Bertatih

Assalamualaikum dan hai semua. Terima kasih kepada admin yang meluluskan confession kecil saya ini.

Saya Axia, telah berkahwin selama 7 tahun dan ya, masih bertatih. Cerita saya merupakan sebuah cerita simple life, sama seperti semua yang baru melayari alam rumah tangga.

Kami suami isteri tinggal di sebuah rumah sewa di flat kos rendah yang berusia lebih kurang 30 tahun. Berkulat, berdaki, berlipas, bertikus, tangga berbau hancing dan cat pun telah lama luntur.

Tapi alhamdulillah, flat yang kami diami ini mempunyai dua bilik yang besar, memadai untuk kami yang tinggal bertiga ini (kami mempunyai seorang anak).

Permulaan kehidupan kami agak struggle, biasalah baru kahwin dan mempunyai anak kecil. Kami juga kerja biasa-biasa sahaja.

Dan saya membuat keputusan untuk kerja part time sahaja pada waktu malam sahaja selepas bersalinkan anak.

Sesungguhnya kami suami isteri memang tidak mempunyai keberanian untuk menghantar anak ke taska atau pengasuh. Lebih-lebih lagi kami tinggal di tempat yang agak asing dari negeri kelahiran kami.

Kehidupan kami sungguh simple di rumah. Tak ada internet, tak ada penapis air, tak ada fridge. Tapi kami dihadiahkan dengan chest freezer pemberian ibu saya. Alhamdulillah.

Memang saya sangat beruntung kerana tak ada masalah bagi saya untuk menyediakan solid food untuk anak yang masih bayi ketika itu. Ikut sahaja 4 days rule. Masak dan bekukan.

Kalau rajin stok, dalam 2 minggu pun tak perlu masak untuk anak ha ha ha. Tinggal panaskan aje dekat dapur.

Rumah kami tak ada lif, jadi sepanjang 6 tahun kami mendiami flat itu, keluarga saya tak pernah pun bertandang ke rumah hahaha.

Bukan satu masalah besar bagi saya dan mereka pun tak pernah kecil hati kerana kami masing-masing faham, yang ayah kami tak mampu untuk naik tangga tinggi-tinggi macam tu.

Fast forward ke tahun keempat perkahwinan, beberapa bulan sebelum PKP. Setelah berkali-kali fikir untuk cat rumah, akhirnya kami cat rumah aje lah.

Memandangkan memang tuan rumah tak kisah dan pada waktu itu kami masih belum rasa untuk berpindah rumah.

Mak saya pun berpesan, anggaplah cat rumah ni sebagai satu rezeki untuk pindah rumah yang lebih baik. Suami memberikan kebebasan untuk saya memilih warna yang sesuai.

Dan… flat buruk kami nampak macam condo selepas itu. Hahaha. Sampai tuan rumah pun berlinang air mata terharu tengok rumah dia memang terjaga rapi.

Sedikit demi sedikit kami mengumpul perkakas rumah. Dan suami membuat keputusan untuk memasang internet disebabkan keperluan bekerja di rumah sewaktu PKP.

Bit by bit, macam-macam pula gadget yang ada di rumah. Memang betul-betul condo lah pulak rasanya.

Hahaha! Terima kasih banyak-banyak suamiku.

Yang paling tak boleh lupa chest freezer rosak masa PKP.

Suami terpaksa angkut sendiri fridge baru dari pasaraya ke rumah flat dengan pertolongan rakan sekerja yang tinggal berdekatan. Memang terbaik fridge yang suami pilih.

Kalau buka pintu freezer atas tu, boleh tertampar muka orang yang masuk dapur. Gah, memang tak sajak dengan flat kecil kami hahahaha.

Syurga untuk kamu, suamiku. Dari internet, melarat ke tab, ke laptop, ke fridge. Aik. Macam magic.

Oh coway pun ada dah sebab rumah lama bersemut macam nak gila. Boleh pulak beramai-ramai nak lemas dalam cerek tu. Haii lah semut.

Waktu siang kami akan lepak di ruang tamu sambil tengok tv semasa PKP. Ampaian pun ada di ruang tamu kerana rumah ni memang tak ada ruang untuk menyidai.

Jadi berlonggoklah kami bertiga sebelah ampaian hahaha. What a sight. Dengan baby cot anak lagi dekat ruang tamu. Berhimpit macam sandwich dengan meja makan. Macam nak tergelak bila teringat.

Habis PKP, tuan rumah pun menawarkan kami untuk membeli flat kesayangannya. Memang berat hati untuk beliau lepaskan. Mungkin ada memori yang tersemat seperti juga kami yang selesa tinggal di rumah kecil ini.

Tapi… suami kurang setuju kerana dia ada plan lain dan harga yang ditawarkan agak mahal. Jadi rumah ini ditawarkan kepada orang lain.

Agen rumah pun puji, dia suka dengan konsep rumah “condo” kami ini. Lantas rumah ini pun menjalani proses jual beli dan kami pun perlu berpindah. Bye bye flat kecil.

Akhirnya.. kami pun berpindah rumah. Tak sangka sungguh kami mendiami flat kecil itu dalam tempoh yang agak lama.

Masa awal kahwin dulu saya yang sibuk sangat nak pindah. Last-last sampai terlupa impian yang satu tu. Kah kah kah.

Rumah yang baru kami diami ini. Haaa, memang sekampung lah boleh datang. Tadehal. Rumah bawah. Keluarga saya yang tak pernah menjejak kaki ke rumah kami pun dah berkali-kali berjaya menjejakkan kaki ke rumah baru.

Macam-macam event. Bbq, birthday party, anak sunat, open house. Alhamdulillah dapat merasa.

Dan ya, kami masih mengekalkan simple living, spend bila perlu sahaja, terima kasih kepada pengalaman hidup yang agak tough pada permulaan hidup rumahtangga kami.

Sebenarnya banyak dugaan yang ditempuh, tapi yang kelakar ni lah yang kita sematkan kemas-kemas dalam memori. Jap. Yang kelakarnya masa pindah rumah sewa lori. Tapi lori food truck yang mari HAHAHA.

Thank you Allah, doa ibu bapa kami, dan kerja keras suami. Walaupun kontrak sewa rumah besar ini hanya dua tahun, tapi tinggal berbelas bulan je lagi.

Enjoy je selagi mampu. Insya Allah, ada rezeki, kita tinggal je di rumah ini dengan lebih lama.

Apa pun yang berlaku, Sabar, nescaya ada yang lebih manis lagi menunggu di hadapan. Aamiin.

Terima kasih kepada semua yang berjaya membaca cerita simple life saya ini sampai ke penghujung. Membaca gaya wawassann!

– Axia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *