Assalamualaikum, selamat berpuasa semua. Nama aku Zaki (Bukan nama sebenar), berumur 31 tahun. Sudah berkahwin (kami berdua bekerja di bidang professional) dan mempunyai sepasang anak lelaki dan perempuan.
Aku bukan hendak membuka aib sendiri, atau aib sesiapa pun. Sekadar hendak meluah perasaan dan mencari kekuatan diri.
Eloklah kiranya kalian semua doakan yang baik-baik untuk kami semua. Semoga doa kalian dikembalikan kepada kalian jua. Aamiin.
Aku mula berkahwin pada 2018 dan tinggal bersama keluarga mertua (di sini silap pertama aku).
Bukan kerana tidak mampu, tapi kerana memenuhi hasrat isteri dan keluarga mertua untuk tinggal bersama keluarga mereka. Sungguh, aku telah melakukan satu kesilapan yang besar.
Di awal perkahwinan, isteri sudah memberi nasihat yang aku perlu bertahan dengan keluarga dia. Namun, jiwa seorang pemuda yang aktif, aku merasakan mampu menerima dan menghadapi segala cabaran. Sesungguhnya aku silap.
Keluarga mertua aku merupakan antara orang berada, bukan sekadar T20, maybe T10. Duit bukanlah masalah bagi mereka. Namun, mereka ingat segala-galanya perlukan duit.
Mereka juga suka untuk mengawal orang-orang di sekeliling mereka.
Contoh, jika ada saudara terdekat yang hendak kahwin, saudara itu perlulah memberitahu mereka dahulu, jika tidak, banyaklah kata-kata kesat akan keluar daripada mulut mereka.
Oh ya, lupa nak bagitahu. Mulut 2 orang ahli dalam keluarga ini amatlah puaka. Jika tidak sebulu dengan mereka, maka akan dicaci, dihina dan seumpama denganya.
Perkataan seperti B*BI, B*D*H, SESAT dan seumpamanya adalah makanan harian mereka. Tidak kiralah dari segi ekonomi, kewangan, politik, pengurusan, pentadbiran, dan sebagainya.
Jika boleh, mereka mahu semua ikut kata-kata mereka. Mereka akan mencari juga isu setiap hari, supaya mereka dapat melepaskan “gian” mereka untuk menghina orang lain.
Jika tiada isu di dalam Malaysia, mereka akan mencari isu di luar Malaysia. Dan akulah yang kena hadap dan dengar kata-kata cacian dan hinaan ini setiap hari.
Ya, pada awalnya bukan mengata aku, tapi mengata orang lain. Tapi jika dah setiap hari telinga aku kena dengar perkataan-perkataan ini, letih juga aku. Letih untuk berada dalam keadaan persekitaran yang toksid ini.
Namun, jika orang bertandang ke rumah atau jika di hadapan orang lain, bukan main manis lagi mulut mereka. Jika di belakang orang, hanya Allah yang tahu. Letih aku untuk hadapinya.
Dari sehari ke sehari, aku mula menunjukkan rebellious action. Mula-mula aku akan senyap, kemudian tidak senyum ataupun aku akan terus masuk bilik atau keluar.
Lama kelamaan aku sudah mula untuk beranikan diri untuk menasihati mereka.
Aku mengatakan bahawa duit bukan segala-galanya dan janganlah kita menganggap diri kita tahu segala-galanya. Cukuplah kita berkata-kata di dalam bidang kita sahaja, di dalam bidang yang kita tahu sahaja.
Isu politik, biarlah orang politik berpicara, isu pengurusan dan pentadbiran, biarlah mereka yang dalam management berbicara, isu ekonomi, biarlah ahli ekonomi berbicara, isu agama, biarlah ustaz/ah dan agamawan berbicara.
Janganlah kita merasakan kita tahu segalanya dan senang-senang “B*Bi”kan, “B*D*H”kan, “SESATKAN” orang lain yang tidak sependapat dengan kita.
Mungkin itu kali pertama mereka ditegur, mula-mula mereka terkejut. Dan salah seorang daripada anak mereka berkata “How dare you said like this to my parents.
You are so rude”. Hahahaha. Nampak tak, sejenis yang tidak boleh ditegur, tapi jika bab mengata dan menghina orang lain, merekalah nombor satu.
Dan alhamdulillah aku baru keluar daripada rumah mertua awal tahun ini. Doakan aku wahai para pembaca yang soleh solehah di sini.
Banyak lagi isu sebenarnya, tapi cukuplah luahan aku setakat ini buat masa ini. Jika aku berkesempatan lain kali, aku akan berkongsi lagi.
Selamat berpuasa.
– Zaki (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit