Asslammualaikum. Hai nama ku Lia. Agak terpanggil nak berkongsi cerita pasal kakak iparku.
Aku anak ketiga dari 6 adik beradik. Kedua abangku sudah berkahwin. Kakak iparku merupakan suri rumah dan seorang lagi merupakan pegawai kerajaan.
Kakak iparku bernama May (bukan nama sebenar ) merupakan suri rumah tangga sepenuh masa dan mereka anak beranak tinggal di rumah pusaka arwah ibuku bersama ayahku.
Almaklumlah adik aku semua kerja. Balik kerja pun tak tentu masa. Jadi kami mengharapkan May saja la yang boleh menjaga orang tua kami.
Bukan lah bermaksud 24 jam tak ada dengan ayah kami, ada cuma agak terbatas sebab masing-masing kerja swasta.
Selama duduk di rumah pusaka tu, alhamdulillah semua terjaga dari makan dan pakai ayah ku semu kakak iparku yang uruskan.
Kami di kurniakan kakak ipar yang tidak berkira dengan kerja. Mana nak tengok anak tiga orang lagi. Abangku bekerja dan ayah ku juga bekerja.
Pagi- pagi dia siapkan sarapan untuk suaminya dan ayahku smenentara itu dia menyiapkan juga anaknya ke sekolah. Lagi dua orang tinggal dengan nya. Kerana belum bersekolah.
Baru- baru ni aku balik kampung, aku tinggal di semenanjung so untuk balik dua tiga kali ke kampung halaman tu agak mustahil memandangkan tiket kapal terbang agak mahal.
Bila aku melihat keadaan rumah pusaka aku rasa terharu sangat keranaa di jaga dengan begitu sempurna.
Alhamdulillah mujur ada kakak iparku yang menguruskan semua dan tidak pernah berkira. Terima kasih May! Moga Allah meluaskan rezeki dan mendapat keberkatan hidup. Aamiin..
Berbeza pula dengan kakak iparku iaitu Sara (bukan nama sebenar) kang aku bagi nama sebenar jenuh pula aku menjawab! Haha.
Tiap hujung minggu Sara akan balik dengan abangku. Buat pengetahuan, ayahku dia kurang senang dengan Sara.
Memang dari awal perkahwinan ayahku tegah abangku untuk bernikah dengan nya kerana kata ayahku, cari perempuan lagi baik.. Insyaallah ada.
Tapi dengan kedegilan abangku, majlis nikah di ada kan juga. Arwah mak aku hanya menurut sahaja demi kebahagiaan anak- anak.
Satu hari arwah mak aku jatuh sakit di sebabkan kanser, jadi dalam tempoh sebulan juga arwah mak aku berkampung di ward. Aku yang duduk di semnanjung pulang untuk menjaga mak aku.
Pagi- pagi aku tinggalkan anak aku di makcik ku, Lina (bukan nama sebenar) untuk menjaga arwah mak ku dan malam aku bertukar tugas dengan May.
Sehinggalah ke nafas yang terakhir. Sara hanya kelihatan pada hujung minggu sahaja itu pun tak sampai sejam dua. Arwah mak meninggal di hospital dan dinuruskan jenazahnya dikampung. Al-fatihah mak! Moga syurga buatmu.
Berbalik kepada Sara, sejak arwah mak meninggal sikap nya berubah 100 percent. Dia dahulu nya rajin kini menampakkan taringnya sedikit demi sedikit.
Jika dulu abang ku rajin balik ke kampung tiap minggu, kini sebulan sekali sahaja.
Itu pun jika balik ke kampung pagi-pagi kelibat dia anak beranak dah tak ada. rupa- rupanya pergi ke rumah makcik ku, Siti (bukan nama sebenar) untuk bersarapan pagi.
Untuk tengahari pula, abangku membelikan barang basah dan di berikan ke makcik Siti untuk di masak dan mereka anak beranak makan di rumah makcik siti.
Ayah ku dah mula berbulu dengan sikap Sara begitu juga dengan abangku yang suka menuruti semua kehendak bininya. Ayah ku pernah berpesan, berhati- hati dengan Sara.
Insiden yang kedua pula semasa aku masih ada di kampung halaman, penyewa rumah kami tidak dapat membayar sewa semasa pkp selama 6 bulan akibat kekangan kewangan.
Bagi ayahku, dia tidak kisah kerana dia hanya ingin memudahkan urusan orang.
Hal ini hanya di ketahui oleh abangku dan bininya Sara. Yang agak memeranjatkan apabila, keesokan hari nya makcik ku datang ke rumah pusaka dan bertanya hal mengeni sewa rumah.
Ayahku terus naik angin dan bertanya mendapat sumber dari mana mengenai rumah sewa yang tak berbayar. Rupa- rupanya Sara menceritakan hal sewa rumah itu ke makcikku, Siti.
Sejak dari kejadian ayahku tidak suka berkongsi masalah di rumah kerana dia syak apa- apa masalah akan di sampaikan ke makcik Siti dan makcik Siti akan menjaja cerita pasal benda yang tak baik!
Insiden open house..
Pada raya ketiga tahun 2019, aku dengan kata sepakat adik beradik ingin membuat open house untuk kawan dan saudara yang terdekat juga.
Mulanya di persetujui oleh semua adik beradik. Tiba hari kejadian, hanya aku, May dan adik perempuan ku yang bertungkus lumus di dapur memasak melayani tetamu yang berkunjung,
Abangku dan Sara anak beranak keluar beraya dan balik rumah pada jam 9 malam bila aku dan May sibuk mengemas dapur!
Hangin satu badan aku di buatnya.Aku pelik dengan perubahan abang ku yang tidak mengambil tahu mengenai adik beradik dan agak mementing diri.
Insiden Makcik Siti..
Hari tu, makcik Siti datang berkunjung ke rumah dan kami menjemputnya minum petang bersama. Tiba- tiba makcik Siti bertanya kepada ayahku, kenapa suka pilih kasih dengan ank menantu?
Ayah aku tak cakap banyak dia terus matikan perbualan dengan jawapan, aku tahu mana yang baik dan mana yang buruk,
Jika mereka (Sara) hanya berkunjung ke rumah mu dan bercerita hal yang buruk pasal anak- anak dan menantu ku yang ada di sini elok bertaubat sebelum terlambat, makcik Siti diam dan berlalu pergi.
May agak sedih dengan pertanyaan makcik siti itu ketika terdengar perbualan mereka.
Aku diam tak mampu berkata apa kerana sampai begitu sekali abangku dan isterimya menceritakan masalah di rumah pusaka itu.
Sejak insisden itu, abangku semakin manjauhkan diri jika dia balik ke kampung, dia akan stay di rumah makcik Siti dan tidak menjenguk ayahku. Ayahku hanya mampu berdoa moga semua kembali jernih seperti sedia kala.
Sehingga ke hari ini abang aku semakin berubah. aku tidak pasti sama ada dari Sara atau dari makcik Siti yang mencucuk abang ku.
Wallahualam..
Nanti akan aku ceritakan lagi insiden mengenai Sara. Buat masa ini hanya insiden ini yang sempat ku luah. Jumpa lagi..
– Lia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit