Dalam hidup aku, aku tak ada banyak kawan sangat. Waktu sekolah rendah, ada seorang yang aku rapat.
Waktu sekolah menengah form 1, 2, 3 ada la beberapa dalam 4 atau 5 orang. Waktu sekolah menengah form 4, 5, 6 dalam 5 atau 6 orang.
Tapi tu semua kawan, bukan kawan rapat. Yang kawan rapat, mungkin dah boleh teka, cuma sorang dua setiap tahap pendidikan aku tu.
Sekarang aku dah belajar di intitusi tinggi dah pun. Alhamdulillah ada kawan macam biasa.
Tapi, bila berkawan, kita mestilah akan terasa dengan mereka kadang-kadang. Cumanya, aku tak boleh terima bila aku terasa dengan orang.
Aku tekankan kawan kat sini sebab dengan kawan la kita banyak berkomunikasi dalam kehidupan kita. Tapi, dengan sesiapa pun aku macam tu.
Sebagai contoh situasi, aku terasa dengan kumpulan assignment aku sebab aku rasa macam aku je yang beria dalam group whatsapp.
Kami bertiga je dalam satu kumpulan tu. Sebelum ni, aku fikir positif la dekat mereka sebab mungkin mereka sibuk dan sebagainya.
Tapi pada satu malam tu, aku terasa sebab dia tak bagitahu yang dia dah jumpa video untuk letakkan dalam tugasan kami. Ya, memang nampak macam ringkas.
Tapi disebabkan aku dah tahan perasaan aku selama ni, jadi aku meletus hanya kerana video tu je. Sebab kalau dia bagitahu yang dia dah cari video untuk tugasan tu, tak perlu lah aku cari lagi dah.
Tapi dia senyap dan tak bagitahu apa-apa. Tambahan pula mereka berdua ni duduk dalam satu bilik. Lagilah aku rasa aku ni tak diendahkan.
Kadang-kadang tu, pertanyaan aku dalam group whatsapp tu ambil berjam-jam lamanya untuk dibalas. Padahal itu perkara penting. Aku bukannya jenis suka bersembang kosng. Jadi aku memang akan cakap tentang tugasan sahaja.
Tapi aku rasa bersalah bila aku bagitahu mereka dalam group whatsapp yang aku terasa dengan sikap mereka tu. Aku rasa aku ni tak cukup bertoleransi dengan orang sekeliling aku.
Beberapa minit selepas aku luahkan apa yang aku tak puas hati tu, aku hampir nak jadikan ianya sebagai gurauan.
Aku selalu macam tu, bila aku terasa, aku sedih, aku marah, sama ada aku tak akan bagitahu atau selepas aku bagitahu, aku akan tambah “gurau je”, lupakan jelah, mangarut je aku ni tadi”, “cringe nya aku cakap macam ni tadi”.
Memang susah jadi orang yang high empathy ni. Kalau boleh, sebelum buat sesuatu tu, aku akan analisis sebab dan akibat dari segi perasaan dan teknikal.
Kadang-kadang, aku rasa aku tak boleh bezakan mana satu hanya “perasaan” aku sahaja atau realiti.
Macam tu lah kisahnya, aku suka abaikan perasaan aku sebab mungkin orang lain tak berniat nak buat aku terasa.
– Salehah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit