Ilmu Tak Berkat

Hai semua pembaca IIUM Confession. Saya di sini ingin meluahkan perasaan yang terbuku di hati saya sebagai seorang pelajar sekolah menengah tinggi atau lebih specific saya student STPM.

Ramai orang tahu pressure form 6 macam mana.. Sangat la susah.

Tapi selama saya di sini, berada di sekolah tingkatan 6, kenapa segelintir guru agak toksik?

Setiap hari saya terasa anxiety atau sakit dada melampau dan migrain akibat terlampau memikirkannya.

Saya tahu subjek stpm sangat susah tetapi perlu ke guru guru kena menyindir pelajar.

Downgrade kan kami dan bandingkan. Cakap pelajar tingkatan 6 ni tak boleh pergi mana sebab tu end up di sini. Sebab tu belajar macam bodoh.

Ya kami tau kami bodoh. Tapi tolong ajar. Ni kalau kami rajin bertanya pun cikgu sendiri layan macam nak tak nak. Macam mana? Cikgu expect kami ni memang IQ tinggi ke.

Bila first exam kami teruk, bukan main maki apa semua. Hari-hari cakap suruh kami ni berhenti takde la susahkan guru guru kan. Macam ni ke seorang guru? Langsung tiada kata kata semangat.

Bila dah naik sem 2 ni, agak mencabar sedikit sebab ada kerja kursus. Kerja kursus ni markah di tangan guru.

Nak tak nak kami as pelajar kena menambat hati guru supaya dapat menyumbang markah. Setiap hari kalau ada masa free saya akan jumpa cikgu dalam bilik guru.

Tapi apa yang saya dapat, asyik kena marah, tengking dalam bilik guru. Sebab apa? Sebab saya tak faham. Saya lambat pickup. Saya tahu dan akur saya ni otak lembab.

Tapi kenapa nak malukan saya dalam bilik guru. Saya cuba bertanya berkali-kali dekat cikgu supaya saya dapat faham betul-betul tapi tu la apa yang dapat, kena marah depan cikgu-cikgu lain.

Lepastu saya terus cakap “takpela cikgu, saya cuba buat sendiri” padahal nak keluar dari bilik guru tu cepat cepat taknak menangis on the spot. Sumpah sangat sakit. Bila jadi rajin bertanya, jadi macam ni pula.

Lepastu kalau dalam kelas pun tak boleh nangis on the spot. Nanti nampak lagi lemah dan memalukan! Form 6 ni boleh je seronok seronok kan tapi kenapa kena under pressure?

Walaupun subjeknya sangat killer tapi kenapa cikgu pun kena pressure student jugak? Dapat benefit ke? Kalau fail, kami kena marah. Kalau sehari tak datang, dilabel malas. Padahal ada sebab.

Walaupun saya dah state sebab saya tak datang untuk sehari tu, cikgu tetap tak nak tolong kerja kursus saya and decide to potong markah without hesitation. Saya cuba nak berhenti tetapi saya nak capai impian saya melalui form 6 ni.

Kalau saya cuba untuk speak up terhadap guru, nanti dilabel “kurang ajar, biadap, menjawab” kemudian ilmu tak berkat. Saya sebagai pelajar sangat hormat guru tau. Tapi guru guru ada tak hormat pelajar? Pelajar pun ada hati dan perasaan.

Kami pun berusaha perlukan ilmu dan cuba mendampingi guru. Tapi apa kami dapat? Asyik kena marah je! Cikgu ingat kami memang semulajadi pandai ke and cakap sekali terus boleh buat?

Saya harap kalau ada cikgu yang terasa dengan statement saya, mungkin boleh cuba ubah sikap. Saya tak cakap cikgu cikgu tak boleh garang. Boleh sangat. Tapi jangan jadi cikgu yang toksik!

Terasa diri tu bagus sampai dekat anak murid pun pandang rendah and kalau anak murid bertanya pun cikgu taknak tolong langsung!

Sekian. Dari seorang pelajar tingkatan 6 yang tersakiti. Semoga pelajar ini dapat 4flat STPM dan mencapai impiannya. Aamiin.

– Adlina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *