Tersabar Tanpa Sengaja

Nama aku Idzni, berumur 28 tahun, penjawat awam dan pernah bercinta dengan suami orang.

Ops, nanti dulu, jangan marah aku, sebab aku bercinta selama 2 tahun tu, tanpa aku tahu pun Mr.N tu suami orang.

Pandai gile die sorok sampai aku langsung takleh jangka. Maybe sebab aku ni sejenis bersangka baik dan banyak fokus bekerja.

Isteri die pun tak tahu dia ada aku. Terkantoi bila isteri dia dapat tahu (I don’t know how), mesej aku tanya siapa aku and so on.

Terkejut aku sambil terpinga-pinga tetibe kena maki dalam mesej. Pastu sambung kena maki dalam phone. Aku diam je sampailah kemarahan Kak F (isteri Mr.N) reda sendiri.

Aku just minta maaf dan terangkan kat Kak F yang aku tak tahu pun Mr.N ni suami orang.

Suami Kak F ni memang tersangat segak, I mean, memang tak terjangka dia ni bukan bujang. Lol.

Lagipun tenuk tu (Mr.N) memang banyak je masa dengan aku. Maksud aku, takdelah dia ada waktu hilang ke apa. Sentiasa ada di saat aku memerlukan. Tahi sungguh.

Kena maki lagi dengan Kak F. Dia cakap aku bodoh sangat ke sampai tak boleh detect Mr.N tu suami orang. Takkan tak check background??!!

Aku masa tu dalam hati, “Ala, akak pun tak sedar kan suami akak ade saya. HAH, samelah macam saya ni, saya pun tertipu tau dengan kelicikan suami akak,” kata aku dalam hati, tertahan nak keluar sebab aku faham je if aku jadik bini pon aku rasa nak mengamuk macam tu.

Aku diam je. Diorang siap ada dua orang anak ye. Hai lah. Kak F tunjuk gambar diorang sekeluarga. Tetibe je Kak F menangis.

Janganlah kacau suami akak, dik. Suami akak tu je yang akak ada and beberapa ayat yang buat aku menitik air mata, sebab Kak F macam merayu dengan aku.

Aku cakap, “Kak, akak takpayah merayu macam ni kak. Akak jangan risau, saya takkan ambil kebahagiaan akak.” Masih Kak F menangis teresak-esak kat tepon.

Dahlah time tu aku sayang sangat dengan Mr.N. 2 years dengan dia, takde problem sangat. Semua best je. Semua macam indah je.

Siap dah berangan nak kahwin tema apalah itulah inilah. Jumpe family je belum, sebab parents aku pun dah meninggal. Parents die pun dah meninggal (katanyaaaaa, tak tahulah dia tipu ke apa).

Aku fikir masa tu, nantilah dulu if nak kenalkan dengan kakak aku. Sekali, pom tersiat hati makcik. Padan muka aku, betullah kata Kak F tu, aku tak check bebetul ke? Huhu.

Insiden maki ke apa semua ni berlaku masa aku kat office. Lepas kena maki tu, aku tenung je PC depan aku sampai otak berserabut.

Petang tu lepas balik kerja, aku terus pergi tempat kerja Mr.N. Dia engineer kilang, so shift kerja dia bermula petang ke malam. Aku doa sesangat dia datang kerja.

Mr.N keluar. Dengan muka stress dan bersalah.

Maybe die pun kena maki dengan isteri dia.

Aku terus tanya, first kenapa ko tipu? Second, ko sebenarnya nak apa dengan aku selama 2 tahun ni, hanat? (Serius aku sebut hanat tu). Terus keluar ko-aku, padahal sebelum ni abang-sayang.

Dia jawab dia memang sayang aku dan hati dia dah lama tawar dengan isteri dia bla bla bla (burukkan bini, standard lelaki loser).

Bayangkan eh, aku sayang gila dengan Mr.N ni time tu. Aku lemah je bila tengok dia and so on, bila dia cuba pujuk aku semua tu, aku cair je tapi waktu tu aku terus split diri aku jadi dua.

Satu diri aku yang jahat, satu lagi baik. Dalam hati aku, aku kena berfikiran waras untuk decide aku nak jadi yang mana.

Aku pilih jadi jahat.

Aku tendang private part Mr.N sekuat-kuat hati aku sambil aku jerit : Ko paling terbabi dalam dunia sebab ko tipu bini ko and ko tipu aku!

(Sile masukkan efek guruh berdentum kilat sambar-menyambar).

Aku naik kereta and aku blah.

Aku lalui 6 bulan selepas itu dengan sangat tersiksa. Mr.N cuba contact aku tapi aku cut semua communications. Social media aku closed, no tepon sume aku tukar. Aku siap pindah rumah ya. Gigih gila aku time tu.

Setiap malam aku menangis, doa dengan Allah etc, pandang kipas berpusing, rasa nak hentak kepala kat dinding, semualah.

Mr.N ni first love aku. Sangat-sangat sukar nak melupakan. Setiap hari balik kerja je, aku pi joging sampai fit badan aku.

Tetiba je dah 6 bulan, tetibe je dah setahun, eh tetibe je dah 3 tahun. Tetibe je semua perasaan aku yang dulu tu dah pudar. Bila fikir balik, kelakar pulak time aku tendang private part Mr.N tu. Rasa macam childishnya aku.

3 years tanpa contact, menahan sabar walaupun aku tanak sabar pon sebenarnya tapi aku benci jadi penyundal, akhirnya aku bertemu jodoh dengan suami aku sekarang.

Alhamdulillah.

Sebenarnya aku just nak cakap to all penyondol di luar sana, silelah bersabar dengan ke single an anda, silelah sabar dengan hati yang kosong dan nafsu membuak nak laki orang tu. Sabar ni dapat selamatkan banyak benda. You kenduit.

– Idzni (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *