Trauma Dengan M4k Sendiri

Assalamualaikum pembaca. Sebelum aku mula kan, bukan lah niat memburukkan sesiapa namun ini sekadar luahan yang hampir 10 tahun membeku di hati.

Nama aku Salwa, anak perempuan sulung dari empat adik beradik

Genap November 2023, cukup 10 tahun perpisahan mak & ayah ku. Hidup mereka sebelum berpisah cukup bahagia cukup makan cukup pakai.

Pendek cerita, sepanjang 25 tahun perkahwinan mereka cukup segala galanya. Tak senang dan tak susah.

Segalanya berubah, selepas mak aku decide untuk bercerai. Waktu itu, aku masih melanjutkan pelajaran, jadi aku jarang balik ke kampung.

Cukup 2 semester, aku diberitahu melalui panggilan telefon oleh nenek aku, mak ayah aku ingin bercerai.

Terduduk aku, terdiam kaku. Apa dah jadi? Bukan mereka okay ke?

Selepas bercerai, mak & ayah aku totally stranger. Mereka saling membenci each other.

Mereka tidak mahu communicate langsung. Apa apa kami la jadi orang tengah. Especially aku, sebagai yang tua.

Banyak onak duri, kami berempat adik beradik lalui. Kejap issue belahkan ayah kejap issue belahkan mak.

Belum campur issue yang melibatkan antara mak anak dan ayah yelah sebab mereka hidup bersama lama, 25 tahun jadi nak taknak kami lah adik beradik terpaksa jadi orang tengah jika ada apa apa.

Nak jadi ceritakan, selepas kami lalui ombak duri perpisahan keluarga kami.

Ayah berkahwin lain,

Sama juga dengan mak.

Namun, cerita itu tak berakhir disitu.

Ayah kahwin dengan perempuan sama baya dengan mak aku. Pandai masak,pandai mengemas, ada pendapatan sendiri.

Manakala mak aku kahwin dengan lelaki muda 10 tahun dari dia. Seorang penjawat awam dan kaki ketum.

Kami decide untuk duduk dengan mak. Sebab kesian kan dia. Kenapa aku cakap kesian? Sambung baca di bawah.

Dari ada rumah 2 biji rumah, 4 kereta semua itu lenyap dalam masa setahun. Kami duduk kuarters, sebab dah berpisah mak ayah jual semua harta sepencarian.

Abah duduk sendiri di kampung. Kami semua berpindah ke kota raya sebab mak tukar ke sini ikut suami baru nya.

Hidup kami adik beradik berempat tersangat lah berubah 360 darjah.

Bapak tiri aku panas baran, pada awal perkahwinan dia kerap mengamuk, marah marah dan pecahkan barang di dalam rumah. Tapi aku tak peliklah kenapa sebab mak aku pun ada perangainya.

Bercakap pasal mak aku, dia seorang mak yang sangat kuat bekerja. Seorang yang discipline, seorang yang mementingakn penjagaan luar dan dalam.

Tapi kami adik beradik terseksa menanggung derita kehidupan baru dengan ayah tiri yang kuat ketum, pemalas dan kuat marah.

Pernah 1 moment, aku masih ingat. Raya 2021, bapak tiri aku mengamuk betul betul pagi raya sebab dia gaduh dengan mak aku.

Betul betul pagi raya dia pecahkan semua cermin dalam bilik mak.

Selesai bahagian, kisah bapa tiri aku.

Setiap kali raya, kami adik bradik terpaksa beraya dengan mak sebab kesian dekat mak.

Namun raya 2023, kami decide untuk break the rules, untuk raya dengan ayah.

Nak tahu apa jadi? Berperang lahh kami Adik beradik dengan mak sebab dia marah marah, sebab kami beraya dengan ayah.

Dia kata kami tak ingat dia langsung.

Sedangkan dah dekat 10 tahun pagi raya, kami raya dengan mak, sebab kesian.

Mak dengan ayah tiri aku sama naik, mereka punya marah kat kami adik beradik macam kami buat dosa besar.

Mak aku cukup marah dengan kami Adik beradik, dia kata kami lebihkan ayah. Sedangkan baru 2 hari raya,

Ini sahaja masa kami ada untuk spend time dengan ayah.

Kau tahu apa mak & ayah tiri aku buat? Dia block kami di whatsapp & Instagram.

Bunyi pelik kan? Mak block anak sendiri. Haha.Itulah kami adik beradik lalui setiap tahun.

Jadi kami adik beradik decide pujuk mak, pergi rumah dia.

Kau tahu apa jadi, mak marah2 jerit2.

Siapa halau. Oh untuk pengetahuan, aku baru kahwin 6 bulan. Haha.

Bapak tiri aku juga tendang sliding door. Aku juga lagi bingung. Apa ke teruk sangat ke kami ni?

Yer drama itu disaksikan suami aku juga. Haha. Nasib baik dia jenis cool.

Bila apa apa melibatkan ayah, dia mesti cemburu melampau + merosakkan mood kami adik beradik.

Ayah aku asalnya bukan senang, dia baru buat rumah yang selesa lah untuk kami adik beradik balik yang setahun sekali tu.

Manakala mak, adik bongsu aku duduk dengan dia. Aku pula duduk 1 jam jarak dari mak.

Adik -adik aku yang lain sudah bekerja + sambung belajar luar daerah.

Jadi kami memang susah untuk berkumpul jumpa ayah.

Ayah sangat steady, apa jadi selama 10 tahun ni dia ada, dengar luahan kami adik beradik dari jauh, dia sabar tunggu kami balik kampung.

Boleh kata 90% masa kami untuk mak.

Inilah sedikit sebanyak perkongsian daaman aku, 10 tahun aku layan benda ni. Dan aku tak pasti sampai bila kami adik beradik kena hadap perkara ni.

Doakan hati mak aku & ayah tiri aku lenbut dan boleh berfikir rasional.

Dan bersifat lebih terbuka.

Mak, salwa harap mak lembut hati.

Bersihkan hati, buang perasaan hasad dengki pada ayah dan isteri barunya.

Kami adik beradik hanya mahukan ketenangan dan kebahagiaan.

Kerana tenang + bahagia hanya ibu fan bapa boleh beri.

– Salwa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->ย https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *