Su4mi Dari Ner4ka

Assalamualaikum semua. Nama aku Tasya (bukan nama sebenar), aku telah berkahwin dengan seorang lelaki yang bekerjaya dan dari golongan M40, dan aku sendiri juga seorang wanita bekerjaya dan ada business sendiri, lulusan luar negara.

Bulan pertama aku kahwin tiada apa yang pelik pada suami aku, aku kenal suami aku sudah 20 tahun, namun kami baru 3 tahun berkahwin, sebab suatu masa dahulu suami aku tinggalkan aku untuk wanita lain yang lebih cantik dan bekerjaya masa tu.

Aku bukanlah siapa2 saat itu hanya budak kampung yang sangat miskin. Lepas ditinggalkan aku terus single sampailah aku bertemu semula dengan suami aku yang pada ketika itu duda tiada anak.

Bermulalah episode bodoh dalam hidup aku, selepas sebulan kahwin aku jumpa banyak kondom dan ubat kuat yang tersorok dalam rumah suami aku,

Aku juga jumpa sim kad phone yang telah disorok diatas almari, bila aku buka dan aktifkan sim tu, 201 miscall dari wanita yang sama. Banyak massanger masuk,

“Papa apa salah mama? Kenapa papa buang mama dari hidup papa? Kenapa papa halau mama? Apa salah mama? Mama masih sayangkan papa”

Rupanya sebelum kawin dengan aku, suami aku pernah tinggal bersama dengan wanita lain dirumah itu, seorang janda beranak 1.

Perasaan aku? Hancur… Walaupun aku belajar dan bekerja diluar negara sebelum kawin dengan dia namun aku sangat jaga maruah diri aku untuk bakal suami aku, tapi bila aku tau macam tu perangai dia, aku rasa sangat2 tertekan,

20 tahun aku kenal dia, masih berkawan di myspace, tagged, friendster dan jugak Facebook walaupun pernah ditinggalkan.

Namun aku tidak pernah kacau hidup dia, aku nampak dia seorang lelaki yang sangat baik dan setia, sebab tulah aku terima dia balik. Tapi ternyata selagi kau tidak pernah tidur sebantal kau tidak kenal siapa lelaki itu,

Bermulalah episode duka dan bodoh aku kerana telah memberi peluang dengan harapan dia berubah, dia tidak pernah bagi nafkah dekat aku, saat terkantoi tu dia tidak lagi bernafsu untuk menyentuh aku, tiada lagi nafkah zahir dan batin dari dia. Selepas sebulan perkahwinan kami.

Dia sering menipu aku tentang gajinya, kene potong, boss tak bayar gaji sebab covid dan macam2 lagi. Aku hanya diamkan saja, bukan sebab aku tak tau dia menipu, aku lulusan undang2 dan sangat arif bab business law dan benda2 berkaitan.

Tapi aku pilih untuk tidak ambil tau, aku bayar semua hutang rumah, bill, makan minum dan serba serbi, gajinya hanya untuknya.

Dan mertua aku kiriman Tuhan juga dari neraka, sering memerli aku, kaki kikis duit anak dia, habiskan duit anak dia, kawin dengan anak dia sebab nak bolot harta.

Berharta ke anak dia? Hakikatnya lakonan semata didepan semua. Hutang bank bertimbun, hutang Ahlong perpuluh ribu hampir mencecah ratusan ribu. Hutang kradit kad berpuluh ribu. Gajinya habis ke situ…

Aku? Seorang wanita yang tak ubah seperti sampah, tidak pandai bergaya, hanya guna kereta proton jer yang dah 7 tahun bersama aku, walupun aku dah migrate keluar negara namun kereta itu tetap juga dalam simpanan aku.

Tu belum lagi cerita suami aku kantoi langgang pelacur, check in hotel. Dah ada bukti dari cctv pon masih tidak mengaku, guna nama Allah dan persenda alquran semata mata untuk membuktikan dia tidak menipu. Sedangkan dalam rakaman terang, jelas dan nyata kelakuan mereka.

Wanita bodoh… Bagi peluang, dalam pada masa yang sama aku berdoa pada Allah, jangan tiupkan roh zuriat dia dalam rahim aku,

Dan pada masa yang sama jugak ayah dan ibu mertua aku tak habis2 bagi tekanan kat aku, nak duit cari sendiri, aku tak wajib mintak nafkah dari suami, suami wajib bagi nafkah kat ibu bapa dia, sebab ibu bapa yang telah membesarkan suami aku katanya,

Aku perlu sama2 tanggung segala belanja Rumahtangga sebab sama2 makan dan sama2 duduk dirumah itu, hm… Aku hanya terdiam disaat mereka berkata begitu, bukan sebab aku jahil bab agama, tapi aku hormat orang lebih tua yang sangat jahil.

Anaknya bukan main gembira bila ayah dan mak dia kata begitu pada aku, aku pujuk hati, sabar… Ada hikmah disetiap ujian.

Panjang cerita penipuan kalau nak aku karangkan, tapi aku ringkaskan pada titik terakhir saat ini, duit aku sering hilang beratus2 sehari, bila aku tanya suami dia tidak mengaku, dia tuduh pulak adik aku yang curi, adik aku tinggal bersama aku untuk bantu dalam business aku,

Aku masih diamkan sebab aku taknak bergaduh, aku tak marah adik aku sebab aku tau adik aku bukan pencuri.

Dan sekarang, kad bank aku hilang tanpa aku sedar yang salah satu kad tu dah tak ada dalam wallet aku, aku tak tau dah berapa lama kad tu tak ada, bila aku check online, hanyak tinggal RM2 dari berpuluh puluh ribu.

Aku tanya suami, dia kata dia tidak ambil, aku suruh dia bersumpah junjung alquran dia buat. Aku cakap nak wat report.

Pergilah katanya, then ternyata, dialah yang mengambil wang itu dan transfer ke mak dan ayah dia. Semua duit penat dan lelah aku selama ini,

Aku rasa separuh nyawa aku pergi, aku rasa penat sangat untuk bertahan, aku rasa tidak mampu lagi untuk meneruskan hidup,

Aku mohon ceraikan aku, dia tidak mau ceraikan aku, dia bertaklik kalau dia menipu lagi maka jatuh talak 1, dia bertaklik kalau dia curang maka jatuh talak 1.

Tapi hati aku dah tak boleh nak bagi peluang kat dia lagi, dah tak boleh nak terima dia lagi. Hati aku betul2 mati untuk dia, andai aku di gantung tidak bertali tak ape. Aku pasrah. Aku boleh hidup tanpa lelaki,

Dengan tindakkan undang2 yang ada di negara aku duduk ni, aku mendapatkan perlindungan penuh dari negara ini dari penderaan mental yang suami aku buat, suami aku dilarang mendekati aku, dan dia dilarang tinggal bersama aku sampai bila2.

Namun untuk urusan cerai aku tetap perlu balik ke malaysia.

Mohon aku terus kuat dan tabah untuk menghadapi ujian ini, mohon kali ini hati aku tidak lagi selembut sebelum ini,

Ya Allah jadilah aku wanita yang kejam selepas ini, aku penat jadi bodoh lagi. Aku penat jadi baik… Janganlah uji aku dengan sesuatu yang tidak mampu lagi aku tanggung. Aku sangat2 mengalah kali ini.

Mohon sahabat yang baca luahan saya ini, mohon mental saya terus kuat, saya sedang mendapatkan rawatan di hospital mental kerana cubaan membunuh diri.

Cinta sudah tak ada dalam hati saya, cuma rasa sangat terluka bila segala kebaikkan yang telah saya korbankan selama ini orang tidak pernah hargai, baik suami mau pun mertua. Sekarang saya tidak punya apa2.

Segalanya telah hilang sekelip mata…. Segalanya telah dirampas… Ya Allah kuatkanlah aku…

Coretan dari wanita bodoh..

Tasya, USA.

– Tasya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *