Musim Cerai II

Untuk part I, (https://iiumc.com/musim-cerai/).

Salam ramadhan pada pembaca budiman. Saya sambung sikit ya persoalan² tuan kenapa ibu saya tak boleh membela saya kerana adik beradik ramai dan sebab seperti dibawah. Kita sama² jadi kan tauladan.. kenangan² lalu.

Dua tahun lalu selepas berbuka aku rehat sebentar. Isteriku bertanya, Abang².. Lembut tuturnya.

Ada satu ipta ni studentnya ramai kena covid jadi bulan ramadhan ni pkp. Ramai student yang ibubapa yang susah. Ada 700-800 orang student. Mereka tak boleh keluar. Mereka nak buka puasa pun tiada apa.

Ya isteriku berkhidmat dalam bidang kepakarannya banyak yang diketahui olehnya tentang perkara² begini. Banyak masalah yang dia berbual² dengan ku. Tiba² menerjah kembali kenangan lalu. Terasa hari semakin laju.

Rutin harian ku disekolah seperti biasa. Ibuku semakin dicemburui oleh orang kampung dipinggir bandar kerana seorang janda. Kehidupan ibuku sentiasa muram. Kasihan ibuku.

Setelah dibuang dari kecil kerana datuk ku dibunuh kerana menyelamat dan membantu orang melayu. Tuanku Abd Rahman agong pertama selalu datang bertemu datuk cinaku. Komunis membunuh datuk ku.

Kerana dianggap pembelot bangsa. Terbuang jauh ibuku hingga kini kerana isu keselamatannya ibu ku. Ya kalau hendak di cerita asal usul ibuku anak cina yang menguasai komodoti dan ekonomi daerah yang makmur.

Panjang ceritanya.. Tak muat disini. Terbuang dan bertukar² penjaga hingga ke orang melayu demi menjaga identitinya suatu masa lalu.

Zai.. ibu ku memanggil manja. “Ya mak jawabku” bagaimana keputusan Zai. Adakah nak masuk asrama penuh?

Keputusan penilaian rendah 5A aku menyamai kakak ku yang telah keasrama sekolah asrama penuh di kuala lumpur. Jadi ibu ku bertanya. “Errmm. tak tahu lagi mak” jawabku.

Ya dalam hatiku takut akan ibuku pasti akan tidak mampu menyara aku. Sedangkan kakak ku bernasib baik mendapat biasiswa tajaan sebuah syarikat carigali… kalau tidak aku tidak tahu bagaimana nasibnya.

“Mak.. Ada kawan ajak Zai kerja kat melaka. Bolehkah tanyaku” di usia sekolah rendah mesti ibuku risau jika aku mengembara. Tapi ibu tidak menjawab apa2. Mungkin akibat tekanan kehidupan ibuku diam sahaja. Takpe la mak jawab ku. Zai tidur dulu ya.

Lantai tanah merah yang kulapik dengan selimut adalah tempat tidurku. Jika hujan air mengalir selalunya aku kebasahan kerana aliran air dari luar rumah menyerbu masuk kedalam rumah.

Rumah ini lantainya tidak sempat dibina. Arwah ayahku pergi untuk selamanya. Jika hujan selalunya aku seperti kerbau. Bergelumang lumpur.

Cuma bahagian depan sahaja yang telah siap sepenuhnya bersimen. Tapi tu tempat adik2 ku tidur. Mereka terlalu kecil lagi. Keselesaan mereka lebih utama.

Malam itu aku begitu nyenyak tidur walaupun tidur tanpa lantai. Tapi dinding rumah semua telah terbina. Kecuali lantai. Ya. Terasa selamat. Jika terdengar tapak kaki yang datang mengintai rumah dimalam hari. Kubiarkan. Manalah aku berani nak mengejar orang.

Kokokan ayam mengejutkan ku… selalu ketika pagi. Aku akan mandi di perigi. Setelah bersiap untuk kesekolah aku akan berjalan kaki ke sekolah. Jarak tidaklah jauh. Hanya sekitar 5km.

Ya darjah 6 aku telah hidup dengan ibuku kembali. Ada tragedi yang buat aku dihalau keluar dikampung. Sehingga aku terlantar di hospital berbulan².

Aku gembira dengan suasana pagi. Merentasi jalan2 kampung pinggir bandar. Indah cuaca pagi. Tiada sarapan yang ku jamah. Disekolah aku hanya minum air paip ditandas. Aku tidak pernah jejak ke kantin. Aku tiada duit untuk berbelanja.

Aku akan bermain2 dibelakang sekolah. Aku tidak ramai kawan. Sebab aku sangat pendiam. Sebab pakaian ku teruk sangat. Aku tahu aku tidak layak berkawan…

Aku terasing dalam dunia ku… penuh warna. Penuh duka. Jika melihat kawan2 membawa makanan dari kantin kulihat sahaja. Terasa bertuahnya mereka ada bapa. Yang sentiasa membuat diri rasa selamat. Kerinduan ku sentiasa menerjah kepada ayahku.

Tengahari itu aku kembali. Rutinku akan singgah ke kedai untuk mengambil surat jika ada. Posmen akan meninggalkan surat dikedai berdekatan rumahku. Kulihat surat untuk ku. Ku buka. “tawaran memasuki ke sekolah asrama penuh” kubaca lagi…

Sekolah agama wilayah persekutuan labu. Ermm. Macamana ni nak beritahu ibu ku? Ibuku ingin aku sambung belajar. Tapi kemampuan ibu ku pasti tiada. Aku dalam seusia itu sudah mula berfikir tentang kewangan.

Kawan pun ada ajak aku ke melaka. Klu aku kerja aku boleh membantu ibuku. Sambil melangkah aku berfikir. Terasa berat nak bagitahu ibuku…

Hampir sahaja dirumah kulihat api berkepul2 marak. Allah. Rumah ku terbakar hangus. Kulihat ibuku sugul. Sambil memegang adik2 kecilku. Ya. Rumahku dibakar orang kata ibuku. Tapi tidak sempat untuk melihat orangnya.

Orang itu membakar dan terus melarikan diri. Aku tahu rumah ini dibina ditanah kerajaan. Setinggan. Tapi kenapa perlu dibakar oleh orang kampung. Kamu pun duduk ditanah kerajaan setinggan.

Salahkah ibuku seorang janda miskin yang kulihat sentiasa mengabdikan diri membesarkan anak2.

Tidak pernah kulihat ibuku berhias untuk lelaki diluar. Hidupnya hanya untuk anak2. Kenapa kamu ingin rebutkan tanah yang diidirikan oleh arwah ayahku…

Aku terdiam sedih. Aku teringatkan tawaran tadi. Aku berlalu ke tepi anak air yang terletak 50 meter dari rumahku.

“Zai. Zai. Sambil ayah mendukungku. Ayah ni cuma seorang askar. Nanti bila besar Zai jadi pilot ya” . “Cuba tengok tu dilangit. Seronokkan bawa kapal terbang”. Terngiang2 bisikan arwah ketika ku kecil.

Maafkan Zai ayah… Zai tidakmampu menjadi seperti impian ayah. Ku koyakkan surat itu. Kulayarkan ia ditali air itu bersama impian arwah ayah. Pergila impian… pergilah impian…

Tersedar dari lamunan…

Ya² baik sayang. Kiralah berapa kos. Carikan catering untuk majlis berbuka selama sebulan berpuasa. Mereka dan keluarga mereka tengah dilanda musibah. Kita yang mampu bantulah.

Tapi lindungi nama pemberi ya sayang… Sebab kos mungkin abang akan share dengan beberapa rakan…. Kata ku pada isteri. Kita bukan kaya raya tapi kita masih mampu membantu.

Tambahku.. Sedangkan aku pernah susah dan mengalami keperitan hingga halusinasi. Aku mengerti peritnya kelaparan.

Buat pembaca budiman. Selamat menyambut ramadhan dan beribadah.

– Si yatim (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *