Dah Kena Reject Kot, Patut Cuba Lagi Tak?

Assalamualaikum, tak tahu kat mana dapat idea, so nak minta bantuan kat sini haha.. Harap dapat idea & bantuan dari semua.

Intro sikit saya dah masuk 30 an, masih bujang, seorang perempuan.

Awal tahun hari tu ada kenal seorang lelaki ni, saya namakan H. Kenal dari 1 aplikasi online.

Walaupun dah match lama tapi masing² tak mesej so memang abaikan je la. Setelah berbulan kot baru la awal tahun hari tu dia mesej Hi je. So balas la.

Tengok jarak pun tak jauh sangat. Rupa² nya lepas malam tu dia kena kerja luar negeri 3 bulan gitu (maybe ada yang boleh agak kerja apa).

Cek lokasi makin jauh dia pergi, akhirnya sampai la dia ke negeri di bawah bayu.

Mesej memang lambat la dia nak balas, sebab kerja kan.

Actually dari dulu memang tak minat lelaki kerja ni. Yela banyak review² negative tapi dengar pandangan orang ramai, bukan jenis kerja apa yang menentukan orang tu, tapi diri sendiri.

So tahu dia kerja tu pun sebab buat risikan (profile dia dalam aplikasi tu ada nama, gambar) jumpa la fb & ig dia. So dari komen adik beradik, kawan-kawan dia tahu la dia kerja tersebut.

So ragu² juga la tapi sebab dah terberkenan ni cuba nak faham la kiranya. Bakal isteri yang sangat memahami! Hihi.

So mesej hari ni, berhari baru balas. Normal la untuk kerja tu.

Dekat 2 minggu kot, dia ada post story kat ig. Pasal tempat dia kat sana la, tapi bukan gambar dia. Macam gambar dia snorkeling, dapat cuti la kot sehari. So macam sedih la sikit sebab dia tak balas mesej kat aplikasi tu.

Last² tinggalkan je nombor phone kat aplikasi tu, tak paksa pun dia mesej just cakap kalau free, tak letih atau bila balik kampung nanti ke boleh je mesej. Kalau tak nak pun takpa haha..

Ye memang ini ayat yang saya tulis, mungkin ada salah kot. Dan dia sangat mengikut arahan, ternyata dia tak mesej! Hahaha (gelak bawah shower)

Dan sekarang sudah 3 bulan, dan dia pun baru balik. Dari lokasi tu memang 4km je dari rumah saya so betul la dia ada kat sini dah.

Persoalannya, rasa tak nak putus asa lagi walaupun dah kena reject (lelaki kalau dia berminat dia akan mulakan kan?) Akui sangat fakta tu, tapi fikir² 3 bulan berdoa, 3 bulan tunggu tak kan nak give up macam tu je.

Bersangka baik mungkin dia betul² busy. Ye ada refer perkongsian isteri² yang suami dia bekerja macam tu juga memang busy mereka cakap. Tapi jika sebaliknya tak tahu la huhu..

Dari hasil risikan tadi juga dia pun sama anak bongsu macam say,a haha.. Ciri kedua yang memang tak nak dari dulu.

Tapi tu la the power of berkenan, takpa saya terima awak jangan risau! Family dia pun nampak macam okay, nampak rapat dengan abang² dia. Selalu bergurau kat post.

Style dia berpakaian pun sedap mata memandang. Simple sahaja orangnya. Rupa bagi saya manis je bila pandang. Sebab dah angau je rasa ni ehhh.

Dari segi availability pula hari tu dia cakap single, dari risikan pun takda perempuan yang clingy kat post dia.

Fb abang² kakak pun takda gambar kawin dia ke apa, so semoga betul la apa yang dikatakan, semoga dia seorang yang jujur. Inshallah dia single. Macam saya. Macam kita!

Jadi sebelum lokasi tu bertambah kilometer lagi, nak sangat tegur sekali lagi. Tapi malu, takut juga la. Tapi tetap nak cuba juga, at least kalau kali ni pun kena reject takpa la. Apa la nasib haha..

Jadi pada pandangan pembaca semua patut tak saya usaha untuk kali yang terakhir?

Dan yang paling penting nak tegur macam mana ya? Aduhh…

Admin tolong post cepat, nak tegur malam ni kalau boleh. Takut esok dia balik kem dia, busy pulak kekanda pujaan hati tu hihihi…

Anda semua doakanlah saya berjaya okay, huhu…

– N (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. cuba je lagi sampailah dia kata taknk secara keras.. buat mcm style mikasi kejar eren tu.. kalau jodoh akan bersama jugak tapi usaha kena ada.. sy pun mcm situasi di atas.. awek buat2 bodo je ngn sy.. semoga dptlah awek tu.. masih tgh mengejar ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *