Tujuan Saya (Serai) menulis ni sekadar ingin menyedarkan sesama saudara Islam tentang kewajipan menunaikan Haji & Umrah (JIKA BERKEMAMPUAN).
Serai ni bukanlah ustaz / ustazah. Bukanlah hebat sangat pengetahuan agama, bukanlah alim sangat dalam menunaikan perintahNya.
Cuma sebagai orang Islam, Serai memang la ambik tahu sangat- sangat tentang rukun Islam.
Serai juga langsung tiada kaitan dengan LUTH atau mana-mana syarikat berkaitan Haji & Umrah.
1. SIMPANAN BUKAN PENDAFTARAN.
Ramai dalam kalangan kita beranggapan dah simpan dalam tabung haji tu kira dah daftar la. Alahai. Salah tu.
Sejak tahun 1995 lagi, kita kena daftar haji & Umrah dengan jumlah paling minima RM1300 sahaja.
Masa tahun 1995 tu, asal cukup duit, memang akan segera dipanggil untuk menunaikan haji & Umrah oleh pihak LUTH.
Setelah umat Islam makin ramai yang mendaftar, tarikh atau tahun untuk menunaikan haji ni jadi semakin lama.
Contah la kan, beberapa tahun yang lalu, Serai daftar la anak Serai yang masih sekolah rendah untuk tunai haji & Umrah.
Sekali tengok tarikh yang dicadangkan pihak tabung haji lg 60 tahun baru layak tunaikan haji & Umrah. Memang la betul, jika Allah SWT nak terima kita sebagai tetamuNya, bila-bila masa sahaja.
Akan tetapi, tanpa doa, yang seiring dengan usaha dan tawakal, kalian rasa peluang untuk menjadi tetamuNya tu luas atau sempit?
Lagi satu, jika dah daftar dengan jumlah sekurang-kurangnya RM1300 tu, jika dikeluarkan akan terbatal la pendaftaran tersebut.
Kecuali la ada lebih daripada RM1300, bolehlah keluarkan asal dalam akaun pendataran tidak diusik RM1300. tersebut.
2. ADA KWSP.
Memang la KWSP juga boleh digunakan untuk tunai haji & Umrah. Tetapi jika dalam akaun pendataran (jika dah daftar la) tiada sekurangnya RM1300, pendaftaran akan terbatal.
3. TIDAK BERKEMAMPUAN.
Sekarang memang la tak mampu dari segi kewangan. Mana tahu 10, 20, 30 tahun akan datang, direzekikan dengan kewangan yang banyak.
Tidak ada siapa yang tahu masa hadapan seseorang.
Jika dari segi kewangan, kesihatan, keselamatan, ilmu dan lain-lain dah layak, mampukah lagi kita cipta alasan di hadapan Allah SWT suatu masa nanti? Lepas tu konon tak sampai seru.
4. TUNGGU TUA.
Lebih baik tunaikan semasa muda dan segera jika berpeluang. Ajal maut di tangan Allah SWT.
5. IBU BAPA BELUM TUNAIKAN.
Sebagai anak, memang kena nyatakan hasrat ini untuk elakkan ibu bapa yang belum pernah tunai haji & Umrah berkecil hati. Sebaiknya seponser sekali kos tunai haji & Umrah untuk mereka.
Jika ibu bapa telah tiada, sebagai anak, perlu upah untuk ibu bapanya.
6. DAFTAR AWAL UNTUK ANAK KECIL
Selain urusan di JPN untuk sijil kelahiran, setelah anak dah ada sijil lahir, segerakanlah daftar rukun Islam kelima ni. Hal ini bagi mengelakkan tarikh / tahun yang dicadangkan pihak LUTH terlalu lama.
Sekian dari saya, share lah jika bermanfaat..
– Serai (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit