Bagaimana Nak Pujuk Hati Memaafkan Kembali

Salam semua. Pada awalnya saya tidak tahu adakah ini jalan yang sepatutnya saya lakukan dalam meluahkan masalah saya. Maka, saya mohon maaf awal sekiranya cerita saya ini menganggu atau tidak menyenangkan pihak yang membaca.

Saya Nur (bukan nama sebenar), gadis berusia awal 20-an yang berasal dari negeri di Utara. Saya dibesarkan dalam keluarga yang serba kekurangan tapi alhamdulillah rezeki yang mencukupi walaupun ayah saya seorang petani saja.

Saya mempunyai 5 orang adik beradik dan merupakan anak keempat. Namun, kehidupan keluarga kami diuji dengan masalah dunia dan kesan ini memberi trauma terbesar dalam kehidupan saya yang sekarang.

Sejujurnya saya rindu waktu kecil sebelum saya berumur 6 tahun dimana waktu itu, keluarga saya boleh dikatakan menjalankan kehidupan sebagai Islam yang sebenarnya.

Mak Ayah masih solat waktu itu dan ayah tidak pernah meninggalkan solat di masjid setiap waktu.

Namun semua itu berubah bila satu hari Mak saya menziarahi rumah abang dia (Pak Long saya) dengan jiran cina saya dan ketika itu Pak Long saya sangat taksub dengan ajaran agama apa entah sehingga Pak Long saya mengkafirkan Mak saya kerana baik dengan orang Cina.

Balik saja dari rumah Pak Long saya, Mak saya terus tidak lagi mahu solat dan dia bercerita dengan ayah saya untuk tidak solat lagi.

Kejadian itu yang pertama buat kan saya benci Pak Long saya.

Mungkin orang akan fikir apa kaitan kata-kata Pak Long saya sehingga Mak ayah saya tak mahu solat lagi kan. Panjang untuk saya ceritakan, namun kesan kata-kata itu memberi perubahan terbesar dan terburuk dalam keluarga saya.

Namun, saya akui walaupun Mak saya sangat terluka dengan kata-kata abang dia, tapi hati dia sangat baik walaupun macam-macam kata hinaan yang keluarga Mak saya selalu berikan, dia tetap memaafkan mereka.

Mak saya juga selalu berpesan kepada saya dengan kakak-kakak untuk sentiasa solat walaupun dia dan ayah tidak solat lagi.

Waktu berjalan memakan tahun, kesan meninggalkan solat itu juga memberi keadaan teruk dalam hubungan keluarga kami.

Boleh dikatakan kesan itu memberi 3 cerita dalam hidup saya, cerita pertama ini saya akan ceritakan masalah abang saya terlebih dahulu, jika ada rezeki lain saya akan menuliskan cerita mengenai saka keturunan Mak saya dan judi ayah saya.

Abang saya merupakan seorang yang kurang cerdik dalam pelajaran dan sering membuat masalah dan masalah terbesar adalah dia terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Dalam abang saya meniti usia remaja, dia sudah tersilap dalam memilih kawan sehingga barang-barang dan duit dalam rumah selalu hilang. Waktu itu, saya sudah bagitahu mak ayah saya perbuatan abang saya tapi mereka tidak pernah percaya pada saya.

Mungkin saya lupa untuk jelaskan kelakuan dan sifat saya. Saya anak yang manja dan selalu nakkan perhatian, mungkin sebab dari kecil mak ayah saya terpaksa lebihkan adik saya yang sakit, sehingga saya membesar dengan selalu nakkan perhatian.

Tapi kisah kanak-kanak saya juga penuh dengan air mata sebab selepas Mak ayah tidak solat lagi, ayah dan mak selalu marah begaduh dan ayah menjadi semakin baran. Selalu kena pukul, kena cili, kena ikat dekat pokok itu adalah sebahagian dari kisah trauma yang duka buat saya.

Okay saya sambung semula kisah abang saya, keadaan abang saya yang selalu khayal dengan dadah jenis syabu atau ‘ice’ ini buatkan dia semangat buat kerja sawah ayah tapi kalau dia tak dapat nak beli ‘ice’ dia akan mengamuk dan marah-marah.

Pertama kali dia ditangkap polis waktu saya berusia 18 tahun, tapi Mak ayah saya ini terlalu sayang abang saya sehingga mereka sanggup ikat jamin dan percaya kata-kata abang saya yang dia kena anaiya dengan kawannya.

Walaupun sudah beri peluang untuk bertaubat dan berubah, orang yang mengambil barang ini ketagihan dia sangat susah untuk hilang menyebabkan abang saya sentiasa mengambil ‘ice’ itu sehingga kini.

Dalam beberapa tahun, keadaan mengamuk, barang hilang dalam rumah dan sifat baran yang teruk buatkan Mak ayah saya takutkan pada abang saya dan diamkan saja perbuatan dia itu walaupun dia hisap ice dalam rumah.

Rezeki saya dan kakak-kakak alhamdulillah bertuah kerana kami diberi peluang oleh Allah untuk melanjutkan pelajaran hingga peringkat Universiti, walaupun nasib saya tak seberapa untung macam kakak-kakak saya, tapi saya juga diberikan peluang belajar di Universiti terbaik.

Berbalik pada kisah abang saya, ketagihan dia mengambil ice menyebabkan dia selalu jadi halusinasi yang sangat teruk sehingga dia cuba memberontak dengan barangan berbahaya seperti pisau dan kapak,

keadaan menjadi sangat teruk apabila dia ada keistimewaan ibarat ada ‘lesen’ untuk membahayakan kami sebab dia sudah dirujuk ke bahagian psikiatri menyebabkan bila saja dia mengamuk, pihak polis tidak dapat menangkap dia kerana rekod ‘lesen’ psikiatri itu.

Banyak kali sudah kejadian dia mengamuk selepas mengambil dadah itu, dan yang paling memberi kesan trauma pada saya tahun lepas pada hari lahir saya, abang saya mengamuk lagi akibat penangan dadah itu sehingga kali ini dia sudah berjaya mencantas tangan ayah saya dan menolak Mak saya sehingga jatuh.

Keadaan ini betul membuat saya trauma sehingga hari ini dan menyebabkan saya membenci Mak ayah saya.

Disebabkan saya yang waktu itu bekerja di negeri yang sama dengan rumah Mak ayah saya, saya terpaksa pulang awal pagi untuk mengurus mereka dalam kejadian itu kerana kedua kakak saya bekerja jauh.

Saya ingat lagi, disebabkan kejadian itu kedua kakak saya sepakat ambil keputusan untuk lapor polis lagi dan penjarakan abang saya saja.

Pihak polis berjaya kali ini sabitkan kes tapi pihak aadk pula campur tangan sebab waktu abang saya ditangkap itu, dia masih positif dibawah pengaruh dadah.

Perkara saya paling benci pada pihak aadk adalah pegawai yang bertugas itu sanggup memberi jaminan aadk untuk membebaskan abang saya atas alasan dia ada kad psikiatri.

Walaupun pihak polis sudah bantu saya untuk menghantar abang saya ke pusat pemulihan dadah, namun pihak aadk tidak mahu beri kerjasama buat kami dan mereka lebih sanggup dia dibebaskan sebab Pegawai yang bertugas itu kata pada saya ‘mereka tidak mahu tambah beban mereka waktu pkp ini’.

Waktu itu Mak ayah saya sangat takut pada abang saya, dan Mak saya merayu pada saya untuk tinggal dirumah bersama mereka dan berhenti kerja.

(sebenarnya lepas habis belajar waktu pkp, saya memang nak balik tinggal dan kerja berdekatan rumah Mak ayah tapi saya sendiri takut dengan abang saya bila dia terlalu high dengan dadah itu, macam-macam dia boleh lakukan sehingga buat saya pilih untuk kerja dan duduk asing dari Mak ayah saya).

Disebabkan rayuan Mak saya itu, saya sanggup berhenti kerja 24jam dan membayar ganti rugi 1 bulan gaji. Tapi perbuatan saya itu sia-sia,

Mak ayah saya tetap maafkan abang saya dan tetiba mereka menyalahkan saya seorang disebabkan saya yang berada bersama mereka pada waktu kejadian itu.

Mereka menyalahkan saya sebab laporkan pada polis dan aadk, kakak-kakak saya pun berpaling dan turut menyalahkan semua kejadian ini berpunca dari saya. Walaupun pada awalnya kakak saya berdua yang sepakat laporkan pada polis.

Terkontang kanting saya keluar dari rumah itu dan balik semula ke rumah sewa saya dan keadaan ini menyebabkan kehidupan saya yang sekarang menjadi seorang yang hidup dalam ketakutan dan saya senang kena serangan panik dan kemurungan yang berpanjangan.

Peristiwa ini juga salah satu keadaan yang buat saya terluka dan benci dengan Mak ayah saya lagi.

Mungkin saya boleh masuk cerita mengenai saka keturunan Mak saya. Mak saya merupakan anak bongsu dari 10 beradik.

Atuk saya seorang nelayan dan kami memang dari keluarga yang serba susah bukan senang tapi boleh dikatakan sebahagian besar cucu atuk saya (sepupu saya) sebelah Mak berjaya dan keadaan ini juga menjadi punca inspirasi buat kami (saya dan kedua kakak) berjaya sambung belajar hingga peringkat Universiti.

Selepas kejadian Mak saya ‘dikafirkan’ oleh pak long saya, adik beradik Mak syaa yang lain juga turut bergaduh dengan Pak long atas punca hanya tersilap dalam nak pi kenduri anak sulung pak long saya.

Sehingga mereka adik beradik berpecah dan saling membenci pak long saya. Saya ingat lagi waktu itu, ajaran ayah pin sangat terkenal sehingga kami menggelar pak long dengan gelaran ‘Ayah Pin’.

Namun bak kata pepatah air yang dicincang tak akan putus ini memang benar, seperti mana Mak saya yang boleh saja memaafkan pak long saya dengan mudah walaupun pelbagai kata hinaan dia dapat, begitu juga dengan bapak dan mak saudara saya yang lain. Ibarat jejak kasih mereka lakonkan .

Okay kita berbalik semula pada kes saka keturunan keluarga Mak saya ini, dari kecil apabila pulang ke rumah pusaka, memang kami dimaklumkan dengan kisah perigi buta, ular yang besar dan silat harimau bila tok nenek moyang turun.

Kami juga selalu dengar kisah atuk kami yang pada waktu muda dia yang pandai berubat kampung (bomoh) dan kisah pak saudara saya yang susah nak meninggal disebabkan tersalah ambil barang peninggalan atuk saya.

Bahkan Mak saya selalu cerita, waktu muda sebelum berkahwin dia selalu tolong atuk saya dalam membuat persiapan sebelum orang datang berubat macam bersih dan limaukan keris dan sediakan barang-barang atuk saya.

Keadaan itu mungkin menyebabkan apabila perigi buta dan rumah pusaka itu dikacau, ular yang tok nenek moyang itu datang mencari rumah Mak saya (kalau orang baca ini mesti kata tipu dan tak logik kan) tapi inilah sebahagian kebenaran yang berlaku dalam hidup saya.

Tahun 2015, tanah rumah pusaka atuk saya telah dijual dan waktu itu pihak kontraktok sudah mula kerja untuk bersihkan kawasan tersebut untuk mula pembinaan, masa itulah mereka jumpa perigi buta dan traktok yang digunakan untuk membersihkan kawasan hutan itu telah terbenam dan muncul ular yang sangat besar.

Orang yang bekerja bersihkan tempat itu sampai jatuh sakit dan tak boleh nak teruskan kerja dia, walaupun datang pekerja yang lain, keadaan itu masih sama sehingga mereka panggil pihak jpam dan bomba untuk menangkap ular tersebut.

Walaupun berjaya ditangkap, ular itu boleh hilang dalam perjalanan dan kembali ke perigi buta tersebut. Sangat aneh kan, mungkin cerita ini tak seram sangat kan dan saya harap saya tak menulis cerita lawak.

Keadaan ini buat penduduk kampung terutama orang lama dan yang kenal arwah atuk saya, mereka percaya dan minta ahli keluarga kami berubat masalah ular tersebut.

Tapi entah dimana silapnya, seorang pak cik saya telah panggil bomoh siam dan bomoh itu berjaya tangkap ular tersebut tapi entah macam mana bomoh itu boleh bawa saka ular itu pada rumah mak saya. Macam tak logik kan.

Waktu pertama kali Mak saya kena rasuk dek saka itu, saya ingat lagi saya baru balik dari sekolah tengahari dalam waktu zuhur. Semasa kejadian itu kakak saya berdua ada dirumah kerana mereka tengah cuti semester.

Waktu nak masuk rumah itu, saya hairan lah kenapa rumah saya semua tingkap pintu tutup, sebab yang kebiasaannya waktu tengahari begitu Mak saya sentiasa buka tingkap pintu sebab rumah kampung kan panas.

Saya buka pintu tapi lupa bagi salam, terus Mak saya (saka) bangun dan marah dia suruh keluar balik, masuk bagi salam. Terkejut saya sebab suara Mak saya lain dan baru saya sedar ada benda yang tak kena dan saya lari ke jalan utama.

Lepas itu, kakak saya panggil suruh masuk dan bagi salam seperti yang saka itu mahu dan bersihkan diri dan solat. Dalam keadaan takut-takut saya masuk juga.

Selepas itu, ayah saya panggil beberapa ustaz untuk berubat termasuklah dari darul syifa; dan saka itu pon bagitahu lah yang dalam banyak-banyak anak atuk saya, hanya Mak saya seorang saja yang selalu bantu atuk saya berubat dan hanya Mak saya saja pernah atuk saya bagi mandi di perigi buta itu.

Sebab rumah dia kena kacau, dia hanya rasa selamat dengan berada di rumah Mak saya. Saka itu kata dia hanya nak tolong anak cucu dia terutama Mak saya, saka itu boleh cerita kejadian yang lama yang menyebabkan Mak saya sudah tidak mahu solat lagi dan hal lain.

Memang sangat gerun dan takut saya, tapi saya tak tahu sebenarnya saka itu atuk saya sudah waris pada Mak saya dan benda itu akan terus berada pada waris lain, walaupun dia tak pernah kacau yang teruk tapi kemunculan saka itu lah yang membongkar kisah perbuatan judi ayah saya.

Sebelum saya cerita kisah perbuatan judi ayah saya. Saya nak sambung cerita lain mengenai saka ini yang buat saya semakin benci Mak saya sekarang.

Pada hujung 2019, mak saudara saya (satu-satunya kakak Mak saya) tetiba jatuh sakit dan dia tak boleh nak bangun.

Keadaan dia boleh diibarat macam orang kena stroke seluruh badan, tapi yang hairannya keadaan stroke itu hanya berlaku ketika di rumah saja, bila kami membawa Mak saudara saya ke hospital terus dia boleh bangun dan berjalan walau sedikit lemah.

Pada waktu itulah, saka tersebut muncul kembali dan Dia marah sebab rupanya Mak saudara saya itu kena perbuatan sihir orang hanya sebab kisah lama sudah.

Sebelum itu Mak saudara saya memang ada pernah berubat tradisional dengan ustaz-ustaz atau bomoh kampung ini dalam hal santau, sihir dan hantu-hantu ini.

Jadi bila kali ini, saka itu muncul kembali dan sebab saka itu kata hanya Mak saya saja yang boleh bantu Mak saudara saya, maka Mak saya ini ikut saja kata saka tersebut.

Dalam tempoh Mak saya menjaga Mak saudara, ada kisah lain yang buat saya geram dengan anak cucu Mak saudara ini.

Walaupun rumah mereka dekat saja dengan rumah Mak saudara saya, tapi entahlah tak pernah ambil kisah langsung dengan Mak atau maktok mereka. Mereka hanya datang bila waktu makan dan cucu ini datang bila nak keluar dengan lelaki sebab nak minta duit dekat maktok.

Sepanjang tempoh Mak saya menjaga Mak saudara saya, Mak saya yang keluar duit belanja barang dapur yang datangnya duit itu dari saya dan kakak-kakak saya. Mak asyik minta duit pada kami untuk beli barang dapur dan bagi pada Mak saudara sebab mak saudara kena bagi duit pada cucu dia.

Geram sangat perasaan waktu ini, sebab saya yang masih belajar di tahun akhir kena sara orang lain sebab dari umur saya 17 tahun saya sudah kena bekerja untuk sara diri sendiri dan nak belajar.

Saya tak berapa untung macam kakak-kakak, waktu mereka nak sambung belajar selepas spm ayah masih lagi kuat bekerja cari rezeki, tapi waktu saya nak sambung belajar masa itu abang saya yang sudah ambil alih hal kerja sawah maka jadilah sepertilah yang saya cerita dekat atas itu.

Waktu Mak saya tolong berubatkan Mak saudara saya ini, bapak saudara yang lain taktahu langsung pasal saka peninggalan atuk saya ini sebab mereka kata atuk saya sudah buang semuanya sebelum dia meninggal. Maka mereka marah dekat Mak saya sebab pandai-pandai nak berubat Mak saudara saya.

Walau sebenarnya dalam waktu itu, Mak saya tak sedar pon sebab diri dia dikuasai oleh saka keturunan dia itu. Selain Mak saudara yang sakit, anak perempuan dia (Kak sepupu saya) turut sakit tapi dia tak bagitahu. Saka itu boleh dikatakan atuk saya sendiri sebab dia kenal semua cucu dia yang tua.

Cucu dia yang muda iaitu saya dan cicit-cicit dia tidak kenal dan marah. Semua anak Mak saudara saya (sepupu saya) saka itu kenal. Kakak sepupu saya waktu muda dulu pernah kena buatan orang, dimana salur laluan kemaluan dia membusuk sehingga sekarang.

Waktu kejadian mak saudara saya sakit itu ada kaitan dengan sakit kak sepupu saya tapi kak sepupu saya diamkan saja. Saka itu minta Mak saya untuk izinkan saya mandikan kak sepupu saya atas alasan saya sorang saja dalam rumah Mak saudara saya itu yang anak dara walaupun masa itu ada anak dara yang lain.

Saya yang takut, memang awal-awal menolak tapi sebab mak saya paksa dan kesian saya pada kak sepupu dan Mak saudara saya, maka saya ikutkan saja. Walaupun kak sepupu saya ada dua orang anak dara yang sudah baligh.

Selepas berubat itu, memang boleh nampak ada perubahan yang baik pada kak sepupu dan Mak saudara saya tapi dalam masa yang sama, saya taktahu sebenarnya diri saya sudah menjadi korban dalam kes berubat itu.

Bermula pkp, Mak saya sudah kembali ke rumah dan waktu itu saya pulang dari universiti dan belajar secara online di rumah.

Waktu awal pkp, keadaan sangat teruk sehingga abang saya menjadi semakin teruk mengamuknya sehingga saya, Mak dan adik perempuan saya terpaksa lari keluar dari rumah untuk dapatkan pertolongan.

Pada awalnya, jiran kami yang cina itu yang menolong dengan menumpangkan kami bilik dirumah dia tapi disebabkan Mak saya kesian melihat saya solat dan belajar di rumah orang bukan islamp, maka Mak saya ajak saya untuk pergi ke rumah Mak saudara saya.

Waktu kami ke sana lah, berlaku lagi konflik dengan kak sepupu saya dan anak-anak dia.

Kak sepupu saya marah dan kata kami ini asyik menyusahkan Mak dia (Mak saudara saya) dan mereka anak beranak juga menuduh Mak saudara saya sakit dulu semuanya berpunca dari Mak saya, kalau bukan sebab mak saya datang ziarah Mak saudara saya, mereka kata Mak dan maktok mereka tak akan jatuh sakit.

Sebabkan Mak saya tak tahan dengan kata-kata hinaan mereka, Mak saya suruh saya cari bilik atau rumah sewa untuk kami tiga beranak tinggal.

Atas ihsan jiran cina saya itu, kami dapat tinggal di rumah kosong milik keluarga jiran itu. Rumah itu tidak jauh dari rumah saya, jadi Mak saya minta saya pulang untuk ambil beberapa barang buat kami tinggal disana.

Waktu saya balik ke rumah lah ayah saya halau saya buat kali pertama dalam hidup saya, dia tak izinkan saya jejak kaki ke rumah dia. (kejadian ini berlaku sebelum kes abang saya mencantas tangan ayah saya).

Dalam tempoh kami tinggal tiga beranak di rumah ihsan jiran cina saya itu, Mak saya mengalami kemurungan sehingga ada campur tangan beberapa orang sepupu saya yang lain yang marah dan menuduh Mak saya lah punca Mak saudara saya dulu termasuk bapak saudara saya sendiri yang mengeluarkan kata-kata cemuhan itu.

Mereka ada mesej saya dan menghubungi Mak saya dengan marah-marah sehingga Mak saya buang telefon dan minta saya berjanji dengan dia, selepas ini kalau apa-apa terjadi dalam keluarga kami jangan lagi pernah mintak tolong atau cerita pada adik beradik dia.

Tapi itulah Mak saya hati dan akal dia sungguh mudah lupa dan senang memaafkan.

Dalam keadaan kemurungan Mak saya waktu itu, Mak saya cuba membunuh diri dia sewaktu saya dan adik tengah tidur. Dia sudah minum separuh racun dan Allah sedarkan saya untuk menolong Mak saya.

Sudahlah saya sendiri sudah penat dan takut, bila berdepan kejadian itu lagilah saya semakin menjadi anxiety dan trauma hingga sekarang.

Bila keadaan di rumah saya semakin baik dan tenang, abang dan ayah saya pujuk Mak saya supaya pulang sebelum ke rumah. Disebabkan pujukan dan janjian abang saya untuk berubah, maka Mak saya pulang ke rumah bersama adik dan tinggalkan saya.

Disebabkan ayah sudah menghalau saya, maka saat itulah saya pilih untuk tinggal asing dari Mak ayah dan pilih bekerja terus di luar kawasan Kampung.

Dalam tempoh saya mula bekerja dan waktu pkp, maka jarang sekali saya balik ke rumah. Saya hanya mampu bagi duit belanja saja buat Mak seperti waktu saya belajar dulu dan saya mampu sedikit membeli Mak barang keperluan dapur yang hilang dan baru.

Waktu itu saya tak pernah pulang sekali pun meski raya, dan Mak saya hanya akan hubungi saya bila mereka perlu duit saja. Bila hari biasa saya call, Mak saya kadang tak menjawab pun siap tutup telefon lagi.

Inilah juga sebahagian punca saya menjadi anak yang sakit mentalnya, saya rasa saya ini tak berguna dan hanya diperlukan waktu mereka ada masalah dan perlukan duit saja.

Waktu itu saya memang sudah memilih untuk pergi terus dari keluarga tapi sebab saya pernah janji satu hal dengan Mak ayah saya maka saya tunggu sehingga masa itu tiba dan janji akan pergi.

Sehingga hujung tahun itu, Mak saya nangis-nangis call cerita kakak saya berdua taknak lagi bagi duit belanja dan pujuk saya untuk balik sebab ayah saya sudah maafkan saya (walaupun saya tak buat salah apa pun waktu kejadian kami lari rumah itu) dan tak halau saya lagi.

Maka, saya pon mula balik ke rumah disebabkan keadaan pkp yang longgar sedikit. Sehinggalah terjadi kejadian malam abang saya mencantas tangan ayah saya itu dan selepas waktu itu saya yang menjaga Mak ayah saya dari sakit sehingga baik sebelum mereka marahkan saya semula.

Waktu ini saya hanya tunggu untuk selesaikan janji saya pada mereka saja iaitu saya janji untuk bawa mereka ke majlis konvokesyen saya, itupun saya janjikan kalau mereka datang saya akan berikan duit seperti yang mereka mahukan, kerana mereka memang tak pernah ada keinginan nak datang ke majlis konvo saya pun.

Selepas waktu saya keluar selepas kes abang saya itu, saya mula sedar keadaan diri saya yang semakin hari semakin teruk. Selain teruk sakit mental kerana wujud rasa takut terlalu melampau, saya mula sakit yang lain kerana perbuatan perubatan saka pada Mak saudara dan kak sepupu saya dulu.

Awalnya saya cuba memaksa akal saya untuk menafikan tapi disebabkan semakin lama semakin teruk maka saya kena hadapi juga realitinya.

Atas pertolongan pensyarah saya sewaktu belajar dulu yang boleh mengubati masalah ini, pensyarah menyatakan masalah saka keturunan dan meminta saya untuk pergi ke klinik atau hospital Dr sakit puan untuk pembedahan buang satu ketumbuhan yang berada di rahim.

Semasa ke klinik dan menyatakan pada Dr seperti mana pensyarah saya maklumkan, Dr tersebut juga terkejut dan hasil ct scan tidak menunjukkan ada apa pun dalam rahim saya tapi pensyarah tetap minta saya pergi buang dan alhamdulillah pensyarah says banyak membantu saya dalam mengubati sakit saka ini.

Ya, saya buat pembedahan kecil di sebuah hospital swasta walaupun Dr yang menjalani pembedahan tersebut hairan sangat dengan permintaan pensyarah saya tersebut. Maka, antara perjanjian Mak saya dengan saka tersebut, saya lah yang akan meneruskan semua itu sekiranya Mak saya meninggal.

Mak saya tak memilih kakak-kakak saya berdua sebaliknya saya yang terpilih. Mungkin waktu kalian baca hingga pada perenggan ini, kalian akan rasa tertipu atau tidak percaya tapi inilah kenyataan yang saya hadapi sekarang.

Sebelum majlis konvo saya pada bulan Jun, saya memang tidak lagi hubungi Mak saya tetapi waktu ini Mak saya tak henti-henti menghubungi saya, dan akhirnya saya yang jahat ini pun ada satu kecil bahagian hati yang lembut, maka saya pilih untuk balik semula ke Mak saya tapi itulah hal yang terburuk dan perkara paling menyesalkan saya.

Secara tiba-tiba, kakak kedua saya memilih untuk berkahwin. Keadaan itu menjadi punca, sebelum kakak saya bagitahu dia nak kahwin, saya ada mimpi beberapa perkara dan saya minta pertolongan pensyarah saya dan sebab itulah saya balik semula pada Mak saya.

Saya menceritakan semua mimpi saya pada Mak saya dan Mak saya sedikit pun tak percaya, saya maklumkan ada salah seorang kakak saya akan berkahwin tapi kakak saya tersebut terkena buatan minyak pengasih orang, ini memang kenyataan ya.

Disebabkan hal ini Mak saya suruh saya keluar dari rumah waktu itu kita lagi beberapa hari nak raya dan Mak saya siap cakap pada saya, walau apapun yang terjadi dia tak akan memilih anak dia dan tetap akan memilih kakak dia (Mak saudara saya waktu ini Mak saya sudah berbaik semula dengan Mak saudara sebab kakak saya nak kahwin)

dan suruh saya jangan balik lagi kalau saya hanya balik untuk merosakan kebahagiaan anak dia. Seolah saya ini nak rosakkan kebahagiaan kakak saya yang nak kahwin dengan beritahu Mak saya kakak saya kena minyak pengasih.

Terus lagi sekali saya keluar dari rumah itu dan mengalami kemurungan, dalam masa yang sama Mak saya teringat janji saya jika mereka datang ke konvokesyen saya, saya akan bagi duit pada mereka.

Maka, Mak saya tak habis hubungi saya sebab dia kata dia dan ayah saya jadi nak datang majlis konvo saya.

Pada awalnya saya nak batalkan niat ke majlis konvo, tapi sebab dari kecil saya ada satu Impian iaitu nak tangkap gambar keluarga di studio.

Maka saya tepikan ego saya dan saya bersetuju akan bagi duit pada Mak ayah jika memang mereka datang pada hari tersebut. (gila kan saya waktu ini sebab nak tangkap gambar di studio saya boleh buat hal begini).

Saya konvo pada hari Isnin, waktu itu hanya Mak ayah saya saja yang datang. Selepas saya dapat selesaikan impian saya untuk tangkap gambar di studio, terus saya pulang ke rumah di kampung bersama Mak ayah saya buat kali terakhir. Saya bagitahu Mak saya hari Isnin tersebut bahawa esok saya nak pergi ke Johor untuk mula kerja disana.

Esoknya saya keluar dari rumah itu dan balik semula ke rumah sewa saya bukan ke Johor sebaliknya saya mula menjalani rawatan sakit saya.

Dalam tempoh beberapa bulan saya sudah mengalami pengalaman menjadi pesakit yang lama di hospital yang sebelum ini saya tak pernah terfikir dek akal saya yang sihat akan menghabiskan sisa hidup saya di hospital atas kesan saka Mak saya itu. Saya tak pernah langsung ceritakan pada Mak saya atau sesiapa yang saya sakit.

Saya ingat masalah akan selesai selepas saya hilangkan diri begitu saja dari keluarga saya, tapi saya silap. Mak saya masih terus menerusi hubungi saya dan kali ini lagi dashyatnya, Mak saya menyuruh kakak sepupu dan cucu menakan dia untuk memaki hamun saya.

Tidak cukup itu, Mak saya cerita pada jiran-jiran saya taknak balik lagi ke kampung sebab saya ikut suami orang (atas alasan saya berkawan dengan dengan suami orang, Mak ayah saya tak restu hubungan ini) maka saya merajuk untuk tak balik lagi.

Sebaliknya bukan saya yang berkawan dengan suami orang tetapi kakak saya yang sulung yang berkawan dengan suami orang dan Mak ayah saya marah dia. Saya tak tahu apa tujuan Mak saya nak buruk-burukkan saya pada orang lain terutamanya jiran kami.

Walau pada hakikatnya waktu ini saya sedang berjuang melawan sakit saya yang berlaku disebabkan dia. Tapi dia boleh buat cerita buruk-buruk mengenai saya. Saya rasa saya tak dapat meneruskan cerita judi ayah saya. Mungkin nanti saya tulis di post yang lain.

Sebenarnya tujuan saya menulis kisah ini, saya nak minta tolong dan pandangan yang membaca macam mana cara untuk bantu saya hilangkan rasa benci pada Mak saya.

Walaupun pada hukum agamanya saya tahu saya sudah jadi anak derhaka dengan mengabaikan panggilan telefon Mak saya tapi saya tak tahu macam mana lagi nak hadapi masalah ini.

Ya, saya anak yang sangat rapuh dengan rindu meskipun ego saya cuba tinggi melangit. Saya ada tanya pandangan beberapa orang kawan saya, jawab mereka mudah iaitu suruh saya reda dengan semua ujian ini dan melupakan kesalahan Mak saya atas alasan Mak saya sudah susah payah mengandung, membawa saya ke dunia ini.

Tapi ada watak lain di sisi saya yang meminta saya untuk terus membenci Mak ayah saya.

Saya harap orang yang membaca ini boleh berkongsi pandangan yang murni dan baik, maaf sekiranya kalian menganggap ujian yang saya hadapi hanya sekecil ujian saja di dunia.

Apa-apa pun, saya ucapkan terlebih dahulu ucapan terima kasih atas setiap komen yang akan ada sekiranya admin sudi mengepost kisah saya ini.

Terima kasih admin, terima kasih netizen yang bakal membaca.

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *