Su4mi Nak Tapi Aku Tolak

Assalamualaikum. Nama aku Melur. Aku sudah berkahwin 4 tahun dan ada 2 orang anak berumur 3 tahun dan 8 bulan.

Suami aku, Borhan (Bukan nama sebenar) adalah seorang lelaki tipikal. Walaupun ada kekurangan (biasalah manusia) tapi bagi aku, dia sempurna seadanya.

Borhan tak pernah culas dari tanggungjawab, zahir dan batin.

Masalah aku adalah berkenaan nafkah batin.

Aku ingin bertanyakan pendapat pada semua ibu2 dan isteri di luar sana kerana ini adalah isu yang memalukan untuk aku tanya di dunia luar.

Pada awal perkahwinan kami, aku sangat takut untuk bersama. Pertama kali kami mencuba, sangatlah memeritkan. Sakit dia, tak terungkap.

Sehingga aku menangis dan suami memutuskan untuk berhenti.

Tapi kami tak berputus asa, berkat hasil membaca dan mencuba, kami berjaya untuk membuat hubungan k3lamin tanpa rasa sakit.

Awal perkahwinan, aku sangat aktif s3xually.

Tahun kedua perkahwinan, aku melahirkan anak pertama kami. Urusan melahirkan anak juga tidak traumatic.

Tapi aku mengalami postpartum depression yang menyebabkan aku hampir membunuh anak aku.

Selain dari ppd, semua berjalan dengan lancar.

Kami memulakan hubungan k3lamin setelah 6 bulan lebih aku melahirkan tapi aku sudah kurang rasa menikmati hubungan k3lamin.

Disebabkan penat dengan anak kecil, aku jarang tunaikan permintaan seks suami. Kekerapan turun kepada 1 kali seminggu atau 1 kali 2 minggu.

Tahun 2022, aku selamat melahirkan anak kedua kami. Disini, masalah aku bermula.

S3x drive saya turun kepada 0. Hubungan k3lamin kami sangat sangat sangat jarang. Aku boleh katakan hanya 1 kali sebulan atau 1 kali 2 bulan.

Untuk pengetahuan semua, aku mencuba pelbagai cara untuk naikkan rasa ghairah namun tak berhasil.

Aku cuba prolong foreplay tapi yang aku dapat cumalah rasa geli.

Aku cuba rehatkan badan dengan anggapan mungkin badan terlampau penat melayan anak-anak. Aku cuba pergi ke spa untuk relaxation dan dapatkan mood bermanja.

Aku cuba baca jika ada apa2 medical condition yang tiba2 wujud. Aku pergi jumpa doktor untuk check jika vagina aku bermasalah dan jawapannya takde masalah.

Aku cuba guna lubricant yang pelbagai. Aku cuba makan khalta dan makanan2 sihat (bukan jamu). Aku cuba untuk tak terasa hati dengan suami (untuk elakkan tawar hati).

Tapi semuanya menemui jalan buntu. S3x drive aku kosong, aku tak rasa horny dan vagina aku kering.

Terlampau kering sehingga tiapkali berhubungan, aku rasa sakit nak mati tapi aku tahankan kerana rasa bersalah kepada suami yang menahan nafsu berhari-hari.

Aku ingin bertanya jika ada sesiapa yang mengalami masalah seperti aku dan ada jalan penyelesaian sebab dah berbulan aku hadap benda ni. Stress.

Terima kasih dan maaf sebab confession ni membosankan. Aku cuma perlukan penyelesaian untuk masalah ni.

– Melur yang terdesak (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *