Trauma Dengan Cikgu

Hello semua.. Confession ni aku tulis sebab aku nak meluahkan apa yang terbuku dalam diri aku dan juga benda yang telah membuatkan aku trauma sampai sekarang.

Berbelas tahun aku trauma dengan benda ni. Aku harap admin dapat publishkan confession aku ni, aku harap sangat.

Baiklah aku kenalkan diri aku sebagai seorang yang slow learner. Dimana aku ni lembab dalam pelajaran.

Mungkin aku akan buat series kalau admin izinkan. Sebab bukan sahaja aku nak cerita pasal Cikgu Rona, banyak lagi cikgu yang aku mahu ceritakan disini.

Tahun kejadian ni masa aku darjah satu.

Ada seorang cikgu ni, guru kelas aku, biarkan aku panggil dia Cikgu Rona je.

Aku buat kerja sekolah macam biasa, nak dijadikan cerita aku ter langkah dua page, sebab page tu melekat time aku siapkan kerja dan aku tak perasan.

Pada mulanya aku submit kerja aku, dan aku duduk jela salam kelas tunggu dia tanda buku tu. Tiba tiba dia datang dekat meja aku dan korang tahu dia buat apa?

“Pangggggggg” ya dia lempang aku, waktu tu aku umur 7 tahun je. Terdiam aku, balik rumah pengasuh mak aku datang bawak barang barang kelengkapan untuk aku pergi sekolah agama.

Aku senyap, Aku pergi dekat mak aku dan aku menangis sambil peluk mak.

Teruk sangat aku menangis masa ni, mak aku tanya kenapa, tapi aku tak mampu nak cakap yang aku kena lempang kat sekolah dengan cikgu.

Aku hanya buat isyarat tangan kena lempang kat pipi je. Terkejut sangat mak masa tu.

Dalam minggu tu jugak mak aku pergi sekolah untuk jumpa cikgu dan inform penolong kanan semua. Nak tahu apa diorang cakap? “Ala cuit sikit je tu” dan tak ada action seterusnya.

Mak aku pergi kelas and tanya kawan kawan aku, sebab yelah kan budak budak umur 7 tahun mana pandai nak menipu (masa zaman aku lah) dan classmate aku semua cakap kat mak aku yang aku kena lempang.

Haih la.. sambil aku tengah typing ni pun meleleh air mata aku, kejap aku pergi ambil tissue.

Ada lagi satu kejadian tapi aku tak ingat sebab aku, aku hanya ingat yang aku kena lempang untuk second time dengan cikgu tu.

Sampai sekarang aku rasa, bila waktu bersendirian kan kadang kadang teringat balik, ada trigger apa2 ke. Terus aku menangis.

Ada satu masa, tengah ujian bulanan waktu tu, cikgu ni bacakan satu satu ayat soalan dalam kertas tu. Being me slow learner dan tak fokus dalam kelas, aku struggle untuk faham apa yang sedang berlaku.

Aku pergi siapkan terus semua soalan ujian bulanan tu, dan aku pergi dekat cikgu Rona ni, dia terus koyakkan kertas jawapan aku sambil marah marah, rupanya dia suruh ikut dia jawab soalan ni sama sama.

Sampai sekarang dah 19 tahun berlalu pun aku masih dapat ingat muka bengis dia sambil dia koyakkan kertas aku.

Aku bukan student favourite dia, ada satu hari kelas kena buat persembahan. Dia pilih orang yang dia nak, hampir semua orang dalam kelas participate, aku antara yang tak dapat apa2 role.

Walapun aku nak sangat buat persembahan tu. Tapi aku senyap, aku tak pandai nak minta yang aku nak buat persembahan jugak.

Jadi masa hari kejadian aku hanya mampu tengok kawan kawan aku pakai baju lawa dan aku hanya pakai baju sekolah. Aku cemburu.

Ada sorang kawan aku ni pun kena dengan cikgu ni, Cikgu Rona suka rampas buku lukisan dia. Cikgu angkat tinggi tinggi tunjuk depan kelas dan malukan kawan aku ni dalam kelas.

Kesian kawan aku tu. Yelah kan bila dah cikgu malukan, budak2 kecik dalam kelas tu pun apa lah lagi, gelakkan kawan aku sekali.

Masa aku darjah 2, Cikgu Rona ni sakit. Cikgu cikgu lain cerita dalam kelas, dan suruh kitaorang bacakan doa untuk cikgu rona. Aku cerita dekat Mak aku yang cikgu ni tak sihat dan ada dekat ICU.

Mak aku ajak pergi ziarah orang sakit. Jadi aku ikutlah mak aku ni pergi ziarah dia kat ICU hospital. Walaupun aku masa tu 8 tahun, nurse bagi aku masuk ICU kejap untuk ziarah cikgu.

Masa ni Cikgu Rona dalam keadaan koma. Jadi aku sempat lah tengok cikgu rona ni. Sedih lah jugak sebagai budak kecik yang tengok orang dewasa dalam keadaan macam tu.

Lepas Cikgu Rona sihat, dia terus ikut suami dia balik kampung dan macam tu jelah last aku jumpa dia waktu dia koma tu. Tapi sekarang aku dah menyesal ziarah dia, dan aku rasa aku tak patut pergi ziarah dia.

Fast forward to 19 years later, aku menyesal pergi ziarah dia. Damaged yang dia buat sangat mendalam dan menghantui hidup aku sampai hari ini.

Aku rasa benda ni tak adil, dia boleh go on dengan hidup dia, aku pulak masih dihantui dengan bayang bayang dia.

Dia mesti dah tak ingat aku, mesti dah jadi orang alim (yelah dah makin tua kan). Tapi aku? aku yang ingat dia, aku tak boleh lupakan kesakitan kena lempang tu sampai harini.

Aku benci kau Cikgu Rona..

Korang mungkin akan cakap “Tak baik lah benci cikgu, ilmu tak berkat dan macam macam lagi” tapi ini je yang aku mampu untuk luahkan. Mediumnya disini.

Aku nak moved on, tapi susah sangat. Macam mana aku nak hidup tenang bilamana aku masih dihantui bayang bayang Cikgu Rona ni. Aku penat..

– Jacyn (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *