Sampai Bila-Bila Dia An4kku

Assalamualaikum semua. Panggil aku Ki.

Aku terpanggil untuk kongsi cerita ni sebagai pengalaman dan pengajaran untuk semua terutama pada golongan muda. Dan paling utama sebab aku rindu dia… Anak aku.

Selalu kalau anak bermasalah mesti salah mak ayah la, pengaruh rakan la, masyarakat la. Clichè sangat. Jadi aku awal-awal nak claim. Apa yang jadi semua salah aku.

Mak ayah aku baik. Aku ja yang tak reti hargai mereka masa tu.

Mereka dah bagi didikan agama dan pelajaran yang baik untuk aku sampai aku masuk universiti. Boleh la grad. Keputusan okay. Sekarang pun aku dah kerja.

Nak dijadikan cerita, masa study dulu aku couple dengan seorang mamat ni. Kami terlanjur dan aku pregnant.

Aku masa tu ingat hidup aku akan end up macam drama. Mamat tu akan tinggalkan aku sorang. Aku end-up kat rumah kebajikan. Rupanya tak. Dia nak bertanggungjawab.

Waktu aku beranak tu pun, dia ada teman aku. Trauma jugak la dia. Baru dia tau azabnya nak beranak. Sapa cakap beranak anak luar nikah tak sakit?

Masa pregnant, aku dah Google siap apa patut aku buat. Walau aku tak mampu nak jaga dia, aku nak dia dapat family yang baik.

Aku bernasib baik sebab aku dapat jumpa dan tau pasal baby hatch.

Tapi lepas tengok muka anak aku, aku mula rasa berbelah bagi. Macam-macam dalam kepala aku.

“Aku nak anak aku”

“Boleh tak kalau aku nak jaga dia?”

Mamat tu berkeras nak hantar jugak dalam baby hatch. Alasan dia, nanti akan ada banyak masalah ke hadapan.

Aku ingat lagi. Sepanjang perjalanan ke baby hatch, aku cuma mampu diam. Anak aku tidur sepanjang perjalanan. Not knowing how cruel his parents are.

Elok ja mamat tu ambik anak aku dari pangkuan aku nak letak dalam baby hatch, aku mula menangis.

Sepanjang perjalanan pulang aku menangis knowing that I’ll never see him again.

Sampai sekarang pun aku masih menangis. Itulah bayaran yang perlu aku bayar untuk kesilapan aku. Rindu yang tak akan ada penghujung sampai bila-bila.

Aku dengan mamat tu pun dah kahwin. Kami dah ada anak pun. Tapi hati aku tak pernah lupakan dia.

Bila aku terlalu rindu, aku akan buka topik dan kami akan sembang pasal dia. Entah apa dia sedang buat. Kat mana dia sekolah.

Setiap malam aku berdoa supaya dia muncul dalam mimpi aku. Aku teringin sangat nak tengok wajah dia.

Jadi beringatlah pada yang masih muda. Pada yang tersalah langkah, jangan buang bayi anda. Letak lah mereka di baby hatch. Kita yang berdosa. Bukan anak kita.

Sekurang-kurangnya, itu mungkin jalan dan usaha terakhir kita untuk mereka selamat dan dapat keluarga yang selayaknya.

Untuk anak mama, kalau satu hari nanti mungkin awak terbaca kisah ni, ketahuilah mama dan ayah tak pernah benci awak. Hari hari kami rindu.

Hari hari kami doa untuk awak sihat dan bahagia dengan mak ayah awak.

Ingatlah, sampai mati kami sayang awak. Kami minta ampun. Awak sempurna sayang. Mama dan ayah yang salah. Sampai bila bila awak tetap anak mama.

Maafkan mama.

– Mizuki (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit