Assalamualaikum semua. First of all, sekiranya coretan aku terpilih untuk disiarkan di ruangan confession ini, aku nak ucapkan terima kasih kepada admin.
Ok, mari aku mulakan…
Aku kenalkan nama aku dengan nama Mina, bukan nama sebenar. Kisah aku ini, bukanlah pasal kisah buli, tapi lebih kepada kisah difitnah, dituduh dan namaku tidak dibersihkan sehingga sekarang.
Okay, kisah ini berlaku kira-kira 15 tahun yang lalu, di mana ketika itu aku sedang dalam tingkatan 5. Aku bersekolah di Maktab Rendah Sains Mara di utara tanah air.
Masih aku ingat setiap kejadian yang berlaku dengan jelas walau dah bertahun berlalu.
Begini ceritanya…
Di asrama perempuan ketika itu sedang kecoh tentang kes kecurian yang kerap berlaku. Ada pelajar yang kehilangan duit dan barang-barang berharga.
Pada suatu hari, ada beberapa orang pelajar perempuan dari batch aku, mereka dari “cube” yang sama, kehilangan barang dan duit.
Oh ya, cube adalah nama panggilan bagi bilik/dorm di MRSM dimana hanya menempatkan empat orang dalam satu bilik.
Jadi, pada satu malam, spotcheck tergempar telah dilakukan. Tak silap aku lewat malam jugak la, waktu semua dah masuk tidur.
Tiba giliran pada locker aku, seorang LDP ni (LDP adalah gelaran bagi pengawas) check dan jumpa dompet aku yang ditimbunkan di bawah longgokan baju dalam locker tersebut.
Dia check dompet aku dan dapati ada wang yang dilipat-lipat diletakkan dalam satu bahagian khas dalam dompet tersebut.
Oleh kerana penemuan yang suspicious tersebut, maka aku pun ditahan dan sejak daripada itu, aku dituduh MENCURI.
Aku semestinya menidakkan pertuduhan tersebut terhadap aku. Duit tersebut adalah duit aku. Duit yang sudah aku asingkan untuk bayar yuran yang masih belum aku lunaskan walau dan nak habis semester.
Tu pun bukan semua dapat aku jelaskan, hanya separuh. Ya, aku bukan daripada keluarga berada.
Waktu itu, adik-adik aku masih kecil dan ibu bapa kami struggle untuk memenuhi keperluan perbelanjaan sekolah kami.
Waktu ada duit sedikit, barulah bapaku dapat berikan padaku untuk dibayar yuran secara sedikit-sedikit. Tapi aku ada bodohnya juga. Waktu itu aku masih naif.
Aku tidak bersungguh-sungguh dan berfikir keras untuk mempertahankan diri aku. Aku tidak bersungguh-sungguh untuk “clear” nama aku.
Aku patut tahu apa itu “alibi” supaya aku dapat membuktikan dan menjelaskan keberadaan aku. Aku patut ke bank dan minta rekod transaksi pengeluaran duit dari atm tempoh hari. Tapi aku tak buat semua itu.
Kemudian, setelah selesai sesi soal siasat, kerana aku rasakan aku dah terlepas daripada pertuduhan itu, aku ingatkan semua dah selesai, walaupun tak jumpa pencuri sebenar lagi.
Tapi, aku salah, sejak dari itu, aku mula dilabel sebagai pencuri dan dibahan oleh pelajar lain.
Aku masih ingat, ketika prep malam, ada sekumpulan pelajar perempuan datang duduk semeja dengan aku.
Mereka berbual-bual sesama mereka dan menyindir, kalau aku dapat suspect tu siap la dia dan macam-macam lagi lah perbualan melawak yang membuatkan aku ikut gelak sekali.
Juga perbualan yang berkaitan barang hilang dan siapa pencuri itu. Aku ketika itu masih naif dan tidak menyedari bahawasanya mereka sedang bercakap dan merujuk pada aku.
Aku dapat tahu pun sebab keesokkan harinya, kawan sebelah meja aku ni cakap pada aku, “hang tak perasan ka depa dok cakap pasai hang, depa dok kata kat hang”. Nampak tak betapa naifnya aku dulu?
Sejurus selepas dia cakap macam tu, terus aku berlari keluar ke tandas dan menangis semahunya di situ sorang-sorang.
Ya Tuhan, ujian ini begitu berat buat aku. Aku bersedih dan menangis kerana tiada siapa yang percaya pada aku. Even kawan sebelah meja aku tu pun tak percaya pada aku.
Kemudian, aku masih ingat, ada satu hari, ada seorang pelajar perempuan ni, ajak aku jumpa di ampaian di bawah blok.
Aku ingat nak ajak sembang apa. Rupanya dia nak aku buat confession. Dia konon mcm nak buat one-to-one session dengan aku.
Dia kata, “takpa, Mina bagitahu kat Ima (bukan nama sebenar) sorang ja dan Ima takkan bagitahu sapa-sapa.
Betul ni. Betoi ka Mina yang curi duit tu”. Konon nak aku confess yang aku mencuri. Aku memang tak la nak confess apa-apa sebab bukan aku yang buat.
Kemudian, ada satu hari ni, ketua warden panggil aku masuk ke biliknya di dalam bilik guru.
Untuk pengetahuan, dalam bilik guru, ada satu bilik ketua warden yang berbentuk kubikel kaca. Kat situ, aku disoal siasat oleh beliau. Berkali-kali dia tanya aku betul ka aku curi barang-barang dan duit mereka.
Aku masih ingat sampai sekarang apa yang dia cakap pada aku. “kamu kalau kat mahkamah ni, dah lama kamu kalah tau”. Mungkin kerana penjelasan aku tidak meyakinkan pada dia.
Aku masih ingat aku menangis semahunya di hadapan beliau sambil menidakkan bukan aku yang mencuri.
Last sekali, dia minta aku junjung al-Quran dan bersumpah dengan al-Quran bahawa bukan aku yang mencuri. Aku waktu terus buat sedemikian kerana aku tahu aku di jalan yang benar.
Ada lagi la kisah lain yang aku didera emosi dan dilabel pencuri. Tapi yang paling terkesan yang aku tulis di atas ni la.
Habis belajar, oleh kerana aku ni sejenis yang tak ambil tahu dan sejujurnya zaman belajar aku lebih kepada belajar je. Dunia aku fikir belajar je masa tu. Ya tak fun langsung pun zaman sekolah aku. Haha.
Sampai habis belajar pun aku taktau siapa pencuri sebenar. Ada la beberapa tahun lepas, aku cuba korek balik masa lalu.
Aku cuba tanya dah jumpa ke pencuri sebenar kepada beberapa orang rakan lama. Masih menemui jalan buntu. Macam layan tak nak layan je. Mungkin mereka pun dah lupa kisah itu.
Tapi yang aku pasti, aku memang tak contact dengan manusia-manusia toksik yang menuduh dan memburukkan aku itu.
Buat antara mereka semua yang terbaca confession aku dalam ni (kalau ada yang bacalah), aku nak korang tahu ini perasaan yang aku rasa sepanjang aku dituduh.
Rasa sedih, geram semua ada lah ketika itu. Dah la jadi waktu tengah percubaan SPM kot. Memang koyak jugak la mental masa tu.
Kita semua tak dapat kembali ke masa lalu untuk menukar takdir. Cukup aku jelaskan disini perkara sebenar yang berlaku. Supaya dalam masa yang sama dapat aku bersihkan nama aku kembali.
Berbelas tahun dan berlalu pun. Aku dah ada keluarga sendiri pun dan kerjaya yang hebat. Aku pun seorang guru. Aku bahagia dengan kehidupan aku. Dendam?
Aku tak rasa dendam pun. Hanyalah menceritakan masa lalu dan menjelaskan duduk perkara sebenar.
Kalau ada di antara korang yang nak reach out aku, feel free to do so. Kalau tak da pun, aku dah maafkan pun korang semua yang pernah buat aku dulu. Kita semua tak pernah lari dari buat silap, ye lah kita semua manusia biasa kan.
Cuma aku nak pesan pada semua, pengajaran dari cerita aku ni, point paling penting adalah, “stand your ground”.
Kalau kau rasa someone did you wrong, lawanlah dan perbetulkan balik apa yang tak kena. Point yang kedua, kau kena ambil tahu dengan apa yang jadi di sekeliling kau.
Ya lessons learnt. Apa yang orang bawangkan atau gosipkan, kau kena ambil tahu supaya kau sedar apa yang berlaku disekeliling kau dan kau tak mudah ditindas.
Waktu itu umur aku baru 17 tahun kot, mana la nak reti apa sangat, waktu itu di situasi dan masa yang berbeza, jadi wajarlah sekiranya aku masih kurang bijak dalam mempertahankan diri aku.
Aku taknak salahkan diri aku. Aku belajar dari masa lalu. Okay aku rasa sampai disini saja kot. Sekali lagi, terima kasih admin kerana siarkan confession ini. Assalamualaikum.
– Mina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit