Hai semua, nama ku Ju. Cukup sekadar di kenali sebagai Ju. Aku dah berkahwin almost 10 tahun lebih dan di kurniakan dua orang cahaya mata. Alhamdulillah sepasang.
10 tahun berkahwin macam2 yang aku hadapi. Tipu lah kalau happy je sepanjang masa kan? Sedih pun ado. Macam2 lah..
Aku tinggal di utara tanah air setelah berkahwin kerana suamiku seorang anggota kerajaan dan bekerja di utara tanah air. Aku hanya seorang suri rumah.
Tidak bekerja ye puan-puan dan tuan-tuan. Laki ku lagi suka aku duduk rumah menguruskan anak-anak.
Laki ku mempunyai 5 orang adik beradik. Abang sulungnya bisness, laki ku anak yang kedua, anak ketiga merupakan kerja di jabatan kesenian dan sudah berumahtangga dengan seorang ahli offshore,
Anak yang keempat pula merupakan engineer oil and gas, laki nya pula tokeh pump minyak dan anak bongsu keluarga ini pun bakal engineer. Hebat bukan?
Aku ada satu perasaan yang tidak baik terhadap mertua ku ini di mana, dia suka pilih bulu antara cucu-cucunya.
Anak ku sering di ketepikan dan bila melawat beliau, anak ku sering kali menjadi bahan telunjuk mentuaku di mana beliau suka mengarah anak ku membuat kerja rumah itu ini berbanding cucu lain.
Aku sangat terasa. Pagi- pagi anak ku siap solat, anak ku mencuci pinggan mangkuk dalam sinki, tanak nasi, mengemop rumah mentua ku dan masak nasi.
Tak habis dengan itu, mentua ku suka menyuruh anak ku membersihkan garaj kereta. Kadang2 aku sangat kasihan melihat anak ku. Aku pula, membasuh kain, pergi pasar topup barang basah, sediakan sarapan, makan tengahari dan malam.
Bila tiba waktu makan, mentua ku suka menyuruh aku masak padahal dalam rumah itu anak perempuan nya pun ada.
Memang la mula2 rasa tak berkira tapi bila tiap kali balik, muka aku pula jadi mangsa. Memasak sorang2 kadang2 kawan2 mentua ku datang makan dan pinggan mangkuk tinggal begitu sahaja.
Anak nya yang lain selesai makan naik ke atas layan tv ada kala mereka keluar. Tinggal aku dan anak ku terkinja2 mengemas.
Lauk dan nasi? Habis licin padahal kami tak menjamah makanan tu pun terpaksa lah aku dan anak ku masak nasi dan kadang2 buat telur dadar je. Letih oi. Kawan2 mertua ku bukan sorang dua tapi lebih 10 orang.
Tiap kali aku balik, tiap kali itu lah dia rajin jemput kawan2 nya makan kat rumah. Tak kisah jika ada kerja sama tapi, aku yang masak, anak yang kemas kami dua yang pengsan!!
Sepanjang duduk di utara tanah air mentua ku hanya menjenguk kami sekali sahaja selama 10 tahun berkahwin. Bayangkan aku mengalami keguguran dia tidak datang melawat. Aku keguguran 3 kali.
Dia tak pernah nak jenguk. Bertanya khabar sekali dua je itu pun rasanya cukup syarat nak sedapkan hati aku.
Aku beranak anak yang kedua dari aku mengandung sampai habis pantang sehingga anak ku berumur 3 tahun. Dia tak pernah nak datang jenguk. Alasannya sibuk.
Padahal dia sorang yang berpencen. Cuma ada cucu nya dua orang tinggal dengan dia. Itu pun cucu nya duduk taska dan bila petang mak mereka akan ambil anak mereka. Jadi bagi aku tak ada alasan untuk megatakan dia sibuk.
Makan hati? Lama dah..
Bila menjelang perayaan muka aku standby duduk di dapur, memasak mengemas sehingga malam. Mujur ada anak perempuan ku dan laki ku membantu. Depa tak bagi chance oi nak rest. Hahaha mai2 tetamu makan, anak2 depa makan. Bekas kita cuci oi. Sedih ke idokkkk!!.
Nak di jadikan cerita, mentua lelaki ku nikah lagi sorang. Well said aku tidak masuk campur hal ini kerana bagi ku, mentua lelaki ku lebih dari mampu untuk bernikah lagi seorang.
Hari demi hari, aku pula makin rapat dengan bini baru nya. Selalu chat and selalu berbalas komen di facebook.
Anak ku warded, bini baru mentua lelaki ku jenguk, masa aku berpantang dulu.
(Fyi, mentua lelaki ku bernikah sebelum aku preggy yang kedua ini) bini baru nya tak dapat datang, tapi bini baru rajin bertanya khabar dan suka memberi barang keperluan berpantang. Aku tidak meminta tapi chemistry antara kami tu alhamdulilllah, ada.
Pada satu hari, mak mertua ku menelefon laki ku mengadu pasal ku kerana sering dan rajin berbalas komen thru fb dengan madunya.
Salah ke aku berbalas komen dengan madunya? Berdosa kah aku? Padahal komen memberikan kata-kata positif memandangkan anak bongsu ku sedang menjalani terapi.
8 tahun usia perkahwinan mentua lelaki ku dengan bini barunya bagi ku, bini baru nya orang yang baik dan suka mengambil berat berbanding bini tua nya.
Adakah satu kesalahan bagi ku jika melebihi cara dan batas dengan mak mertua yang baru walhal mak mertua yang baru itu suka mengambil berat tentang kami sekeluarga berbanding mak mertua ku yang sebenar?
Kadang-kadang aku dalam dilema, balik sahaja ke rumah mak mertua ku, dia mula menyindir berkaitan madunya. Hmm aku sebagai menantu hanya mampu berdiam dan makan hati. Sampai bila? Entah la…
– Ju (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit