Kawan Toksik atau Aku Yang Sensitif

Assalamualaikum warga IIUM Confession, terima kasih admin jika confession ini disiarkan.

Aku saje nak meluah dekat sini sebab aku tiada tempat untuk luahkan benda ni. Sebab kadang2 aku rasa aku ni mungkin terlalu sensitif sangat bab ni.

Aku Chempaka berumur 28 tahun, aku baru je berkahwin dalam tempoh lebih kurang 3 bulan, by the way kawan-kawan aku majoriti semuanya sudah berumah tangga dan mempunyai anak2.

Aku kahwin lambat sikit daripada diorang yela kan aku nak kejar cita-cita dan impian aku sebelum berkahwin,

Alhamdulillah aku grad dan berkerja dalam bidang yang aku impikan, study loan pun alhamdulillah selesai, sekarang aku dah tiada beban hutang belajar.

Aku dan suami bercinta dari zaman sekolah dan kami sebaya, so kitorang dua ada cita2 dan target masing2, erti kata lain kitorang fokus dulu apa yang kitorang nak sebelum ambik keputusan untuk menamatkan zaman bujang kami.

Kitorang memang sepakat & dah target umur berapa nak kahwin, kitorang siap buat tabung kahwin lepas dah capai target kitorang terus je langsungkan majlis. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Ada satu benda yang sangat triggers aku ,ada sorang kawan aku, aku baru je kahwin sebulan, dia dah tanya aku,

“Kau ada merancang ke untuk ada baby, kalau boleh jangan lah merancang anak pertama ni”, “Oh, boleh lah lepas period bersama dengan suami untuk dapat baby”.

Terpaling sebok pasal aku punya baby, actually aku dan suami memang merancang buat masa ni kami belum bersedia untuk ada anak lagi atas faktor kewangan. Kitorang mesti lah nak yang terbaik untuk future children kan.

Tak nak lah kais pagi makan pagi kos sara seorang anak sekarang ni sangatlah tinggi, tak tahu lah sama ada aku yang terlalu overthinking, dan lagi satu aku baru kahwin,rasanya tak perlu tanya benda dalam kain orang.

Aku punya perihal dalam kelambu & dalam kain sekalipun tak payah sebok ambik tahu walaupun status kau dan aku adalah kawan baik sekali pun.

Dah tahun 2023, dah boleh hentikan perihal sebok hal rumahtangga & hal dalam kain orang, aku tak tahu apa niat orang2 macam ni, Tanya bila nak dapat anak, bila nak tambah anak lagi.

Masalahnya, korang yang tanya & suruh tambah2 anak ni ke yang nak tolong jaga & sara hidup budak2 tu nanti?

Kau nak tambah anak? kau sendiri lah yang beranak tak payah tanya orang lain. Kita tak tahu apa orang tu tengah struggle dalam hidup dia.

Mungkin aku terlalu “fragile” dengan benda2 macam ni, tapi serius aku tak suka dan aku tak tahu nak react macam mana.

Sebab nak jaga hati orang aku terpaksa senyum dan layankan je pertanyaan tu tapi dalam hati Allah je yang tahu,

At least aku tahu aku sendiri yang merancang untuk bersedia ada baby, dan tempoh perkahwinan masih baru, still dalam sesi nak adapt kehidupan rumahtangga tu.

Cuba korang bayangkan kalau ada pasangan yang dah lama berkahwin & dalam tempoh TTC, apa perasaan diorang mesti sedihkan dapat soalan2 makcik bawang macam ni. Walaupun soalan tu daripada kawan sendiri.

Tolong lah jangan sambung legasi makcik bawang ni, cukup lah makcik bawang ada dalam golongan umur mak2 kita je. Kita tak payah nak sambung legasi membawang & sebok jaga tepi kain orang ni.

Sekarang ni kalau boleh aku nak mengelak dari kawan aku tu. Sebab tiap kali jumpa atau dalam whatsApp mesti nak tanya pasal anak, dah kenapa?

Masalahnya bila aku cakap aku merancang dia paling sebok suruh aku jangan merancang hahaha entah lah, family aku dan family mertua pun tak sebok macam minah ni.

Apa penyelesaian untuk benda ni? Nak buang kawan fikir dah lama kawan. Takkan nak buang kawan sebab ni je kan.

Hmmm, cuma satu jela nasihat aku untuk “KAWAN-KAWAN” diluar sana, jaga lah mulut & fikir dulu sebelum bercakap, mana tahu setiap perkataan yang keluar dari mulut kita ni bakal menyakitkan hati orang lain.

Aku pun bukan maksum, tapi aku ni jenis introvert so aku jarang bercakap, bercakap bila perlu je.

Tapi aku pun boleh je nak keluarkan kata-kata yang menyakitkan hati. Cuma tu lah kita ni sebelum bercakap kita fikir dulu apa perasaan orang.

Cukup lah setakat ni, korang doakan yang baik2 ye, InshaAllah rezeki Allah tu luas.

Semoga aku dan senasib dengan aku ni tabah menghadapi legasi “makcik bawang” yang terpaling ada anak & kehidupan diorang yang TER paling “sempurna” berbanding dengan kita ni.

Semoga kita dikurniakan anak-anak yang soleh & solehah. Dan kita mampu provide yang terbaik untuk anak-anak tu nanti. InshaAllah.

Terima kasih baca luahan saya ni.

– Chempaka (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *