Aku berkahwin dengan seorang duda beranak dua dan anaknya tinggal dengan bekas isterinya, tidak jauh dari rumah dalam daerah yang sama.
Aku bekerja tetap dalam sektor kerajaan dan mempunyai semua keperluan asas sendiri seperti rumah dan kereta. Dia bekerja sendiri dan pendapatan tidak tetap.
Selepas berkahwin kami tinggal dirumah aku. Semasa majlis kami hanya kenalan rapatnya yang hadir. Aku tak kenal sangat saudara mara dia.
Suatu hari ayah dia meninggal dan aku hanya dapat tahu dari kenalanku yang kebetulan jiran dia.
Bila aku kerumah mentuaku, bekas isteri dan anak-anak dia sudah ada disitu..
Begitu juga semasa tahlil, tahlil 4 hari dan tahlil 100 hari aku tidak dijemput. Hanya tahu melalui kenalanku sahaja. Bila aku tanya dia hanya diam membisu tanpa beri aku penjelasan.
Begitu juga hal kewangan. Walau semasa dia sakit dan perlukan cash, aku tidak dibenarkan menolong dia keluarkan duit dari atm. Hanya anaknya boleh keluarkan duit dia walaupon ketika itu dia tidak boleh berjalan kerana sakit.
Dia mempunyai beberapa penyakit kritikal dan selalu keluar masuk wad dan biaya perubatannya dibiaya JPA atas namaku. Biaya perubatanya memakan kos 3-4 ribu setiap bulan sepanjang nyawa.
Sudah beberapa tahun dia tidak boleh bekerja atas faktor kesihatan dan aku tidak lokek membiaya semua keperluan rumah.Cuma agak terkilan bila selalu di anggap orang luar.
Baru- baru ini aku telah create online banking untuk memudahkan urusan perbankan dia. Then aku dapat tahu dia telah meminta anaknya menukar password online banking tersebut.
Aku tak pernah ambil walau sesen duit dia untuk kegunaan aku kerana aku ada duit sendiri. Itu hanya untuk memudahkan dia. Sungguh, aku terkilan.
Setiap kali aku minta penjelasan, dia hanya diam dengan alasan taknak bergaduh.
Aku hidup secara materialnya dengan hasil duit gaji aku. Kenapa dia nak meng”orang luar”kan aku. Aku tak faham.
– Alia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit