Cabai Kang

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Harap coretan saya ni dapat difahami oleh semua, al-maklumlah pertama kali setelah 20 tahun cuba buat karangan..

Baiklah saya perkenalkan diri sebagai Kash. Sudah berkahwin 6 tahun, tidak ada rezeki anak lagi, jadi anda boleh tau kisah saya mengenai apa.. Haha.

Klise.. 6 tahun kawin tiada anak akan jadi perbualan manusia busybody seantara dunia. Kisah saya ni jadi trigger setahun sekali setiap kali berkumpul sanak saudara.

Kadang-kadang rasa malas je nak melawat saudara mara, kalau setakat tanya ‘dah ada anak ke?’ ‘berapa orang anak?’, saya tak kisah sebab 3 tahun kebelakangan ni saya dah tahap reda.

Dah tahap tak kisah dan tak ambik pusing. Dah tahap tak cemburu dengan kehidupan orang lain.. Tapi saya geram dan marah dengan perkataan ‘tiada usaha’.

Ok saya cerita perjalanan tahun pertama sampai ke ketiga di alam perkahwinan. Saya pernah murung, tak rasa nak bergaul, rasa useless bila ttc selalu tak menjadi.

Pernah cuba mintak cerai sebab tak sanggup nak dengar orang salahkan saya sebab tak boleh mengandung, padahal syok sendiri je, saya jadi salah sangka bila orang tanya pasal anak, saya pikir dalam hati dia dok cakap saya ni mandul.

3 tahun pertama buat saya down, lagi stress bila lepak dgn kawan-kawan, sibuk cerita pasal anak, pasal nak mengandung lagi macam tak sensitive dengan perasaan saya.

Bila dah banyak kali jadi, saya jarakkan diri dengan teman-teman sebab tak nak lukakan hati sendiri.

Balik dari melepak, terus menyalahkan diri. Terus buat silent treatment dengan husband. Salah sikit mengamuk macam orang gila.

Nasib baik saya mempunyai husband yang penyabar, penyayang dan bertanggungjawab. Setiap kali saya mengamuk dia akan terus peluk saya dan selalu pujuk dan cakap bukan salah saya atau dia.

Allah belum bagi rezeki, Allah bagi rezeki untuk kita honeymoon dan rasa cinta seperti mula-mula kita kenal dulu.

Lama-lama saya dah boleh adapt, saya dah move on dan slow-slow saya dah keluar balik melepak dengan kawan-kawan saya. Tapi ambil masa 3 tahun juga ya nak hilangkan rasa tak kisah tu.. Haha

Baru-baru ni datang balik perasaan tu tapi tak sekuat dulu. Sebab saya tanam kat diri saya, takda anak, no hal, dah tua nanti saya boleh duduk rumah orang tua atau belajar agama tanpa gangguan atau susahkan sesiapa. Sampaikan sekarang rasa 50-50 perasaan nak anak tu.

Fikir umur dah senja, mampu ke saya nak tunggu anak dewasa? Kalau umur tak panjang, sanggup ke keluarga nak jaga, so banyak sangat kebimbangan dalam hati saya.

Ok back to story.. Baru-baru ni, balik beraya, ada sedara bau-bau bacang tanya pasal rezeki kami.

Suami cakap macam biasalah, takda rezeki lagi, dan saya cuma senyum dengar jawapan suami, si bau bacang ni boleh cakap depan sedara mara, kau ni salah buat skill kot, atau tak pergi check mana tau salah sorang yang bermasalah..

Daring sungguh mulut dia. Bagi dia mungkin lawak, bagi saya melampau dan memalukan. Yang lain bukan nak backup, join sekali tolong gelak.

Suami nampak perubahan saya, terus bidas ‘usaha banyak mana pun kalau Allah tak izinkan, takkan kita nak menidakan?

Aku happy life berdua dengan bini aku, nak kesana kesini berdua tak perlu risau, bukan macam kau, nak holiday tinggal anak dekat mak bapak kau. Baik kau tak payah ada anak.. Hahaha, suami balas dengan nada melawak.

Tercengang member.. Tapi saya la paling kuat ketawa walaupun lawak suami hambar.. Hahaha.. Baru kau tau, tanduk ku dah keluar..

Ada jugak kebelakangan ni, sorang teman announce yang dia bakal menjadi bapa. Saya tumpang happy dan wish dekat dia dan selit sekali ‘doakan aku dapat merasa juga ya’, dia boleh balas ‘kau tu kena usaha lebih sikit, jangan putus asa’.

Mungkin pada orang lain, laa takkan nak terasa apa dia cakap, dia bukan perli pun siap suruh jangan putus asa.

Yang buat saya trigger ialah perkataan ‘usaha’. 6 tahun kami menunggu, takkan la kami tak usaha.

Jumpa doktor sudah, makan suppliment sudah, cuma tak terpikir nak buat ivf saja sebab saya fikirkan usia saya yang nak ke senja ni, takmau bazirkan duit.

Kalau tak menjadi, bertambah murung nanti, lagipun kami percaya dengan rezeki Allah. Ada tu alhamdulillah, kalau takda pun alhamdulillah..

Cuma saya harap, selepas ini kalau ada dikalangan sahabat atau saudara mara kamu yang masih berjuang atau yang selesa hidup berdua, usahlah suruh orang berusaha lebih untuk dapat kan anak.

Kita taktau sejauh mana dia struggle untuk merasa keinginan mengandung, keinginan menjadi ayah atau ibu. Mungkin sampai satu tahap, dia dah bosan menunggu dan senang dengan kehidupan dia.

Jadi tolong la jaga mulut, jaga sensitiviti pasangan yang tiada rezeki ni. Nak tanya boleh, tapi jangan cakap tak usaha.

Apa dia ingat kita ni bersama seminggu sekali ke macam dia? Dia tak tahu, kita ni hangat bagai malam pertama… Haihh..

‘Kash’ nama bakal anak..

– Kash (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *