Kerjaya atau Keluarga II

Ini adalah apa yang terjadi setelah aku berpindah mengikut suami. Boleh baca confession aku sebelum ini disini, (https://iiumc.com/kerjaya-atau-keluarga/).

Selepas beberapa bulan berlalu, aku mendapat tawaran untuk bekerja di salah sebuah Badan Berkanun di negeri tempat suami aku bekerja.

Dapat pula daerah yang sama. Gembiranya suami aku bukan kepalang. Gaji yang ditawarkan berdasarkan slip gaji aku di kerajaan namun dinaikkan lebih banyak.

Gred yang ditawarkan juga adalah sama. Maknanya aku dah tak perlu jadi surirumah. Aku tetap boleh bekerja dengan gaji yang sama macam kerajaan cuma kali ini dekat dengan suami aku.

Jadi, atas dorongan suami, aku membuat keputusan untuk menerima tawaran baru tersebut dan berhenti dari kerajaan.

Ibu dan ayah aku seolah tidak merestui kerana aku perlu berjauhan lagi dari mereka. Aku sedih dan dilema namun syurga seorang isteri itu adalah suaminya.

Aku akur dan terpaksa mengikut suami berpindah.

Namun, apa yang aku harapkan tidaklah begitu indah. Aku mula tertekan dengan budaya tempat kerja baru.

Tidak ku sangka aku terjebak ke dalam dunia pekerjaan yang penuh toksik. Bermula dari pihak atasan hinggalah bawahan. Aku terlalu stress. Hari-hari aku menangis.

Bangun pagi aku akan menangis dulu sebelum bersiap ke tempat kerja, beratnya kaki melangkah, tengah kerja pun menangis sorang-sorang dalam tandas, balik kerja menangis.

Aku luahkan semuanya pada suami aku. Suami minta aku bersabar. Dan aku jalani hari-hari aku sendiri.

Aku tidak lagi meluahkan apa yang terbuku dihati kepada sesiapa kerana bagi aku tiada seorang pun yang memahami.

Hari semakin berlalu, kesabaranku sudah ditahap maksimum agaknya. Aku slow talk dengan suami. Aku cakap aku dah tak tahan. Aku nak berhenti kerja. Aku nak jadi surirumah.

Suami cakap dia okay jer. Boleh jimat duit pengasuh katanya. (Duit pengasuh 3 anak aku hampir RM1000)

Aku gembira sangat. Namun, sampai saat bila aku taip surat resign, suami aku pulang kerja dengan muka sedih.

Syarikat tempat dia bekerja agak terkesan dengan keadaan ekonomi sekarang. Jadi, gajinya pun agak terkesan.

Aku mulai terfikir yang bukan-bukan. Bagaimana kalau dia kena buang kerja? Bagaimana kalau dia tak boleh tanggung kami? Bagaimana?

Bagaimana? Dan bermacam persoalan timbul di fikiran.

Tapi dalam masa yang sama aku dah tak sanggup nak kerja kat tempat toksik tu lagi. Kadang aku terfikir adakah semua ni terjadi kerana ibu ayah aku tidak redha aku pergi?

Terkadang timbul penyesalan dalam hati aku sudah gembira dengan kerja sebelum ni.

Tapi aku lepaskan semata-mata kerana ingin mengikut suami. Tapi cepat-cepat aku hapuskan perasaan menyesal tu.

Aku sudah berusaha menghantar CV ke syarikat lain. Namun belum ada maklum balas. Apa yang harus aku lakukan?

– Wanita dilema (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *