Dia atau Dia

Bismillahirahmanirrahim,

Assalamualaikum aku Ms Q berumur dalam linkungan 20an dan sedang bekerja di sebuah syarikat swasta.

Aku juga telah mempunyai teman lelaki, Mr A sebaya denganku.

Kami berkenalan semasa kami berada di IPT area selatan. Dia juga sedang melanjutkan Degree di sebelah utara sana.

Setakat ini hubungan kami telah memasuki tahun ke 6 sejak 2017 lagi.

Sejujurnya sepanjang perhubungan kami telah melakukan beberapa perkara yang dilarang dalam Islam tetapi tidak sampai ke tempat tidur, hanya ringan-ringan.

Terkadang aku rasa hubungan kami ini tidak normal kerana keluar dating untuk memenuhi kehendak nafsu.

Alhamdulillah pada Ramadhan tahun lepas aku terdetik nak stop dari melakukan dosa-dosa tersebut.

Mungkin inilah yang dinamakan hidayah dari Allah untuk aku berubah.

Aku juga telah menyampaikan hasrat kepada A dan berharap dia menghormati keputusan aku dan dia okay asalkan aku masih dengannya.

Tetapi apabila kami keluar dating masih berpegangan tangan.

Pada hujung tahun 2022, aku diberi hidayah lagi dan mula memakai stoking, handshock, pakaian yang longgar dan labuh.

Dari situ aku meminta si dia untuk stop dari berpegangan tangan apabila keluar bersama. Kerana aku rasa macam fake berperwatakan muslimah tapi masih buat macamtu.

Pada awalnya dia ikuti sahaja keputusan aku.

Pada pertemuan pertama selepas aku minta jangan sentuh aku lagi, dia masih behave. Tetapi bila berjumpa kali ke 2 dan 3, dia masih lagi pegang tangan aku.

A kata perasaan jadi lain apabila tidak dapat berbuat demikian. Adakah dia cinta aku sebab nafsu? Ini sedikit sebanyak telah membuatkan aku menjadi tawar hati.

Memandangkan dia akan break midsem beberapa minggu lagi, kami akan keluar berjumpa.

Aku telah warning dia agar menghormati keputusan aku, hormat aku sebagai wanita.

Tetapi dia seakan tidak mengerti, aku minta dia berjanji tapi dia tak mahu.

Aku ugut dia, mahu berjanji atau jika dia berbuat demikian aku akan pergi tinggalkan dia. Aku masih menanti keputusan dari dia.

Dalam keadaan ini, ada seorang lelaki 30an, dia merupakan client di tempat aku bekerja.

Pada awalnya aku hanya contact jika ada urusan penting. Kami start rapat sejak dia reply status aku berkaitan ilmu parenting.

Dia berstatus duda anak satu, kematian isteri 2 tahun lepas. Berperwatakan sangat baik dan alim.

Dia juga pernah menyatakan hasrat jika aku tidak mempunyai teman lelaki pasti dia akan melamar aku.

Aku hanya diam dan tidak memberikan apa-apa harapan padanya kerana aku telah mempunyai A.

Aku juga telah melakukan solat istikharah. Aku masih menanti jawapan dari Allah.

Disini aku cuma ingin meminta pandangan mana yang terbaik dan pendapat dari kamu semua.

Sekian, terima kasih.

– Ms.Q (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *