REPLY: Bersyukur Dapat 1steri Yang Tidak Perawan

Nama aku Latif. Aku nak ceritakan kisah aku. First, jangan lah kita terlalu menghukum.

Aku kenal tunang aku di kelas bahasa online. Pertama kali dia menegur aku dia kelihatan sangat baik dan gembira sepanjang masa.

Untuk dijadikan cerita dia menceritakan dia pernah diperkosa sehingga mempunyai zuriat dan aku juga telah berjumpa dengan zuriatnya.

Memang sedih sekali dan sakit hati mendengarkan kisah dia diperlakukan begitu. Seperti kisah2 permekosaan yang lain tunang aku ni diperkosa sehingga melahirkan.

Kerana waktu dia diperkosa memang trauma response manusia akan kaku jika ancaman berlaku. Boleh belajar lagi tentang trauma response dan mostly mangsa r*gol akan kaku tak cakap ya ataupun tak.

Aku akui dia agak bodoh dan kurang didikan seksual tapi sekarang tak lagi. Aku mendengarkan kisahnya dengan detail setiap kali dia menceritakan kepada aku dia akan sesak nafas dan menggigil.

Dan pada keesokan harinya ada saja aku lihat luka baharu ditangannya kesan cakaran trauma response nya. Untuk aku tak patut lelaki itu merosakkan perempuan dan tipu dia sehingga begitu sekali.

Aku sangat marah dan sakit hati ya, tapi aku tak pernah menyalahkan tunang aku atas kesilapan itu. Kerana ciri2 trauma dan response nya sangat lah teruk. Tandanya dia tak rela ketika itu dan dia pula bersalin dari hasil benih lelaki kejam itu.

Betapa sebaknya hatiku setiap kali melihat anak itu yang tak bersalah. Aku respect tunang aku kerana memilih untuk melahirkannya dan memberikannya kehidupan.

Untuk aku lah mangsa seperti mereka sangat lah layak dibimbing dan dinikahi.

Dia juga selalu menyalahkan dan mempunyai masalah trauma sehingga mencakar dan menghina diri sendiri atas kebodohannya. Untuk aku cerita dia tu dia dir*gol tapi dia keep menyalahkan diri kerana tidak mampu berbuat apa2.

Dari segi perwatakan dia sangat2 menghargai dan memahami seperti cerita man dan isterinya dia keep menyalahkan diri sendiri dan masih tidak sangka ada orang mampu menerima dan menyayanginya.

Bagi aku orang yang mempunyai kisah silam apabila mereka bertaubat mereka lebih baik dari orang yang acah2 suci dan menghina orang yang telah diperkosa acah ahli syurga.

Untuk kaum lelaki stoplah merosakkan perempuan walaupun diorang goyang dari segi iman dan kudrat serta emosi mudah kau permain. Ingat Allah itu ada.

Di akhir zaman ni kita taktau sama ada kita sempat bertaubat atau tidak. Kepada lelaki yang mampu menerima wanita yang tidak perawan dengar dan selami dahulu trauma mereka dan terima sepenuh hati.

Aku tau sakit, aku juga berasa sakit, tapi bimbing lah mereke kerana Allah. Jangan lah menyekat syurga mereka hanya kerana mereka telah diperlakukan begitu kerana lelaki yang bernafsu binatang.

Tiada maknanya dara pada wanita yang paling penting adalah hati dan juga kebaikannya lagi2 akhir zaman ini.

Fikir semula niat untuk berkahwin? Kerana Allah ataupun kerana nak merasa yang dara?

Ini semua bukanlah timbang tara memilih wanita, kalau yang tidak perawan tapi sudah bertaubat mereka kadang lebih baik daripada yang acah2 suci dan suka mencerca tanpa mengetahui kisah sebenar.

Aku sangat menyayangi  dia, aku berharap hubungan kami berjaya ke jinjang pelamin dan terus menerus melakukan kebaikan demi Allah.

Kepada lelaki yang boleh menerima wanita seperti mereka aku sangar respect kepada korang kerana kota kekurangan pemimpin di dunia ini.

Semakin lama aku lihat komen di media sosial dan kes2 baru ini yang lelaki dan wanita juga buat content berkenaan barang secondhandlah anak dara spec janda lah.

Stop lah bende2 ni tak patut ada di masyarakat kita. Aku semakin takut dengan wanita2 diluar sana yang kurang bimbingan. Ingat Allah cipta laki didunia sebagai khalifah tolong lah berhenti merosakkan kaum hawa.

Kepada lelaki berdoa dan minta petunjuk kepada Allah jika ditemukan wanita seperti ini.

Bagi aku wanita seperti ini sangat layak dinikahi dan aku cakap dengan kau mereka akan menyayangi kau sepenuh hati mereka, kerana kisah silam mereka dan trauma mereka masih merasa yang mereka ni tak layak dinikahi.

– Latif (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *