Salam semua, salam ramadan, luahan hari ini bukan tentang saya, tapi berkenaan adik perempuan saya yang saya namakan Alis. (bukan nama betul2 la ya semua tu)
Alis adik saya nombor 4, kami 5 beradik, saya yang sulung, 4 dah berkahwin termasuk Alis. Tinggal seorang masih belajar lagi.
Alis kahwin muda la juga, habis belajar terus kahwin dengan zainul, mereka berkawan sejak di universiti. Adik saya ni agak pendiam orangnya tapi orangnya kreatif.
Pada mulanya dua2 be kerja ikut kelulusan, tapi pada tahun pertama kahwin Alis pregnant dan alahan yang teruk.
Zainul suaminya mintak dia berenti sebab kesian kan adik saya tu yang lembik 24 jam. Baikkan zainul, memang baik, anak yang baik suami yang baik menantu dan ipar yang baik.
Zainul walaupun baru berkerja rezeki dia dapat gaji di syarikat baru yang amat lumayan, jadi dengan Alis yang tidak berkerja tu tak jadi masalah bagi nya untuk tanggung bini dan anak baru lahir.
Anak pertama mereka kemudian lahir dan rezeki mereka dapat beli rumah subsales.
Rumah direnovasi dengan sangat cantik dan moden dan saya sebagai kakak bahagia lihat ke bahagian dan rezeki yang Allah berikan pada mereka sekeluarga. Alis kemudiannya pregnant anak
Kedua, alhamdulilah kali ni mabuknya tidak ada langsung dan dia dapat uruskan kehidupan keluarga kecilnya.
Alis juga diwaktu senggang buat business online jual marble cake. Alhamdulilah bolehla untuk dia gunakan hasil jualan perniagaan untuk simpanan beliau sendiri.
Tahun 2021 kami sekeluarga diuji apabila syurga iaitu ibu kami di diagnose dengan kanser rahim stage 4, ibu yang jarang sakit terus terlantar di hospital yang mana kami adik beradik bergilir jaga, Alis ada juga datang ziarah tapi tidak lama kerana masa tu dia dah sarat anak
Kedua. Dr yang merawat anggarkan umur ibu tidak lama dan diberi tempoh masa 2 bulan sahaja. Ibu pilih pulang ke rumah dibekalkan morfin untuk tahan sakitnya.
Tak sampai 2 bulan ibu pergi, maka kami sekeluarga melalui satu episode yang sangat pahit untuk di telan tetapi bila ingatkan keadaan ibu semasa menanggung sakit, kami sekeluarga redha.
Alis paling terkesan sebab dia manja sangat dengan ibu, apa2 semua ibu, 2 minggu ibu meninggal Alis selamatkan lahirkan anak ke2.
Zainul ambil cuti seminggu dan upah kan confinement lady untuk menjaga Alis dan anak sulung yang masih juga kecil. 2 bulan kemudian Zainul dipindahkan ke negeri pantai timur jawatan yang lebih tinggi dengan gaji + elaun 5 angka.
Setelah berbincang bersama, Alis izinkan Zainul pergi dengan iringan doa setulusnya untuk suami yang amat dikasihi.
6 bulan pertama semua yang baik-baik, setiap minggu Zainul balik, namun lama kelamaan saya perasan dah mula berubah ubah tempoh nya, mula seminggu sekali kemudian 2 minggu paling lama dekat 2 bulan tak pulang kerumah.
Saya tahu sebab nak kerumah saya kena lalu hadapan rumah adik, jadi kalau Zainul balik memang nampakla keberadaannya.
Saya cuba riki riki tapi Alis being very private berkenaan rumah tangga nya hanya beri alasan Zainul sibuk dengan project baru.
Tapi bila melihat keadaan rumah yang dulunya cantik dengan lampu lip lap lampu solar bunga2 berkembang cantik kini gelap bila malam, kalau siang penuh dengan daun2 kering lamannya saya nekad untuk bertanya.
Itupun bapak kami yang minta saya tanyakan sebab saya kakak sulung kan, di tambah bila kami sekeluarga berkumpul nampak sungguh muka Alis yang cengkung, muka lepas nangis.
Satu hari saya kerumah nya dan tanya sungguh sungguh, ada masalah ke dengan zainul, Alis agaknya setelah lama menahan remuk redam nangis semahunya kepada saya maklumkan Zainul dah ada pasangan lain dan dia tengah pilih untuk cerai kan Alis.
Alasan sebab girlfriend baru nya tak mahu bermadu dan rela putus kan hubungan. Alis kecewa sungguh sebab bila di tanya tak sayang lagi ke kepada dia dan anak anak, Zainul cuma cakap dia perlukan masa.
Saya cuma hanya mampu pujuk dia doa sebanyak2 nya dan wpun Zainul dinegeri lain, apa2 whtsapp atau panggilan layan sebaik baiknya.
Alis setuju, namun itula kita hanya boleh beri kan cadangan dan nasihat, sebulan kemudian Alis telefon saya dengan esak tangis sayu nya maklumkan melalui telefon Zainul dah lafaz kan cerai talak satu.
Malah kemudiannya dalam proses failkan cerai untuk pengesahan talak.
Saya selepas tahu terus lah segala kata kata tak baik saya hamburkan pada dia selepas selama ni bersabar sebab tak mahu susahkan Alis, bapak pun nangis2 cuba cll Zainul tapi semua tak di layan malah kami semua telah diblok.
Hari pendegaran lafaz cerai sampai saya temankan Alis ke court, sebelum mahkamah buka nampak Zainul duduk di sudut mahkamah dengan mata hanya tertumpu pada telefon ya,
Manakala Alis adik saya, saya lihat walaupun dengan sedih sayu nya masih bergaya dengan sebaiknya mungkin dia ingat suaminya akan tertarik pada dia balik agaknya.
Pada tarikh tersebut cukup 4 bulan mereka tidak berjumpa bersama termasuk anak anak, Zainul tak jenguk kedua dua mereka, hanya kiriman wang nafkah saja pada Alis.
Di mahkamah apabila hakim tanya akan pendirian Zainul dia tetap dengan keputusan nya manakala adik saya tanpa segan silu menangis merayu pada Zainul apa salah silap dia, dia masih sayang kan Zainul, saya rasa macam nak tarik adik saya peluk dia kuat kuat.
Zainul dengan muka yang sudah tiada perasaan nya hanya diamkan diri. Maka selepas itu, sah lah lafaz, adik saya kini Janda muda anak 2.
Beberapa bulan selepas, dapat tahu Zainul dah berkahwin dengan wanita cinta hatinya itu dengan majlis serba gemilang. Saya dapat tahu sebab adik lelaki saya kawan kepada Zainul di fb.
Adik saya, masih remuk redam hatinya, wpun sekarang tidak lagi memangis tapi terlalu hancur hatinya.
Malam2 selalu whatsapp tanya saya, kak, Alis bukan isteri yang baik ke, Alis tak cantik ke, Alis tak hormat Zainul ke. Ke sebab Zainul nak anak lelaki tu yang diceraikan Alis kak..
Saya pujuk hati Alis cakap semua itu bukan. Zainul tu jantan kabaret tak sedar diri manusia jahat yang tak patut hidup pun. Sorry kasar sebab sakit hati sangat.
Bayangkan sampai sekarang pun Zainul tak jenguk lansung anak anak. Hanya berikan duit nafkah mereka dan bayarkan duit rumah. Itupun atas perintah mahkamah ya tolak bank tiap bulan.
Sampai sekarang hampir setahun lebih,. Alis masih terkesan asyik termenung, rumah pun ntah jadi apa tapi anak anak dia masih dia jaga sebaiknya. Cuma mungkin dia sedih bapa kepada anak anaknya tak mahu jenguk anak lansung dah 2 tahun ni.
Cerita saya bukannya apa hanya nak luah kan perasaan sakit hati yang terpendam pada Zainul dan sedih pada Alis dan anak anak,
Moga pembaca dapat doakan Alis jika dipermudahkan jumpa jodoh yang lebih baik dan akhirnya dapat sinar gembira sebaiknya untuk dia.
Untuk Zainul dan penyondol tak guna tu, hmm moga Allah swt sahaja yang beri balasan yang selayaknya untuk korang berdua. Aamiin.
– Nab (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit