Berbagai Cara Tuhan Jentik Hati

Assalamualaikum, hai semua pembaca. Aku Kak Usik (semestinya bukan nama sebenar, Usik ni tajuk lagu fav aku sebab liriknya kena dengan hidupku).

Sempena ramadan ni saja aku nak share cerita macam mana Allah jentik hati dan diri aku ni. Maaf kalau serabut ayat ayatnya sebab tak pandai nak berayat, berangan lebih tu pro lah, haha.

Aku ni berumur 20 an yang beberapa tahun saja lagi nak masuk 30. Aku bukan si cantik manis mahupun rupawan, muka kampung biasa kulit sawo matang. Pendidikan pun setakat SPM.

Jiwa muda ni biasalah mesti ada rasa nak bercinta nak cari pasangan untuk berjodoh.

Dalam beberapa bulan sebelum habis 2022 aku bosan, niat memang ikhlas nak cari seseorang buat berjodoh.

Aku pun tak sedar diri install satu app dating yang memang famous orang guna dari budak muda sampai bapak orang pun ada dalam tu.

Dah register semua, siap subscribe bulanan dapatlah swipe and like dari beberapa orang. Tapi taklah semua aku like balik sebabnya ada option memilihkan, hihi.

Dan bermulalah reply beberapa chat. Tapi boleh dikira dengan jari berapa orang je yang aku balas chatnya, dan hanya 1 ke 2 orang je yang aku agak senang nak *open up*.

Dan hanya dalam 1-2 orang je aku berani bertukar laman instagram. Juga, 1 orang tersasar ke wassap haha.

Yang tersasar sampai wassap ni pun takda apa, chat sikit lepastu mana entah hahaha. Mana taknya aku ni jenis dry texter, pemalu pulak tu.

Aku renung balik apa yang aku mulakan ni memang macam bodoh. Dalam app ni susah nak jumpa yang serius, jujur dan berniat baik.

Ada tu, mula mula ayat elok bagi salam sembang2 perkenalan, noohhh lepastu timbul ayat nak meluc4h haa memang aku block.

Kebanyakkan pulak lelaki ni nak hilangkan bosan je. Ada pulak jenis pancing girls guna gambar berunif*rm gomen (palinglah laku hahahaha ramai like).

Aku mula termenung dan berfikir, ya Allah apalah aku ni, betul ke cara aku ni nak cari teman hidup.

Lillahitaala seumur hidup ni tak pernah aku bercinta erti kata lain bercouple. Zaman sekolah tu setakat chat2 je kawan lelaki.

Tiba satu malam, aku sebak semacam terus menangis. Aku cakap dengan diri aku, apa aku buat ni tak betul.

Tiba tiba aku ambil wudhuk nak baca Quran, terus menitik airmata. Masa ni lah aku rasa Allah tegur aku,

Untuk pengetahuan kalian, sebelum install app ni aku tak jaga solat memang kelaut, Quran pun sekali sekala baca padahal mahir baca dengan tajwid lancar.

Aku menangis, aku semacam rasa 1 perasan yang tak boleh digambarkan.

Sejak dari malam tu aku mula jaga solat, walaupun ada jugak bocor tak complete 5.

Malu betul bila fikir chatting dengan lelaki ajnabi bagi id sosial media, lelaki tengok gambar selfie aku, Allah sumpah malu.

Aku cakap sorang2, aku selalu doa nak jodoh yang baik tapi aku sendiri buat cara ni dengan install app maksiat ni. Tak dinafikan ada yang betul2 berjodoh dalam app tu alhamdulillah rezeki diorang.

Sejak dari tu sampai ke harini alhamdulillah solat mula complete, al Quran baca tiap hari rasa sedih hampa semakin pudar. Bila fikir balik, Allah mungkin tak nak aku berharap selain dariNya.

Allah nak aku perbaiki dulu diri ini, perbetul solat, qada solat tambah amal cari ilmu agama barulah nanti Dia kurniakan kemahuan aku.

Tapi saat ni aku redha, aku serah segalanya pada yang maha mengetahui kerna Dia lah yang telah menetapkan jalan hidup aku yang azalinya termaktub dalam ummul kitab (lauh mahfuz).

Jodoh, rezeki, ajal & maut semua tu dah ditentukan. Tinggal kita je kena banyak ibadah berdoa supaya dikurniakan takdir hidup yang baik dan dijauhkan dari nasib yang buruk.

Semoga diriku istiqomah. Ku doakan moga amal ibadah kita semua dalam bulan ramadan ni diterima Allah. Jangan lupa doakan saudara seislam kita di Palestin.

Moga panjang umur sampai bisa bertemu ramadan tahun seterusnya. Assalamualaikum..

– Kak Usik (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *