Tak “Disentuh”

Hai.. untuk pengenalan. Saya dah berkahwin. Dah mendapat seorang anak juga pada tahun yang sama berkahwin. Alhamdulillah. Rezeki kami cepat dan awal.

Cuma saya ada 1 persoalan yang sering berligar dalam fikiran. Selalu sangat fikir tapi tiada jalan nak ketemukan jawapan nya.

Selalu orang kata, dalam perkahwinan perlu ada komunikasi yang jelas.

Dalam banyak-banyak hal rumah tangga. Hampir semua saya boleh slow talk dengan suami. Tapi 1 bab (baca: s3ks) ni saya tidak tahu macam mana nak mulakan. Sebab itulah saya pilih untuk luahkan disini.

Jika nak bertanya pada orang secara berdepan pun segan. Maka nya, saya pilih cara ini. Harap dapat la memberi kata-kata yang baik dan semangat untuk saya.

Awal perkahwinan, semacam tiada masalah apa tentang bab ni. Suami hampir setiap hari sentuh saya. Sampai la bulan 2/3 perkahwinan saya disahkan mengandung.

Sehingga kandungan 4/5 bulan suami dah start tak sentuh saya. Saya pun tak pasti kenapa. Kadang dan sampai sekarang saya juga terseksa batin.

Nak dijadikan cerita, sampai sekarang suami tak sentuh saya. Saya sedih. Kenapa dia tak nak sentuh saya.

Pada mula nya, ingatkan sebab risau ter-mengandung anak kedua. Tapi sekarang anak pun nak cecah X tahun.

Pernah juga la kata, anak pertama dah makin besar. Boleh la plan untuk anak seterusnya. Tapi dia bagi respon macam “noted” sahaja.

Kalau orang sekeliling tanya, bila nak ada anak lagi. Saya akan terus jawab “tanya la suami” sebab saya memang tiada alasan untuk tidak tambahkan zuriat lagi.

Pernah sekali saya buat-buat nak sentuh dia. Dapat la peluk dan cium dia. Memula dia layan. Tapi tetiba dia terus bangun dan keluar bilik.

Perasaan saya? Sedih sangat… nak mulakan pun saya perlukan keberanian… tapi ditolaknya.

Untuk pengetahuan, masa awal perkahwinan suami pernah terkantoi layan porno dengan hp. Dia minta maaf.

Lepas dah berbincang perkara tu. Saya tak pernah ungkit langsung. Konon nya, percaya la takkan ulang lagi. Ye la dah ada yang halal depan mata kan.

Tapi sekarang, kalau dia tido lambat je memalam, saya asyik dok fikir bukan-bukan. Adakah dia melayan porno lagi. Patut tanya direct kah?

Sedih saya. Dalam pemikiran saya, mungkin dia risau dengan hadir nya anak 2/3/4 . Akan buatkan perbelanjaan akan meningkat. Takut tak mampu mungkin.

Tapi saya rasa boleh je. Sebab saya pun bekerja. Dan kehidupan kami tak terasa pun kesempitan sampai kene mengikat perut dari segi duit.

Saya pun bekerja. Setakat nak makan sedap & melancong dalam negeri tiada masalah sangat.

Pasal merancang keluarga pun suami tak amik kesah. Memula tu saya beriya la konon amik pil perancang. Dengan angan-angan selepas bersalin nanti dia akan sentuh saya semula.

Tapi sampai dah cucuk kali 2/3 tak sentuh-sentuh juga. So dari saya menyiksa diri amik cucuk/pil hormon baik saya tak amik lansung. Sebab bukan nya dia sentuh pun kan.

Para isteri sekalian… macam mana saya nak atasi dalam bab ni?

Atau patut kah saya hanya menunggu saja bila tiba masa suami mendatangi saya?

Atau patut saya just jalani hidup berumahtangga tanpa layanan batin?

Kepada para suami.. jika ada yang memberi layanan sebegitu kepada isteri anda, kenapa?

Apa salah kami?

Ada ke pasangan yang telah lalui fasa begini dan berjaya atasi nya dengan ikatan perkahwinan masih ada & kuat? Jika ada.. boleh share.

Maafkan saya kalau berterabur ceritanya.

Sekian luahan saya.

– Nini (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *