Jiran Yang Ku Sayang

Assalamualaikum buat para pembaca IIUM Confession. Ini sedikit cerita indah mengenai hidupku berjiran dengan jiran yang ‘special’.

Coretan ini mungkin agak sedikit panjang, kerana sudah hampir 9 tahun aku berhadapan dengan jiran seperti ini.

Kami penyewa. 1 rumah 2 pintu. Kami berkongsi halaman dan parking lot yang sama kerana reka bentuk rumah kami ibarat rumah berkembar. Aku di bahagian hadapan dan jiran itu dibahagian belakang.

Jadi setiap kali mereka ingin keluar, mereka perlu melalui di hadapan pintu rumahku.

Mudah aku bahasakan mereka suami isteri sebagai Kak.A dan Abg.J. Suami isteri yang mempunyai 4 orang anak laki2 sementara aku dan suami mempunyai 2 orang anak lelaki dan perempuan.

Di awal pengenalan, aku sangat menyenangi mereka. Pemurah. Gemar mengambil berat. Ringan tulang membantu. Anak anak mereka pun baik. Aku dah mengangap mereka ibarat kakak dan abang.

Cuma satu yang aku tak berapa selesa, bila berbual dengan Kak.A, mulutnya hanya berbual soal orang lain atau erti kata lain, mengumpat.

Pantang ada berita tentang orang, dialah yang paling utama menyampaikan kepada aku. Mula mula aku pun go with the flow je dengan dia.

Biasa la orang perempuan kan minat gosip. Tapi lama2 aku rasa tak selesa seolah2 semua hal negatif tentang orang lain, tentang jiran2 lain especially.

Semuanya dah jadi info tak penting dalam otak aku. Ia mengundang perasaan negatif dalam diri sebab bila kita terpandang insan yang disebarkan ceritanya itu, aku turut jadi menyampah walhal aku kenal pun tidak.

Suami tegur sikap aku, jangan terlalu melayan sangat Kak.A kerana khuatir aku juga terjebak dalam fitnah dan umpatan.

Jadi aku mula berhati hati bila nak berbual dengan Kak.A. Bila terserempak je dengan Kak.A, kami berbual macam biasa.

Cuma bila dah mula nak buka cerita perihal orang lain, aku akan beralasan nak masuk rumah uruskan kerja lain. Bukan nak kata diri ni baik, tapi yela dosa sendiri pun dah menggunung oii lagikan nak pikul dosa orang lain.

Macam aku ceritakan tadi, mereka sangat suka mengambil berat. Tapi mengambil berat tu sampaikan bila aku tiada di rumah, tingkap rumah aku diintai atas apa tujuan nak jenguk ke dalam rumah aku.

Perkara ni kantoi dengan jiran lain yang sampaikan pada aku. Bila aku bertanya pada Kak.A.

Dia mengaku perbuatan tu dan alasan sebab nak cek kucing aku ada ke tidak di dalam rumah.

Bila fikir balik, yeke prihatin bab kucing sedangkan aku tak pernah pun tengok dia membela dan bermain kucing sebelum ni.

Kucing kawannya yang dijaga pun dikurung dibiar di bawah hujan sampai demam mati kucing tu. Kucing aku pun pernah kantoi dibuangnya.

Lagi perkara yang kelakar tentang mereka ni. Asik nak berlawan lawan dengan aku. Bila aku basuh baju sidai kat luar bau wangi, esok nya dia akan juga sidai baju dengan bau yang 2,3 kali lebih wangi dari aku.

Bila aku beli kasut baru, tak lama kemudian aku perasan Kak.A akan ada kasut baru juga yang lebih kurang sama dengan aku.

Aku ada serba sedikit tanam pokok di tepi rumah, eh apa je jenis pokok baru yang aku ada, tak lama lepas tu dia pun ada juga.

Siap ada pokok bunga kertas yang super besar dia dapat tapi hairan nya pokok itu diletak betul2 bersebelahan dengan pintu dapur rumah aku.

Hairan rumah engko yang halaman seluas2 tu kau tanam rumput, tapi bunga kau kalau boleh nak tutup pintu aku bila aku bukak je pintu aku ibarat kau nak suruh aku sujud sembah terus kat pokok kau tu.

Pernah sekali kami balik malam dan ada mainan baru aku belikan utk anak aku dan mainan tu bunyi agak kuat.

Tak lama lepas tu aku dengar Kak.A keluar naik kereta dan balik semula dengan mainan baru untuk anak dia malam tu jugak. Anak dia terus main depan pintu rumah aku. Tah apa niat aku malas nak sangka bukan2.

Tak kurang juga dengan sikap mereka yang suka meminjam barang2 orang. Aku tak kisah pun orang meminjam, asalkan diberi dengan keadaan molek, maka pulangkan la dalam molek. Eh tak.

Cangkul yang dipinjamkan mula tegak, dipulangkan bengkok. Adab kita seandainya kita meminjam barang yang sama dengan orang melebihi 3 kali, itu bermakna kita perlu beli sendiri barang tu.

Tapi prinsip tu takde dalam diri mereka. Pinjam selagi boleh pinjam. Pakai selagi boleh pakai.

Asal barang kita nampak macam dah lama tak terusik, makna nya mereka berhak untuk ambil dengan anggapan yang kita dah tak  nak guna barang tu.

Kak.A kata dia nak minta sikit tanah sawit aku sebab nak tolong tanamkan pokok serai. Aku pun mengizinkan memandangkan waktu tu aku mengandung.

Tak lama kemudian aku perhatikan macam makin ‘kering’ pulak tanah hitam aku ni. Perut dah sarat, masa bila pulak aku menanam.

Sekali aku curik2 check di halaman rumah dia, nohhh rokiah! Tanah hitam aku siap dengan pasu2 aku sekali kau sapu dibuat pakai tanam pokok kau.

Pokok serai yang konon nak tanamkan untuk aku pun ada jugak sepasu tapi kecik coet macam nak mati je aku tengok. Aku tak puas hati aku amik semua pasu dan tanah aku. Aku tunggu je kot2 dia nak bertanya tapi dia diam je.

Masa bersalin aku berpantang 40 hari di rumah mak aku. Bila aku balik rumah, segala barang berkebun aku semua kt rumah kau. Dengan penyapu aku dah patah tah pebenda kau buat.

Sebiji wasap pun takde masuk dari kau nak minta izin sebelum guna barang aku even yang kau rosak kan pun haram nak dengar kau minta maaf. Botol spray kesayangan aku buat baja pokok hilang. Puas aku kedepan kebelakang mencari.

Bila aku terserempak dengan Kak.A dia kata tak pernah nampak pun botol spray macam aku punya. Alih alih anak dia sendiri yang keluarkan botol spray tu dari rumah dia dan tunjuk pada aku. Dalam nya dari baja pokok dah bertukar jadi sabun.

Tergagap Kak.A nak explain seolah2 dia nak tuduh anak dia yang ambil dia buat main. Tapi anak dia yang jawab balik “laa, tadikan ibu yang suruh ambil?”. Aku senyum saja asalkan aku dh dapat botol aku balik. Tapi malam tu termenung juga aku.

Belum lagi soal hanger baju aku menyusut, yang ajaib nya tiba2 kau ada hanger yang lebih kurang je sama dengan aku ek. Bila aku tanya kau kata sini ada orang suka datang curi barang malam2.

Tapi pelik kenapa orang tu sanggup datang jauh2 semata nak curi hanger? Dan kenapa hanger kau sama design dengan aku punya yang hilang? Getah paip aku hilang.

Tak lama kemudian kau pun boleh ada getah paip yang sebijik sama panjang, warna dan penyambung yang ayah aku pasang pada getah tu pun boleh tersama dengan kau sekali.

Aku malas nak tanya sebab aku takde bukti nak kata dia ambil, cuma aku sumpah apa2 yang dia gunakan dari barang2 yang dia curi seandainya ada takkan membuahkan hasil pun.

Memang betul pokok yang dia tanam dari barang curi tu tak tumbuh pun. Dan barang2 lain pun ada juga yang sama. Aku hilang then dia ada benda yang sama yang macam aku hilang. Magic en .

Last2 aku tekad nak pasang cctv. Aku bagitau Kak.A aku pasang cctv sebab nk tengok orang mana yang rajin sangat ni suka ambil barang orang.

Eh yang ajaib nya lepas ada cctv, kes2 barang aku hilang pun macam dah setel serta merta. Dah takde lagi barang aku hilang. Magic en boleh pulak pencurik tu tau dari jauh aku dah pasang cctv.

Kak.A sapu sampah di halaman rumah dia tapi sampah nya ditolak ke halaman rumah aku. Sekali dua aku boleh maafkan lagi.

Aku sapu bersihkan. Sampai mummy aku tegur “nape kau biarkan rumah kau kotor halaman ni penuh sampah” padahal tu sampah dari rumah dia yang ditolak ke rumah aku.

Belum lagi dengan anak dia yang segala sampah jajan air kotak botol semua dibaling bertaburan di halaman. Dalam longkang.

Kami berkongsi halaman yang sama dan rumah aku yang di depan. Jadi pandangan pertama tetamu yang datang memang aku lah yang dituduh buang sampah tu sampai kotor rumah.

Aku dan suami aku kutip juga sikit2. Tak memasal jadi tukang pengutip sampah. Pernah aku kutip balik dan kumpul kan sampah tu di pintu rumah dia, malam tu aku perasan sampah tu dah dibaling ke tengah jalan.

Nak tunjuk protes yang konon aku ni terlampau berkira. Abis selama ni halaman rumah ni bersih dari sampah kau tu sebab siapa yang uruskan? Ayam kucing ke yang makan sampah2 plastik kau tu?

Lepas tu kau bela kucing,kau letak dalam sangkar dan depan rumah. kau biarkan taik dia tak terbuang sampai aku tak boleh buka pintu sebab bau taik kucing kau masuk dalam rumah aku.

Aku nak sidai baju pun tak dapat sebab bau taik kucing kau melekat dekat baju2 yang aku sidai. Tak lagi dengan kucing kau berlapar kehausan sebab kau tak bagi makan minum.

Melalak kucing tu memanggil smpai aku dengan suami tak dapat nak tidur malam. Bila aku tolong isikan air dan makanan, kau cakap aku penyibuk. Pelik aku macam mana jiran aku ni boleh hidup dengan keadaan gini.

Belum cerita lagi soal anak dia. Anak dia yang bongsu lelaki, lebih kurang sebaya dengan anak aku.

Aku tak salahkan budak tu kalau dia jenis suka lasak bermain. Aku pun ada anak lelaki tapi dia jenis tak lasak sangat. Cermat bila bermain. Sifat budak lelaki kan ganas2 tu biasa la.

Tapi kalau dah 2,3 kali anak kau tolak anak aku sampai ada yang dia jatuh. Anak kau tarik anak aku sampai jatuh sebab anak kau tak bagi anak aku main dengan anak jiran lain.

Anak kau langgar anak aku dengan basikal cuma semata sebab anak aku tak mau dengar arahan anak kau. 2,3 kali perkara tu berlaku aku just tegur2 gitu je budak tu.

Anak orang kan, mana boleh usik suka suki. Tapi bila dah benda tu berlaku sendiri depan mak bapak dia, anak aku dahi berdarah kesan ditolak anak kau, still kau as parent buat bodoh je takde maaf takde apa.

Memang dah sampai masa kat situ jugak aku meletop. Aku berhadap dengan laki dia sendiri, bagitau semua apa yang anak dia dah buat. Dia tak boleh terima atas alasan tu budak kecik. Abis takkan sampai berlobang dahi anak aku baru nak ngaku anak kau salah.

Anak aku tak tenteram nak bermain sebab anak kau sibuk je nak control anak aku suruh ikut cakap dia. Korang as mak bapak korang biar je anak kau buat suka hati kat anak orang lain.

Senyap2 berapa kali anak kau bukak seluar anak aku, ajar dia me*****p. Wei anak aku baru 6 tahun umurnya dah nak kena hadap benda kotor cenggini. Bila suami aku dapat tangkap perbuatan anak kau, kau takleh terima.

Sejak dari tu aku mula dingin dengan diorang. Dan bermula lah episode diorang mula start cakap belakang2 pasal aku.

Kalau jiran lain pun difitnah nya bawak masuk perempuan dalam rumah, lari bayar sewa, anak hisap dadah (then aku dapat tau ni semua fitnah dari mulut Kak.A lepas aku sendiri siasat). Apatah aku ni kan yang dah memang aku dah bermasam muka dengan kau.

Berlegar legar aku dengar cerita pasal aku di kawasan ni. Aku menggatal dengan laki orang. Aku menggedik dengan budak hantar barang.

Aku ada saka. Aku ada ilmu hitam. Aku pukul anak dia( sentuh anak dia pun aku tak pernah). Laki aku simpan pempuan lain sebab tu dia selalu balik malam( laki aku ajk masjid kot).

Macam2 yang aku dengar dan sampaikan siapa2 je kawan, keluarga, atau kenalan yang datang rumah dia mesti akan memandang aku macam nak ludah kat muka aku time tu jugak. Jiran2 lain pun dah mula nampak lain dengan aku.

Bila aku keluar rumah, diorang cepat2 akan masuk ke rumah tutup pintu. yang tengah naik motor atau kereta akan terus press minyak laju2 nak mengelak dari bertemu dengan aku.

Mulanya aku malas nak syak wasangka, tapi aku perasan gak si Kak.A ni rajin bersembang dengan diorang time aku takde.

Kadang ada juga si Kak.A ni cuba nak berbaik dan tegur2 aku. tapi bila dengar isi mulutnya masih nak berbohong nak memfitnah aku jadi tawar terus nak percaya lagi. Aku pun kalau boleh nak berbaik semula sebab rumah kami sebelah menyebelah je.

Bukak pintu mmg nampak diorang. Tapi itula aku dah susah nak percaya lagi. Sampai sekarang aku dah tak bertegur. Nak duduk rumah sendiri pun susah nak tenteram. Bila aku keluar rumah je nanti adala nak skodeng.

Siapa yang datang rumah aku nanti MESTI diorang akan keluar bukak pintu macam nak dengar aku bualkan apa. Bila aku berkebun kat luar nanti adala suara2 sumbang nak menyindir aku. Tapi bila aku ajak berbincang depan kau menyorok pulak dalam rumah.

Itulah sedikit kisah dariku tentang hidup berjiran. Nak taknak kami sekeluarga perlu hadap dan anggap ini sebahagian dari ujian hidup.

Kalau aku membalas kembali dan ceritakan pada jiran2 lain nanti seolah aku pun lebih kurang 2×5 je dengan dia yang suka menyebarkan aib orang.

Jadi sabar dan tenang itu sahajalah yang kami mampu. Moga Allah kabulkan impian kami untuk memperoleh teratak kediaman yang lebih aman. Kalau tak dapat kat dunia pun moga dapatlah di akhirat. Allahuma amin.

Terima kasih sudi baca luahan aku.

– Tam tam (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *