Bercinta Dengan Buaya Buncit

Hi, aku Hani. Aku mempunyai seorang teman lelaki yang aku kenal melalui online game. Aku memang kaki game sejak kecil lagi. Punca mata aku rabun teruk pun sebab main game di dalam komputer.

Itu terjadi sewaktu aku kecil dan sekarang aku sedang dalam proses menghabiskan degreeku. Aku ada beberapa kawan sekelas yang aku rapat sebab kami suka main game. Game yang kami selalu main ialah PUBG.

Suatu hari, kawan aku mengajak aku menyertai grup game PUBGnya dan dialah ketua grup tersebut.

Dulu grup tersebut selalu aktif dengan pelbagai aktiviti yang berunsurkan game PUBG terutama sekali sewaktu PKP kerana perintah yang dikeluarkan kerajaan untuk rakyat ‘stay at home’.

Aku kenal teman lelaki aku pun melalui grup tersebut.

Pada mulanya, sudah nampak tanda-tanda yang dia ni memang seorang buaya. Dia pernah cuba nak ngorat kawan aku tetapi kawan aku tak minat dengan dia sebab dia berisi dan tidak banyak bercakap.

Pakwe aku ni dalam online je dia berani tetapi bila berhadapan dialah yang paling penakut. Dia paling penakut dengan perempuan sebenarnya. Perkara yang paling kelakar apabila dia hendak order makanan.

Kalau yang tukang ambik order tu lelaki boleh lagi dia bercakap tetapi bila perempuan yang ambik order mulalah dia menyorok belakang aku.

Kadang-kadang dia makan je makanan yang aku order sebab dia takut nak cakap. Nasiblah kau.

Pada mulanya, aku memang tak suka dengan dia sebab dia memang annoying. Dia suka menyakat aku. Kadang-kadang mampu sabar je dengan perangai dia.

Pernah suatu ketika aku selalu main game dengan dia tiap2 hari. Dia kerja kilang dan waktu tu pengajian aku pun tertangguh sekejap sebab PKP.

Jadi, aku banyak masa lapang yang aku habiskan dengan main game dengan dia. Waktu tu aku lonely sebab kawan-kawan aku semua sibuk dengan dunia sendiri. Dia je lah yang aku ada masa tu.

Daripada game, kami mula chat di whatsapp. Masa ni kami memang takda apa-apa hubungan. Chat pun gaya still sebagai kawan.

Dialah yang mula-mula panggil aku sayang, Aku yang naif ni termakan dengan kata-kata dia. Lama-lama kami bertukar panggilan kepada panggilan I, U dan akhirnya kami mula bercinta.

Awal percintaan kami, aku banyak menangis. Mana taknya bila ajak call, dia akan cepat-cepat matikan call. Malu katanya.

Dalam grup game, dia suka flirt dengan perempuan lain di dalam grup itu. Aku selalu makan hati tetapi aku cuba bersabar sebab hubungan kami masih lagi baharu.

Kawan aku banyak nasihatkan dia supaya kekalkan hubungan kami dan bukan berpikir untuk nak ada makwe semata-mata.

Lama-lama dia mula berubah untuk mula serius dengan aku yang aku tak pasti betul ke dia nak serius dengan aku.

Kami selalu bergaduh disebabkan hal yang melibatkan perempuan lain sebab aku tak pernah rasa dia utamakan aku.

Contohnya, dia pernah letak wallpaper gambar mengikut contact dia di whatsapp. Wallpaper ni dia letak hanya untuk ‘kawan’ perempuan dia ya. Dia bagi alasan dia buat macam itu sebab dia takut tersalah chat orang.

Aku pun diamkan diri sebab aku speechless nak kata apa-apa. Setiap kali gaduh je mesti dia cari perempuan lain untuk tenangkan diri.

Pernah suatu hari, dia ada masalah di tempat kerja. Dia chat aku kata perlukan masa untuk bertenang jadi aku berilah ruang kepada dia.

Tak lama selepas itu, aku dapat tahu dia ada dalam satu room discord dengan perempuan lain. Room discord yang dia pakai ni discord grup pubg kami.

Bila aku tanya dia kata dia bukak movie dalam tu dan terpulanglah kepada sapa-sapa yang nak tengok. Lagi sekali, aku mampu berdiam diri.

Aku banyak berdiam diri sebab aku amat naif dalam dunia percintaan. Jadi, aku selalu terima dan percaya dengan segala kata-kata dia.

Walaupun berperangai buaya, ada beberapa perkara yang aku suka dengan dia. Dia seorang yang softspoken.

Bila aku marah, dia tak pernah tengking or naik tangan dengan aku. Dia lembut bila bercakap dengan aku. Dia hormat dengan orang tua dan orang disekelilingnya. Hatinya mudah tersentuh dan cepat sensitif.

Dia sebenarnya hensem tapi disebabkan dia cubby dan berkulit gelap, jadi dia selalu insecure dengan diri dia.

Aku selalu menaikkan semangat dia untuk sayangkan diri sendiri sebab aku nak orang yang aku sayang, yakin dengan dirinya sendiri.

Dia selalu belanja aku makan dan belikan aku hadiah-hadiah comel. Dia sebenarnya seorang yang romantik dan kelakar.

Aku sayang dia sangat-sangat sampaikan hari-hari nama dia meniti di mulut aku. Kawan-kawan aku kadang-kadang naik menyampah sebab berapa kerapnya aku sebut nama dia.

Selepas itu, hubungan kami berjalan dengan baiknya. Dia sudah kurang melayan perempuan lain dan hanya fokus dekat aku. Namun, taklah berpanjangan.

Suatu hari, dia sambung pengajian dia di peringkat diploma. Waktu ini, dia mula berubah. Dulu boleh call dan chat selama 24 jam tapi sekarang tidak lagi.

Game pun kami dah lama tak main bersama-sama. Dia ada chat aku cuma sudah berkurang. Call pun hanya di tengah malam.

Semua masa lapang banyak dihabiskan untuk assignment dan lepak bersama kawan-kawan. Aku bukanlah tak mahu paham dia cuma terkilan sebab aku sahaja yang banyak berkorban masa untuk dia.

Aku pun belajar tapi aku sanggup beri masa aku untuk spend time dengan dia kalau tak macam mana kami mampu chat dan call selama 24 jam. Mestilah ada salah seorang yang berkorban dan itu ialah aku.

Aku marah dengan dia tentang hal ini. Lama jugak kami bergaduh dekat-dekat 4 bulan lamanya. Aku cuma mampu bersabar sebab keadaan masih sama dan tidak berubah. Dia pun semakin busy dengan study dia.

Jadi, aku hanya mampu membiarkan sahaja. Dahlah ketika itu, aku busy dengan thesis aku. Aku lebih prefer untuk fokus dengan thesis aku.

Tak lama selepas itu, cuti sem. Keadaan kami masih seperti biasa, asyik gaduh. Dia pun semakin kurang chat dan call aku. Sumpah waktu ni aku macam orang gila menunggu dia.

Setiap kali call memang aku selalu menangis dan marah dengan sikap dia. Dia pun sudah pandai marah-marah cuma belum tahap menengking lagi.

Waktu ni aku memang sedih sangat-sangat sebab orang yang aku sayang tidak seperti yang aku kenal sebelum ini.

Waktu ni pun, aku yang start cari dia dulu. Dia seperti sudah tidak sayang dengan aku. Aku mula syak yang dia ada perempuan lain. Bila aku tanya dia, dia marah aku balik.

Dia kata dia tak hingin nak chat orang lain dan dia sendiri mengaku dia takda masa ngan aku, macam mana pula dia ada masa untuk orang lain.

Jadi, aku cuba lupakan dengan firasat aku walaupun firasat aku kuat mengatakan dia sedang ‘layan’ orang lain.

Suatu hari, aku jumpa dia dan kami keluar bersama-sama untuk beli barang keperluan aku. Aku perhatikan dia asyik dengan fon dia sahaja.

Tergerak hati untuk check whatsapp dia dan dia pun bagi aku untuk check.

Mula-mula nampak macam takda apa-apa tapi aku perasaan ada noti di archieved chat. Pelik aku kenapa ada noti di situ dan aku nampak dia chat classmate perempuan dia.

Perempuan tu siap panggil dia sayang dan hantar gambar dia sekali. Gugur jantung aku waktu itu. Aku rasa macam nak terjun bangunan je waktu tu.

Bila aku tanya dia tentang chat itu, boleh dia gelak-gelak seba dia tak serius pun dengan perempuan itu.

Aku lari dari dia dan dia cuba kejar aku. Aku nangis semahu-mahunya. Bila dia cuba nak terangkan tentang hal itu, aku lempang dia 2 kali.

Aku tak sanggup nak dengar lagi segala alasan dan permohonan maaf dia.

Apa yang jadi selepas itu, aku akan sambung ke Bahagian II.

– Hani (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *