Jejaka Bujang Sekarang Tak Ada Teruna

Hai, based on my tajuk pun dah tahu kan aku nak cerita pasal apa. And yeah, aku perempuan :)

Okay aku start dengan zaman sekarang aku perasan, bila buka twitter or any social media je ramai orang dah beranikan diri promote diri untuk jadi “pasangan segera” kat orang bujang.

Senang kata servis ni diorang buat side income lah gitue.

Tak tahu ni boleh kategorikan perempuan murah or bijak sebab pandai buat ‘networking’ dengan strangers.

Btw bukan twitter je, banyak je apps lain yang ada servis-servis macam ni.

Tapi yang aku risau bila “golongan” macam ni diorang provide juga servis untuk hubungan intim/fwb dekat orang bujang/pasangan orang.

Hahaha. Tak pelik pun. Benda ni boleh je jadi kat sesiapa pun, tapi moga Allah SWT jauhkan benda2 macam ni jadi dalam family/pasangan kita. In sha Allah.

Satu lagi dengan kehadiran apps2 dating cari jodoh like Omi, Tinder, Fb Dating etc.

Untuk girls kat luar sana, if ur husband/bf ada benda2 macam ni, sila hati-hati ya.

Kalau boleh check je phone dia, ada ke tak apps2 macam tu.

Tapi orang lelaki ni diorang bijak, apps2 macam tu diorang pandai sorok kat mana2 folder. Then bila kita cari tak jumpa, padahal ada je dalam phone dia tu.

Tapi aku bukan nak suruh korang cari aib orang ke apa.

Aku mengaku yang aku sendiri pun tak tahu ni dikategorikan berdosa ke tak, sebab kita just nak make sure yang pasangan/bakal pasangan kita tak buat benda yang tak baik, tak buat benda2 yang Allah Swt larang.

Ye lah, paham2 je la zaman sekarang.

Aku cerita ni sebab ada lelaki yang aku kenal dah pernah terkantoi buat benda2 macam ni. Hahaha.

Yeah, dia lelaki bujang tapi pernah je fwb dengan perempuan.

Fwb ni tak semestinya buat hubungan badan, boleh je video call sambil bogel dengan syarat bayar duit dekat girl/lelaki yang buat servis fwb tu. Haha.

Wahai lelaki bujang kat luar sana tu, ya aku tahu korang banyak duit sebab takde komitmen and tanggungan isteri/keluarga.

Tapi aku sebagai perempuan harap korang tak buat benda2 yang larangan agama. Paling sedih nanti korang pun nak kahwin, kesian kat bakal isteri korang.

Kalau zaman dulu lelaki risau if perempuan takde virgin. Tapi now, aku risau if bakal suami aku nanti dah takde teruna sebab terjebak benda2 macam tu waktu zaman bujang.

Duit gaji tu, simpan elok2 ya wahai lelaki budiman. No need lah subcribe benda2 yang tak elok, siap subcribe yang premium lagi semata2 nak buat benda tak elok tu.

Lagi sedih bila dah jadi tabiat nak main dating apps selalu, nak chat perempuan sana sini etc. Sebab apa? Sebab korang dah terbiasa hidup macam tu.

Tapi aku harap lelaki macam ni dapat berubah and bertaubat if pernah dosa.

Apa2 pun, aku harap bagi mereka yang tengah struggle cari jodoh kat luar sana tak kesah la lelaki or wanita, semoga dikurniakan pasangan yang baik dan jaga agama.

Jaga diri kita baik-baik, jodoh datang lambat maybe Allah SWT nak uji and menduga kita. Tapi itu bukan alasan untuk kita buat benda2 yang tak baik.

Sorry aku tahu cerita aku ni ayat berterabur. Tapi aku harap, korang dapat lah apa yang aku nak sampaikan.

– Mb (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *