Untuk part I, (https://iiumc.com/musim-cerai/).
Untuk part II, (https://iiumc.com/musim-cerai-ii/).
Untuk part III, (https://iiumc.com/musim-cerai-iii/).
Untuk part IV, (https://iiumc.com/musim-cerai-iv/).
Saya sambung sedikit. Kemana malam itu saya pergi selepas jatuh pokok?
Kalau ada masa nanti saya sambung ke siri² kehidupan saya dibandar.
Kalau boleh jangan ada penghinaan pada saudara mara yang terlibat. Sebab ini hanya sekadar kenangan hidup. Untuk kita jadikan panduan kenapa anak² baik dari penceraian hidup atau mati.
Aku berlari tanpa arah. Sakit lengan ku yang patah. Ngilu terasa berdenyut²… titian permatang sawah ku lalui. Kemana ingin ku pergi malam² begini tika hati ku beku kesakitan begini.
Berlari dan menangis menahan tangisan suara agar tak didengari. Nak ku teruskan perjalanan ke rumah ibu tidak mungkin kerana aku terlalu sakit. Sakitnya sungguh sengsara. Naik ke rahang² dan kepala. Terlalu jauh untuk aku.
Akhirnya aku terfikir kira² 1.5km dari situ ada tanah perkuburan ayahku. Ya aku tuju ke situ. Ingin ku adukan pada ayahku tentang perjalanan sukar anakmu. Mungkin kau dengari wahai ayah ku.
Walaupun usiaku 8-9 tahun tika kejadian ini. Masih ku ingati tempat persemadian ayahku. Selepas sawah ini ada ladang getah dan dibawah pohon buluh itu tempat persemadian mu.
Cahaya bulan membantu perjalanan aku kearahmu. Perasaan takut seakan tiada pada aku. Mungkin kerana sakit dan bekunya hati. Terbiar dan amat tahu wahai insan. Aku hanya penumpang yang tak diperlukan oleh kamu.
“Ayah. Ayah.” “Zai datang. Tapi Zai sakit.” Aku adukan. Tapi tiada balasan.
Rindu pada ayah tiada berpenghujung. Terlalu rindu. Aku rebahkan badan diatas pusara ayahku. Tangisan dan denyutan tangan ku seiring. Merintih.
Terimbas kembali tika pemergian mu wahai ayah… jenazah ayah dibawa turun dari rumah untuk dikebumikan. Terdengar mak saudara ku berkata Pada adik beradik ku,
“Turun sahaja jenazah ini dari rumah. Putus talian saudara kita” aku tidak faham maksud ibu saudaraku. Aku terlalu kecil untuk memahami.
Jenazah ayah ku menaiki van untuk ke tanah perkuburan ini. Tapi tidak muat untuk ikut serta. Kerana adik beradik dan ibuku naik mengiringi jenazah… hujan gerimis mulai turun.
Kelihatan bapa saudara ku sedang menghidupkan enjin kereta. “Pak long. Pak long. Zai ikut” pintaku. “Ehh. Kau kotor tu. Tak payah naik kereta ni. Nanti berpasir”.
Sedih teramat aku rasa masa itu. Derai airmata aku tak pernah kering kerana kehilangan ayah yang aku sayang. Kini aku tak berpeluang menghantar ayah ku ke destinasi akhirnya.
Aku ambil keputusan. Berlari mengejar van jenazah. Tapi kudrat ku untuk mengejar terbatas.
Dalam hujan ku kejar melalui pohon² getah ini bercampur di antara airmata kehilangan dan hujan.
Setibanya aku dipusara itu. Talkin telah dibacakan. Ayah ku telah pergi tanpa menunggu aku untuk ku lihat buat kali terakhir. Pusaranya telah ditimbus.
Bersemadilah ayah. Bersemadilah dalam damai.
Akan kuteruskan perjuangan sisa hidupku. Lelap atau pengsan kesakitan di atas pusaramu tidak ku ketahui akibat jatuh dari pokok tadi.
Izinkan anakmu menumpang tidur sebentar dipusaramu ya ayah…
– Yatim (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit