Musim Cerai VI

Untuk part I, (https://iiumc.com/musim-cerai/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/musim-cerai-ii/).

Untuk part III, (https://iiumc.com/musim-cerai-iii/).

Untuk part IV, (https://iiumc.com/musim-cerai-iv/).

Untuk part V, (https://iiumc.com/musim-cerai-v/).

Jika terbaca oleh mereka yang pernah terlibat dalam cerita ini. Ini sekadar kenangan. Jangan gundah kerana saya telah memaafkan. Hanya coretan² untuk perjalanan hidup.

Tak perlu kesal. Sebab setiap manusia tertulis takdirnya. Saya sudah maafkan yang terlibat dunia akhirat.

Saya sambung ya perjalanan dan coretan. Untuk panduan kita bersama..

Setelah tangan aku patah, aku dimasukkan ke wad 4b HTTJ Seremban. Jika sekarang aku kurang pasti di wad mana.

Di usia yang begitu kecil aku masih tidak tahu apa2. Hanya duduk termenung keseorangan. Tiada teman berbicara kerana ibuku sibuk dengan adik beradik lain.

Dalam usia yang kecil aku sudah memahami keperitan seorang balu yang membesarkan anak keseorangan.

Ya dia adalah ibuku. Aku cuma trauma sedikit dengan bau ubat. Kerana disini tempat arwah ayah ku pergi. Penuh kesedihan tempat ini.

Aku kehilangan ayahku dan kini aku terpaksa duduk disini untuk mengimbau sejarah pahit kehilangan ayahku… sentiasa berulang2 kesedihan dalam kepala aku.

Silih berganti memori ketika gelung getah menyedut keluar lendir dari mulutnya… hati ayahku yang hancur akibat kanser yang memakan organnya. Aku hanya mampu termenung muram… satu² kenangan bersilih ganti.

Minggu ke 3 aku dibenarkan keluar dari wad. Aku telah ditukarkan sekolah yang kira2 5 km dari rumah ku. Ibuku berkata dia kena menyimpan duit untuk kakak ku yang telah diterima masuk ke sekolah asrama.

Dirumah aku dilarang oleh jiran2 bergaul dengan anak mereka. Mereka kata ibuku janda.

Sentiasa bermain dimulut mereka. Jika orang bertanya siapa aku. Jiran akan berkata. “alahh. Anak janda yang duduk di hujung sana” keyakinan aku memang tiada. Sangat rasa terhina.

Rakan2 sebaya pun aku tidak berani bergaul. Aku memang terasa hina. Tidak layak untuk bermain dengan anak2 mereka.

Ketika malam rumahku selalu diintai oleh manusia. Kakak² ku mungkin cantik kerana anak kacukan… selalu kudengar tapak2 kaki mengintai dari luar rumah papan ibuku.

Terasa begitu tidak selamat. Selalu di intai dari celahan papan oleh manusia² yang tidak ku kenali…

Ketika keperitan dihina sentiasa bermain ditelinga. Aku berkata dengan ibuku. Ibu saya ingin bekerja. Ibuku memandang sedih tanpa berkata2. Ya. Aku perlu bekerja sekurang²nya untuk diri aku sendiri.

Ramadhan tiba. Kini aku telah mula bekerja. Pagi aku kesekolah. Sebelah petang aku akan kepasar besar dengan berjalan kaki kira² 7-8km. Membantu seorang tua menjual sayur kampung dikaki lima dengan upah 3 atau 4 ringgit.

Jam 5 petang aku mula berjalan kaki ke kedai berdekatan pasar pula. Membantu dan membasuh pinggan di medan selera. Jam 10 malam aku akan melangkah berjalan balik ke rumah. Dapatlah 10 ringgit untuk dua kerja tersebut.

5 ringgit kuberi pada ibu untuk simpanan pelajaran kakakku. 5 ringgit aku simpan untuk beli pakaian hari raya dan buku2 sekolah kubnanti.

Kebetulan bulan puasa. Duit semua kusimpan untuk buku dan pakaian. Aku tahu ibuku tak mampu membiayaiku. Sebab adik beradik aku ramai.

Sedangkan ibuku hanya bekerja sebagai pencuci tandas bangunan ketika itu. Aku gembira kerana aku tidak perlu meminta pada ibu berkaitan dengan keperluanku lagi. Kini aku mampu berusaha walaupun kecil dapat juga aku berbakti untuk keluarga.

Masa semakin berlalu. Syawal esok akan tiba. Rutin aku berjalan seperti biasa. Simpanan aku cukup untuk beli kasut, seluar dan baju.

Ya hari ini aku bercuti tak perlu datang kerja. Sekolah pun dah cuti. Aku ambil keputusan membeli pakaian di pasaraya yang terletak dibandar.

Aku memang teringin membeli kasut yang aku idamkan. Aku selalu perhatikan ketika pulang kerja melalui jalan tersebut. Kasut tu idamanku. High cut paddini berharga RM120 ketika itu yang terletak kemas di dalam kaca. Sehelai seluar jeans dan baju kolar merah…

Setelah kubayar tinggal 7 ringgit duitku. Arghh takpela getus hatiku. Inikah kali pertama aku dapat beli baju semenjak pemergian ayah.

Seluar sekolahlah pakaian harianku. Itulah yang aku belasah hari2. Koyak memang ibuku jahit. Tapi dah macam roti canai rasanya. Memang selalu diketawakan orang keliling kerana terlalu miskin.

Kali ini aku balik kerumah menaiki bas. Jarang rasanya menaiki bas. Selalunya aku lebih suka berjalan kaki tidak perlu membayar tiket. Duit boleh aku simpan untuk menambah tabungan.

Tapi untuk ke rumah aku masih perlu berjalan kaki kira² 1 km kerana perkhidmatan bas tidak sampai ke destinasi.

Sambil membibit beg plastik dengan rasa yang sangat gembira… aku berlari2 riang untuk menunjukkan pada ibuku pakaian yang ku beli untuk raya kali ini.

Aku melalui depan rumah jiran2. Tiba2 ku mendengar ada yang memanggil. “Zai. Zai. Kesini kejap” aku menoleh.

“Ohhh. Kau begok” ya aku pun sendiri tak tahu kenapa aku memanggilnya begok kerana memang itu panggilan kejiranan terhadapnya.

Dia berusia 18 tahun dan aku hanya 10-11 tahun tika itu. Tapi badan aku jenis tinggi. Hampir sama tinggi dengan beliau yang berbadan pendek.

“Kau beli apa tu” tanya begok kepada ku. Aku yang lurus masih keanakan berikan beg plastik kepada beliau. Begok melihat dengan minat.

Tiba2 terpacul dari mulutnya. “Aku nak barang ni… kau mana boleh pakai. Kau anak janda” kata begok.

Aku membalas dengan nada tinggi. “kau belilah sendiri” sambil merampas barang dari tangannya…

Tiba2 bedebuk. Kepala aku dengan penumbuk sulung. Berpinar kepala aku. Aku yang kecil memang tidak reti membalas.

Dicapainya kayu beruti dihentaknya tepat kearah kepala ku. Tapi aku dapat menahan dengan tangan ku. Berdetap bunyi tanganku. Seperti histeria begok memukulku. Rebah aku ke dalam longkang…

Setelah puas hatinya. Semua barang yang ku beli tadi pergi bersamanya… aku hanya mampu memandang tanpa berkata… sakit tanganku teramat sangat… rasa nak pecah kepalaku dipukul. Muntah aku kerana pitam…

Hatiku berkata. Tidak apa kerana aku memang dah tidak kisah dengan diriku. Anak yatim. Anak janda. Seperti hinaan yang selalu keluar dari mulut- mulut mereka. Mungkin semua anak janda perlu melalui perjalanan seperti aku. Bentak hatiku.

Sampai dirumah. Tangan ku membengkak. Aku dibawa dibawa ke hospital. Tangan ku yang patah dulu patah kembali… aku lihat jarum dimasukkan ke dalam tangan ku.

Aku tahu sekejap lagi aku tidak sedar untuk menjalani pembedahan membaiki tulang ku seperti tempohari… pendengaran ku semakin jauh…

Gelap dan terus hilang bersama takbir syawal di malam itu… Allahuakbar. Allahuakbar.

– Yatim (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *