Dia cakap nak tolong sidai pakaian semasa aku menyusu anak. Tapi apabila aku keluar dari bilik tidur kami, aku tengok dia tengah duduk sambil main game sementara pakaian masih dalam mesin basuh.
Sikap dia seperti itu yang membuat aku secara automatik dan pelahan-lahan memandang dia sebagai seorang yang membosankan dan tak menarik.
Laki aku pada hujung minggu dan selepas balik kerja, tiada yang lain selain merokok dan main game.
Bekerjasama mengurus rumah pun apabila dia rasa rajin dan perlu macam cuci pinggan mangkuk selepas makan dan tolong tengokkan anak. Tengokkan anak pun sambil main game.
Balik kerja pun tiada nak tanya khabar aku pada setiap hari. Berborak dengan aku pun jarang. Aku saja yang asyik tanya dia buat apa di tempat kerja. Kerja hari itu bagus tak dan bla bla bla.
Ada kala sikap dia macam itu buat aku terfikir, “Dia ini kahwin dengan aku sebab apa? Sebab aku berduit? Sebab nak anak saja? Sebab nak ada orang yang urus macam mak dia urus dia??”.
Ada hari itu, lauk sudah dihidang atas meja makan, dia boleh pula masak mee. Aku berasa pelik la dengan perangai dia tak beradab macam itu sampai buat aku sakit hati sangat. Aku tak kisah kalau dia nak makan mee selepas makan nasi dan lauk yang sudah dihidang.
Dulu sebelum dia dapat kerja yang dia nak, dia selalu bekerjasama mengurus rumah seperti cuci pakaian, cuci tandas, vakum rumah, mop lantai dan memasak serta bermain dengan anak.
Sementara dia buat semua itu, aku sidai pakaian, lipat pakaian cuci tandas lagi satu, menyapu rumah, menjaga anak dan mencuci bekas dia memasak. Senang kata, saling bekerjasama. Aku tak tahu la kemana hilang sikap yang bagus itu.
Dulu, dia janji nak beri nafkah belanja untuk aku pada sekian-sekian. Namun tak tepati janji. Beri pun selepas aku tanya ibu aku macam mana proses nak bercerai.
Beberapa bulan pertama saja selepas kena marah dengan ibu aku baru beri nafkah belanja yang dijanjikan selebihnya ala kadar.
Aku perhati saja sikapnya. Aku redha saja dapat nafkah belanja sedikit kalau yang laki aku beritahu secara jujur yang dia tak mampu sebab aku boleh terima. Ini, dah la tak tepati janji, jujur pun tak. Laki pengecut.
Dan apabila aku imbas kembali lagi saat-saat aku bersama dia, dia setiap kali keluar berjalan dengan aku sudah tak menjaga lagi penampilan seperti pakai pakaian koyak-rabak walaupun kecil, rambut macam sarang burung dan tiada bau wangi.
Aku pernah beritahu dia yang aku suka lelaki yang pakai minyak wangi dan dia cakap dia tak minat minyak wangi. Hmm nampaknya silap aku berkahwin dengan dia.
Aku apabila keluar dengan dia, aku pakai cantik-cantik. Tapi, usaha yang aku perolehi tak setimpal.
Kebelakangan ini pun, dia asyik menipu aku tentang benda remeh. Kalau benda remeh pun dia menipu, apatah lagi benda lagi serius.
Sejak dia kantoi menipu aku benda remeh-temeh, aku cakap terus-terang yang aku tak tahu dah percaya atau tak setiap apa yang dia beritahu dan aku pun tak menyimpan harapan lagi yang dia akan bersikap jujur dengan aku selepas itu sebab aku dah tawar hati.
Barang dapur pun pakai duit aku. Barang keperluan anak pun duit aku ada kadang atas ihsan ibu aku dan keluarga dia. Haih la. Pishang la mat hidup dengan laki macam itu.
Apabila dia bersikap seperti segala yang aku taip diatas, aku tahu perasaan sayang dia tak sedalam mana untuk aku dan aku menerima kenyataan itu serta memilih untuk melangkah pergi pelahan-lahan supaya dia tak perasan.
Sekarang ini, kalau dia ada perempuan lain pun aku tak hairan sebab dia sudah semakin lama semakin tak menarik dan membosankan. Dia nak ceraikan aku pun, aku tak kisah.
Kenapa? Sebab ibu aku seorang ibu tunggal dan aku membesar sambil melihat ibu aku mampu mengharungi segala cabaran hidup tanpa kehadiran seorang suami.
Itulah sumber kepercayaan dan keyakinan aku untuk teruskan hidup tanpa dia sebagai seorang suami aku lagi dan hanya sebagai seorang ayah kepada anak kami.
Sedih memang sedih dan aku tahu selepas bercerai nanti akan ada masa aku rindu saat-saar kami. Aku perlu terima kepedihan itu dan tetap teruskan langkah untuk pergi.
Aku bagi masa terhadap diri sendiri untuk bertolak-ansur dengan sikap dia seperti itu sehingga hujung tahun ini.
Kalau masih sama, nampaknya terpaksa la aku tamat perkahwinan yang membosankan ini tanpa pengetahuannya dengan mengumpul bukti dan membuat tuntutan penceraian di pejabat agama.
Ya la. Nak minta cerai secara fasakh, beban bukti mesti la aku sediakan sekukuh dan sebanyak yang boleh.
Kalau dia tanya kenapa aku minta cerai, aku akan jawab yang aku tak bahagia dan bosan bersamanya. Aku tak nak teruskan lagi penghubungan yang sia-sia pada pendapat aku.
Anak? Aku akan minta hak jagaan anak secara bersama dimana 2 minggu pertama aku yang jaga dan 2 minggu kemudian dia yang jaga.
Tak perlu berebut dan aku tak akan halang dia dari jumpa dan jaga anak dia. Aku cuma nak tak nak terikat lagi dengan dia. Aku nak bebas hahaha.
Suatu hari nanti apabila anak aku tanya kenapa bercerai dengan ayah dia, aku akan jawab,
“Mak tak bahagia dan bosan sepanjang perkahwinan dengan ayah kau. Dan mak sayang diri sendiri. Jadi, mak memilih untuk tamatkannya supaya mak tak terseksa lagi.”
– Cempaka (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit