Musim Cerai IV

Untuk part I, (https://iiumc.com/musim-cerai/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/musim-cerai-ii/).

Untuk part III, (https://iiumc.com/musim-cerai-iii/).

Ramai yang meminta aku menyambung cerita part seterusnya. Maaflah kelewatan sebab rasa membuka kenangan lama begitu sakit. Haha.

Tetapi bila wasup group family entah macamana akak no 5 yang kini menjadi permanent resident di usa boleh bercerita kembali sejarah kami yang dia lihat.

Dan pemergian dia ke usa masa remajanya selepas tamat belajar pun kerana mencari kehidupan. Kini kakak saya ni alhamdullilah memiliki ladang dan kehidupan disana.

Tak boleh saya intro dia banyak². Nanti student² yang belajar disana kenal pula dia sebab musim2 perayaan ni student malaysia ramai akan beraya dengan mereka di kedutaan. Maka saya sambung sedikit lagi cerita saya.

Cerita ini saya cerita permulaan saya nak balik kerumah ibu semasa kecil.

Disenja itu aku melangkah menghayun kaki aku. Nak ku hayun kemana langkah ku yang kecil. Aku menyusup perlahan2 dicelah2 sawah.

Aku membuat keputusan ingin kembali kerumah emak dibandar. Tapi bagaimana? Ya aku harus berjalan kaki puluhan km. Aku telah nekad. Akan lalui jalan gelap berliku² untuk ke bandar…

Tapi ketika ini sudah lewat petang. Aku kelaparan manakah mungkin. Nasi kucing di dalam tempurung pun telah tiada untuk mengisi perutku yang lapar.

Nak ku makan ikan sungai mentah yang biasa ku kail hari sudah gelap. Mana mungkin dalam gelap malam aku ke sungai.

Teringat kisah siang tadi. Pergaduhan antara nenek dan ibu saudaraku. Pergaduhan nenekku bermula kerana nenek ku tidak tahan melihat aku didera begitu. Itulah kali terakhir aku melihat nenekku. Perpisahan terakhir…

Masih terbayang ketika arwah ayah hidup nenek ku membela aku di sabah sebelum pulang ke semenanjung. Dia seperti ibuku.

Ibu ku pula sibuk dengan berniaga restorannya. Dialah tempat ku bermanja. Ayah ku pula sebagai anggota tentera selalu tiada. Operasi kadang² hingga 3 bulan.

Masih hangat ingatan ku kecil² “Zai. Zai. Mari sini.. ” “Ya nek.” sahutku. Kembalinya aku dari merayau dari ladang koko. Ya aku suka makan buah koko semasa kecil². Nenek memanggil ku lembut.

Aku baringkan badan pada peha nenek ku. Bermanja seperti biasa. Tiba2 nenek ku mengangkat bajunya. “pap”. Dibungkusnya mukaku dengan payudaranya. “Nenek. Nenek. Lemas. Lemas.” pintaku agar dilepaskan. Sambil meronta.

Nenek ku tergelak² sambil melepaskan ku. “Haaa. Baru tahu lemaskan. Tu baru kopek nenek. Belum lagi hantu kopek sorokkan. Jangan kuat merayau2 dalam ladang koko, nanti hantu tu sorokkan” ujar nenek.

Bermula saat tu aku takut merayau sorang² dalam ladang cina tu ambil koko. Takutkan disorok hantu kopek. Begitulah kasih sayang seorang nenek. Mendidik dan mengajarku dengan kasih syang. Akulah cucu kesayangannya.

Tengahari tadi semasa aku melalui rumah bapa saudaraku yang terletak hampir 1 km dari rumah nenek ku. Aku melalui lamannya. “Zai. Zai.  Kau dah makan belum” Tanyanya

Aku yang kelaparan menjawab dengan riang berharap dapat makan. “belum” jawab ku.

“Haaa. Kalau belum makan. Ambil penyapu tu. Sapu sampah keliling rumah. Jangan ada daun2 selerak lagi” tegasnya.

“Baik” kataku. Hati aku girang. Lepas bersihkan halaman rumah pasti dapat makan nasi tengahari bisik hati ku. Ku ambil penyapu. Terasa terik mentari membakar kulit hakusku. Ku lihat pokok rambutan merah.

Ya aku teringat sebelum ini. Pak saudara ku marah aku ambil buahnya katanya buah2 itu untuk anak2nya. Jangan disentuh. Aku hanya mampu melihat. Tak berani ku petik. Nanti makian pasti aku terima…

Walaupun ibuku bukan darah daging bapa saudaraku. Ibu kepada pak saudaraku ini telah menukarkan nama² pemilik tanah ini kepada ibuku. Aku tahu tanah ini milik ibuku…. Mungkin dendam ini membuat aku diperlakukan begitu.

Hampir berjam aku uruskan sampah. Keliling rumah itu terlalu luas untuk anak sekecil aku. Selepas aku pastikan tiada lagi dedaunan kering.

Aku sandarkan penyapu. “Sini Zai” panggil bapa saudaraku. “Nah ambil ni upah” 3 biji cekodok tepung diberikan. Mungkin lebihan sarapan pagi tadi.  jangan pemalas” sambungnya lagi.

“Mak kau tu tahu mem*m*t*t je. Anak tak reti jaga”. Pedih telinga aku walaupun aku kecil… maruah ibuku dimaki.

“Kau tak usah makan nasi. Cekodok ni cukup”. Aku ambil. Aku bawa balik kerumah nenek ku…

Ya. Aku teringat kucing yang aku panggil comel. Semenjak dua menjak ini. Tiada makanan untuknya didalam tempurung… kesian kau comel. Sebab aku selalu makan makanan kau.

Walau kau diberi lebihan nasi makanan mereka… Kau juga tidak diberi makan. Mereka dah tahu aku menumpang nasi lebihan kamu comel…

Cekodok ni aku bawa pulang untuk kau ya comel. Tentang aku nanti aku boleh cari buah2an untuk aku penuhkan perutku. Aku tahu buah2 engkau tidak makan.

Sampai dirumah nenek ku. Ku panggil comel. Ku letakkan cekodok bilis itu didalam tempurungnya. Aku usap kepalanya..

“Zai.. Zai” pekik nenekku… sambil menghentak tongkatnya dikaki tangga… “Jangan kau balik lagi kerumah ni. Semua orang dah benci dengan kau. Jangan berani kau pijak tangga ni lagi” sambil melempar kain bajuku.

Terkedu aku. Kurenung muka tua nenek yang tua itu. Dia seperti ibuku. Aku sangat sayang. “baik”. Kata ku patuh. Tiada sebarang perasaan ingin bertanya kenapa kepada nenekku. Aku sedar diriku.

Aku kutip baju ku. Aku berlalu pergi. Kudakap kucing comelku. “Comel². Jaga diri ya. Aku nak pergi”.

Ketika melangkah termenung memikirkan apakah caranya untuk aku kerumah ibu. Aku ambil keputusan ya aku boleh curi rambutan dirumah pak saudaraku. Sekarang adalah musim buah. Itukan tanah nama ibuku. Seperti ibu pernah sebut.

Ya. Malam nanti aku akan melakukan operasi memanjat dan mencuri rambutan. Jadi untuk menjalankan operasi tersebut aku masuk kebawah kolong rumah paklong dan duduk didalam gebuk padi menanti malam untuk mengisi perutku yang sangat kelaparan…

Sementara menunggu jauh malam aku terkenang peristiwa siang2 hari. Apakah nenek tidak sayang pada aku. Aku yang kecil tidak mengerti apa2. Aku takut malam2 begini dibawah rumah tapi hendak menangis hati ku telah beku.

Apakah yang terdaya aku nak lakukan. Aku hanya anak yatim kecil yang tiada siapa perlukan. Menyusahkan. Inigi meratap pada siapa?

Masa ini jika aku matipun tiada beza. Mungkin menyeronokan dapat bertemu arwah yang sangat menyayangiku.

Kenapa manusia tiada yang ingin menyayangi. Ya mungkin aku tak ubah seperti kucing kurap. Kulit ku yang putih dulu kini sudah berbelak2 dengan panau.

Dalam aku mengelamun melayan perasan aku menunggu waktu sesuai ketika orang tidur untuk aku mengisi perut ku yang kelaparan…

Sunyi sepi rumah ketika ini. Kukira orang dirumah telah tidur. Ya orang kg tidur awal sekitar 9 malam.

Aku memulakan operasi mengenyangkan perut sebelum memulakan langkah berjalan kaki kebandar rumah ibuku yang jaraknya 35-40km melalui jalanraya yang hutannya tebal.

Perlahan2 ku panjat pokok rambutan agar tidak didengari. Aku melompat kedahan teratas. Aku cuba meraba2 dalam kegelapan…

Kutarik rambutan kearah ku. Tiba2 aku rasa dahan yang kupijak patah… prakkkk… kepala ku menjunam dahulu kearah tanah. Aku cuba mencari dahan jika dapat menyelamatkan aku. Tapi malangnya aku. Terus ke tanah.

Meletup bunyi lengan ku. Kulihat tangan kiri ku telah patah dua berbentuk L terkulai… aku tekup mulut ku agar tidak terdengar jeritan kesakitan ku. Aku takut pak saudaraku ku tersedar.

Aku berlari sekuat hati kearah sawah. Berlari agar tidak ditemui… dan terus berlari sekali lagi dalam kegelapan malam yang tiada berarah…

Hatiku hanya berkata andai matiku malam ini adalah malam kebahagiaan terindah untuk ku… tubuh kecil ini terus berlari sambil merintih membelah keheningan malam. Ya Tuhan, aku ingin bertemu arwah ayah… bertemu ayah….

– Si yatim (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *