Bertengkar, An4k-An4k Yang Jadi Mangsa

Salam semua aku kenalkan diri aku Iman, bukan nama betul. Aku ni anak ke 3 dari 4 orang adik beradik.

Selalu sangat kita dengar keluarga saudara mara adik beradik bergaduh sebab harta pusaka. Benda ni terjadi dalam keluarga aku.

Ayah aku meninggal tahun 2018, arwah ayah ni harta dari duit simpanan, tanah, kebun dan rumah dia tak faraidkan tapi di bahagi kan ikut percent masing-masing. Macam sorang dari kami dapat 25%.

Tapi adik beradik aku ni tak puas hati juga aku pun sebenarnya pun tak puas hati juga.

Jadi kami semua bergaduh kenapa along dapat ni angah dapat ni alang dapat ni bongsu dapat ni.

Jadi semua bergaduh dan selepas berbulan lepas dah selesai pembahagiaan kami 4 adik beradik ni memang terus jarang tegur.

Group wasap tu kau bayangkan semua leave tinggal aku sorang (sebab aku yang create)

Adik beradik aku ni semua lelaki dan semua dah berkahwin dan dah ada anak. Aku pun ada anak kembar sorang sekarang umur dah 7 tahun.

Jadi kami ni bergaduh suami bergaduh isteri bergaduh. Raya pun memasing setakat hantar gambar je tak raya bersama langsung.

Isteri aku ada juga cakap pergi rumah adik beradik lain tapi itulah aku pun ada ego juga.

Akak ipar aku yang lain pun ada call isteri aku tanya aku dengan anak sihat tak.

Aku ada semua sekali 5 anak saudara Alhamdulilah semua elok dan baik. Jujurnya aku dengan anak saudara yang lain memang baik.

Yang paling kecik anak aku. Yang paling besar anak along aku (Suhana) Hana atau Long kami selalu panggil.

Hana ni dia waktu tu belajar dekat UKM aku kan duduk seremban jadi free tu dia naik ktm pergi melawat aku sebab nak jumpa adik kembar dia anak aku.

Kami Hana ni biasa memang dia akan tidur sehari dua baru balik UKM.

Jadi dia pun macam biasa tidur sini main dengan adik dia aku pun dengan isteri malam bawa berjalan makan.

Sekali malam ni ayah dia call kau bayangkan kita orang tengah keluar makan seronok dia call marah Hana.

Dia cakap “kau pergi sana buat apa kau tahu aku tak suka” hana ni biasa family kan mesti call buka loudspeaker.

Aku marah lah cakap biarlah dia nak jumpa aku nak main cuti dengan adik dia.

Tapi along aku marah dia suruh si Hana ni balik kalau tak dia ambil bawa balik. Aku marah betul sebab kami gaduh tapi anak-anak ni biar ni nak libatkan diorang gaduh.

Bukan setakat Hana sorang ye anak saudara aku lagi sorang dua pun adik beradik aku dia pergi block nombor aku dengan isteri sebab tak nak video call anak anak aku.

Anak saudara aku siap call pakai nombor kawan dia nangis² cakap abah tak kasi wasap telefon semua.

Aku marah call setiap sorang ajak keluar berbincang. Lepas sebulan baru semua setuju balik kampung bawa anak isteri. Aku pun cakap terus yang kalau boleh aku tak nak gaduh.

Memula tu awkward juga ambil masa 2-3 hari baru kami okay. Sebulan lepastu di takdirkan covid waktu ni lah baru kami adik beradik ni rasa macam rindu satu sama lain.

Bertahun duduk rumah selalu mampu video call. Aku ingat lagi waktu dah habis pkp semua kumpul rumah arwah mak ayah menangis minta maaf sebab hampir 2 tahun tak jumpa.

Jadi aku nasihatkan kalau kita ni adik beradik gaduh jangan libatkan anak-anak.

Anak kita ni tak salah, yang salah ni kita adik beradik bergaduh yang kesiannya diorang nanti tak ikut kata anak derhaka itu semua kesian diorang berbelah bahagi.

– Iman (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *