Cemburu Dengan Orang Single

Hai semua. Nama aku Bedah. Aku dah berkahwin selama 13 tahun. Aku ada benda nak cakap sikit kat orang bujang.

Macam tiber kan tapi tak apelah aku nak cakap jugak.

Apa yang korang rasa bila balik kerja, dapat rehat dengan tenang? Aku jeles sangat bila fikir orang bujang bila balik rumah tak perlu sakit kepala. Mesti rasa macam bahagia nya kan..

Berbanding dengan aku seorang isteri dan ibu. Balik kerja kena rushing sebab tak nak anak lama-lama dengan daycare.

Dah sampai rumah beg tangan pun belum letak, dah pergi kat peti ais dulu keluarkan ayam/ikan beku untuk masak.

Habis masak dan makan, barulah dapat rebahkan diri kejap untuk rehat. Itupun rehat sambil kepala memikirkan pinggan periuk dalam sinki sedang menunggu untuk dibasuh.

Kain baju pulak tengah melepak dalam mesin basuh sedang menunggu untuk disidai.

Baju yang dah kering pulak memanggil-manggil mintak kena lipat. Selalunya 2 minggu baru aku sahut panggilan mereka.

Habis urusan di dapur dan mesin basuh, masuk bilik untuk siapkan baju sekolah/ tadika/ daycare anak-anak.

Lepas tu baru siapkan baju untuk aku dan suami pergi kerja. Kemudian tengokkan kerja sekolah anak-anak kalau ada. Kalau takda, sekadar buat revision saja.

Berjimak? Curi-curi saja. Itu pun kalau kami masih ada tenaga dan masa yang berbaki.

Selesai semua barulah boleh tidur. Dan benda ni berulang setiap hari kecuali weekend atau cuti sekolah..

Suami tak tolong ke? Tiada istilah tolong. Tapi istilah tanggungjawab. Suami aku sama-sama pikul tanggungjawab dengan aku. Kami sama-sama penat.

Bila dah lama-lama aku rasa aku bukan makin lali, tapi makin muak. Aku ada suarakan benda ni kat suami, tapi dia cakap nak buat camne.

Takkan nak refund balik anak-anak ni. Kalau nak refund, kat kaunter mana? Loyar buruk betul musibat ni. Haha.

Tapi aku paham maksud tersirat dia. Kitorang yang pilih kehidupan ni. Jadi, terima je la.

Berdosa tak aku kalau aku cakap aku rindukan zaman bujang aku?

Aku teringin nak rasa balik kerja boleh mandi, minum teh panas, makan megi sambil tengok Netflix sorang-sorang tanpa gangguan..

Ya Allah heavennya..

Saban hari dekat fb aku nampak keluhan orang single yang katanya sendu dan bosan. Tapi aku kat sini rasa cemburu dengan ‘kelapangan’ korang.

Korang bebas buat apa saja tanpa perlu khuatir tentang komitmen untuk anak-anak dan pasangan.

Aku tak tahu sama ada aku sekadar burnout atau aku memang menyesal pilih untuk menjadi isteri dan ibu. Tapi wallahi aku sayang suami dan anak-anakku.

Ada tak di kalangan korang yang berperasaan sama seperti aku? Macam mana aku nak brush off perasaan ini?

Setiap kali sujud aku berdoa dalam hati, “Ya Allah jadikan aku seorang isteri yang bersyukur”

“Ya Allah jadikan aku ibu yang bersyukur”

Aku sentiasa doa begini sebab aku takut aku menjadi hamba yang tak bersyukur. Sedangkan aku yang pilih jalan ini.

Aku harap orang orang single yang baca keluhan aku ini, fikir masak masak sebelum melangkah masuk ke dunia alam perkahwinan.

Proses untuk menjalani kehidupan berumahtangga bukanlah kerja yang mudah. Ianya amat letih physically, mentally and obviously financially.

Aku tahu, korang teringin nak ada dalam pelukan pasangan, nak ada tawa riang anak yang comel dan sihat menghiasi hari-hari anda.. aku akui itu semua sangatlah indah.

Aku juga menyukai moment di mana keluarga kecilku ini ketawa bergembira.. Semua memori indah itu aku pahat dalam ingatan.

Tapi mana ada benda indah yang percuma. Di sebalik semua tu, ada harga yang perlu dibayar..

Malangnya aku rasa aku sedang kehilangan diri aku. Aku tidak lagi ceria, passionate dan quirky seperti dulu. Aku hanya seperti robot yang berlabel ‘ISTERI DAN IBU’. Help me.

Kepada yang sedang menanti utk berkahwin, siap siaga dan tolong bersedia sebaik-baiknya.

Kepada yang senasib dengan aku, semoga kita kuat dan tabah. May the force be with us.

Kepada yang single dan memang tak nak kahwin pun, enjoy your moment. Trust me, you’re not missing much.

Yang jujur,

– Bedah Sinki (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *