lebih colorful. Enjoy the moment, sis.
Ini, kau tunjuk perangai bitter tak sudah…itulah yang jadi bahan orang tau. Habis yang single by choice ni pun terpalit sama. Ish!
Hehehe… itu je lah takat ni. Hmm… membawang banyak jugak aku ye. Oklah, tak letak nama. Kira aku tak mengumpat lah, ye dak? Hahaha.
Ok bye. Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak!
– Timah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit