Hidup Ini: Rezeki & Sifat Bersyukur?

Hari ini, mood saya untuk menulis kembali.

Ya, saya sebenarnya sangat gemar menulis (dan juga membaca), ianya merupakan salah satu soul-therapy, self-expression, berkongsi idea dan pandangan, dan yang paling penting, saya juga suka menulis supaya memori saya kekal sebelum dilanda short term memory lost.

Saya juga mempunyai blog pada zaman remaja, namun telah saya delete sebab kadang-kadang kita sendiri rasa menyampah baca apa yang kita tulis di zaman kurang matang itu. Haha (eh saya masih muda ya!)

Mode menulis kali ini maafkan saya kerana menggunakan bahasa pasar dan rojak sebab saya lebih gemar dengan gaya yang sempoi dan bersahaja.

Lebih seronok rasanya. Kali ini, saya ingin mengulas pasal hidup, rezeki dan bersyukur. Tujuan saya mengupas topik ini adalah salah satu self-reflect terhadap diri sendiri, dan juga untuk dikongsi secara anonymous.

Juga niat saya untuk memujuk dan menenangkan hati-hati yang sedang berduka, para pembaca yang banyak membuat luahan dan sedang mengalami kesulitan hidup. InsyaAllah..

Saya mendalami konsep rezeki dan bersyukur apabila saya semakin matang dan meningkat usia, juga melalui pahit manis pengalaman hidup. Dahulu, apabila bercakap mengenai rezeki, fahaman saya tentang konsep rezeki bersifat sempit dan materialistik.

Apa lagi sejak kecil, saya sering dipengaruhi dan dimomokkan oleh fahaman yang mengajar kita untuk berlumba-lumba untuk mencapai segala benda yang bersifat materialistik.

Kita semua mendapat pressure sejak kecil, telah di brain-washed untuk mencapai nombor pertama di sekolah, untuk belajar sehingga ke menara gading, berlumba-lumba dalam pekerjaan, mencari kerja yang bagus, mengejar pangkat, status, mengumpul harta, mencari jodoh secepat mungkin, memperoleh zuriat dan sebagainya..

Proses yang tidak pernah habis.. Apa lagi sekarang kita hidup di era social media yang amat mencabar. Namun, jangan salah faham! Saya tidak pernah menghukum ianya salah! Saya tidak mengatakan mendapat nombor 1 di sekolah itu salah, tidak.

Saya tidak cuba meletakkan label orang yang mempunyai kerja yang hebat dan pangkat status sebagai salah, tidak sama sekali.

Cuma, di pandangan saya terhadap diri sendiri dan orang-orang terdekat saya, kadang-kadang dalam keghairahan mencari dan mengejar rezeki, kita kerap terlupa dan alpa dengan apa yang kita ada.. (Pesanan buat diri sendiri)

Saya cuba berkongsi kisah hidup saya, saya yang dahulu sering merasa serba kekurangan. Saya diuji dengan keluarga yang mempunyai masalah rumah tangga.

Setiap kali saya rasa sedih dan menangis, Ibu akan cepat-cepat memarahi saya, “Jangan nangis! Masalah awak tak sebesar masalah Ibu! Kalau benda macam ni pun awak rasa nak menangis awak belum di tempat Ibu!”

Dengan itu, saya belajar untuk memujuk diri sendiri sejak saya kecil, sejak sekolah rendah lagi.

Saya rasa saya tidak layak untuk buat hal/masalah dan bersedih, kerana Ibu-Bapa saya mempunyai masalah yang lebih besar. Jika saya membuat masalah, maka, semakin hancurlah keluarga ini.

Dengan itu, saya membesar menjadi seorang yang memendam perasaan dan expressionless. Mindset saya, saya harus OK!

Dikatakan rezeki kurniaan Tuhan, saya tiada masalah dalam pembelajaran. Otak saya cerdik, cepat pick-up dalam pelajaran, sering menjadi kesayangan guru dan salah satu top students di sekolah.

Dalam kemelut rumah tangga Ayah & Ibu, saya maintain nampak ‘top’ dan ‘cool’ di mata saudara mara dan rakan-rakan terdekat. Tak pernah sekali pun, sepanjang hidup saya, saya menangis dan rebel di depan saudara dan rakan-rakan mengenai masalah keluarga saya.

Saya nampak ‘OK’ saja secara luaran. Tak kira apa melanda, saya membesar nampak OK sahaja. Saya tak pernah kelihatan sugul dan sedih, walaupun sebenarnya bila saya ingat kembali, sebenarnya saya membesar dengan kesedihan. Pedih dan sedih.

Nak dikatakan juga bukan rezeki saya, keluarga dan saudara mara terdekat, kebanyakannya bersifat negative dan cuba dan mencari kesalahan dan kekurangan saya dan sering dibanding-banding dengan anak mereka.

Bagi mereka, saya tidak sepatutnya membesar tanpa sebarang masalah, pandai sekolah dan agak mempunyai rupa hasil perkahwinan mixed blood dari Ayah & Ibu. (Orang cakap, saya rasa tak cantik pun. Biasa je).

Jadi saya sering dijadikan target makcik-makcik terutama yang mempunyai anak yang lebih kurang sebaya.

Itu pun sepupu saya cakap, dia stress sebab mak dia sering bandingkan dia dengan saya, cakap tak malu ke kalau saya yang membesar dalam keluarga porak peranda lagi berjaya dari anaknya. Hmmm…

Selain dari tu, soal jodoh juga dorang sering cuba bersaing-saing dengan saya. Entahlah kenapa, sudahlah saya ni serba kekurangan kebahagiaan dalam keluarga, nak jugak kacau saya dalam bab-bab kehidupan ini.

Kadang-kadang ada aje cerita mereka yang diada-adakan untuk memburukkan saya dikalangan keluarga. Fitnah dan sebagainya.

Tapi entahlah, dah diajar jadi seorang yang pendam dan redha je dari kecik, tak pernah saya mengamuk atau meradang even saya tahu je apa dorang bawa cerita belakang saya.

Ibu dan Ayah saya, sepanjang saya membesar lebih melayan masalah, stress dan melayan perasaan mereka dalam rumah tangga, jadi mereka biarkan kami membesar sendirian. Yang mereka tahu, saya kena jaga reputasi dan nama mereka.

Jika ada benda negatif atau saudara mengkritik saya bercakap negative tentang saya, saya jugalah akan ditegur dan dimarahi. Walaupun puncanya adalah orang lain, bukan saya. Bagi mereka, saya harus jaga reputasi dan puaskan hati semua orang.

Entahlah, mungkin kerana mereka tak happy dalam rumah tangga mereka, jadi apa-apa yang melibatkan anak, bagi mereka di depan orang haruslah yang baik-baik sahaja. Expectation mereka pada saya amat tinggi.

Tapi rezeki saya juga kerana Ibu-Bapa saya agak bersifat terbuka, bila dah makin membesar, mereka percayakan saya, mungkin juga sebab reputasi saya takde apa-apa masalah kan, saya juga jenis jujur dan beritahu apa-apa yang terjadi dalam hidup saya pada mereka.

Jadi Ibu-Bapa saya dah makin tak layan cerita-cerita negatif yang dibawa oleh saudara-mara kami.

Oh ya, saya mempunyai seorang adik lelaki. Dia dengan saya hanya berbeza satu tahun. Dia pun macam saya, kami seolah-olah hidup dalam hipokrit seolah-olah hidup kami normal, keluarga normal.

Tapi dia jarang dijadikan target negatif saudara mara, entahlah kenapa.. Mungkin kerana dia lelaki? Mungkin sebab dia adik?

Atau mungkin sebab dia jarang di rumah, dia sekolah asrama sedangkan saya menolak offer boarding school dan pilih untuk bersekolah harian biasa sahaja sebab saya tak suka rules di asrama.. haha.

Kami okay, tapi kami sering bercerita tentang hal-hal lain sahaja. Tapi sebab dia jarang dirumah, sering di asrama dan ketika cuti dia selalu jadi wakil sekolah dan kelab untuk sukan, saya lah yang banyak masa di rumah.

Selepas tu adik saya sambung master ke oversea, dan sekarang dia masih di sana.

Jadi sejak kecil, saya sering merasa unsafe, threatened, dan pressured. Saya membesar sendirian, dan menjadi seorang yang hyper-independent.

Saya membesar menjadi seorang yang tak percayakan sesiapa, dan mempunyai trust issues dengan semua orang. Saya rasa semua orang tak boleh dipercayai dan diharap.

Dari segi meminta pertolongan ke, atau pun luahan masalah dan perasaan, saya tahu saya tak boleh percayakan siapa-siapa.

Even kawan-kawan yang claimed saya sebagai rakan baik, closed friends, BFFs whatsoever.. Dorang rasa saya takde rahsia sebab perangai saya nampak ok saja, gila-gila juga, ceria, peramah.

Dorang tak tahu apa dah jadi dalam hidup saya, langsung. Mungkin dorang curious juga dan syak sesuatu tapi sebab terror sangat berlakon, tak pernah mereka tanya soalan-soalan macam suspicious.

Even dengan sepupu-sepupu saya dan saudara-mara, saya tak pernah meluahkan apa-apa, dorang nampak saya OK and strong sangat sampai dorang sendiri tak berani nak tanya apa-apa dari saya, even dorang tahu apa terjadi tapi tak pernah dorang openly bukak mulut tanya saya mengenai masalah Ibu Bapa saya.

Tapi saya yakin dorang tahu apa-apa info dari mak ayah mereka.

Saya pula, belajar depends pada diri sendiri 1000%. Apa-apa pun, buat sendiri, jangan expect dari orang, rakan, saudara, boyfriend ke ex boyfriends ke atau sesiapa lah sebab orang hanya akan kecewakan kita. Or, kalau tak reti.. Kita upah and bayar orang untuk tolong kita..

Kadang-kadang kalau adik saya ada, saya adalah can nak menyusahkan dia.. Tapi tu pun kadang-kadang saja. Jadi sampai sekarang, beginilah saya. Saya boleh selesaikan masalah saya sendiri, saya ada mindset “Semua boleh, apa-apa pun boleh, Malaysia boleh!” haha.

Nak cerita, bila dah besar sikit, umur saya 18 – 23 tahun, saya jadi seorang yang sangat low self-esteem, saya rasa saya ni manusia paling malang dalam dunia. Saya rasa kerdil di kalangan orang lain, dan tak layak untuk apa pun.

(Mungkin effect psychology dan trauma membesar dalam unhappy family even tak bercerai sampai sekarang).

Tapi oleh kerana saya dah acquired skills berlakon yang expert dari kecik dah biasa pendam perasaan kan, berlakon macam takde perasaan buat poker face depan semua orang.

So orang tak nampak semua ni. Jadinya, saya kelihatan ‘normal’ dan ‘confident’ di depan semua orang. Bagi je saya apa saja, mesti saya boleh buat dan solve. Orang tak nampak betapa saya menjadi seorang yang sangat negative pada diri sendiri.

Saya dah jadi sangat harsh pada diri sendiri, I’m the biggest critics of myself. Apa-apa masalah kecik atau besar, terus saya rasa saya ni orang paling malang dalam dunia. Saya rasa Tuhan tak adil dengan saya, saya rasa Tuhan tak sayang saya. Saya compare diri saya dengan orang lain.

Saya rasa bestnya jadi orang lain, saya rasa taknak jadi diri saya. Kalau diberi pilihan, saya nak pilih jadi orang lain selain saya.

Saya ada this victim-mindset, which is very very critical. Saya bagaikan hidup dalam dendam dengan kehidupan saya, Ibu Ayah, orang sekeliling sepanjang saya membesar.

Saya bencikan family gathering, saya benci celebrations apa-apa melibatkan keluarga. Saya jadi bitter. Saya rasa semua tu meaningless dan hypocrite.

Ibu Ayah, saudara mara, semuanya fake dan hipokrit. Saya off social media apabila ada musim-musim perayaan. Saya rasa benci tengok semua orang ada keluarga harmoni.

Saya hidup dalam keadaan “what if”. Di fikiran saya, Ibu dan Ayah fake, tak jujur, selfish dan hipokrit. Sepanjang saya membesar, saya dibebani dengan fikiran “What if things are different”. Mereka sepatutnya bercerai sahaja dan masing-masing cari kebahagiaan masing-masing.

Mereka berdua akan lebih happy bercerai dari bersama dalam keluarga yang tak harmoni ini.

Mereka selfish dan biarkan saya membesar sendirian, mereka tak pernah fikirkan pasal anak-anak, mereka hanya pentingkan hal dan status mereka. Mereka berpura-pura okay padahal saya tahu betapa dysfunctionalnya keluarga ini.

Saya struggle hidup dalam kepura-puraan untuk bertahun-tahun. Saya penat berlakon dari kecil. Saya penat nak pendam perasaan. Saya penat. Jadi saya banyak mengelak untuk ada di rumah ketika perayaan. Saya pernah menipu semua orang.

Pada keluarga Ayah saya cakap saya balik Kampung Ibu, pada keluarga Ibu, saya tipu beraya di Kampung Ayah.

Sebenarnya saya di KL sorang-sorang. Saya tidur saja sepanjang hari. Tak raya langsung. Saya benci semua tu. (Mak Ayah saya sering beraya di kampung masing-masing, kan dah cakap dysfunctional family?).

Tapi bila saya dah besar, Ibu dan Ayah saya tak control saya. Apa pun decision saya, dorang takde paksa dan marah-marah. Cuma Ibu saya yang suka paksa saya ikut dia balik Kampung dia. Mereka pun faham kot kenapa saya tak berapa sudi balik ketika family gathering.

(Jangan salah sangka, saya jumpa sahaja Ibu dan Ayah, cuma bukan time celebrations dan perayaan. Saya lebih suka jumpa mereka personally. Macam ketika bercuti.. Tanpa ada orang lain, tanpa sambutan dan perayaan apa-apa.

Sebab Ibu saya dan saya akan ok kalau hanya kami berdua sahaja. Sama juga Ayah, Ayah akan okay kalau hanya berdua dengan saya.

Tapi kalau sama-sama, entah kenapa panas sungguh. Ada je drama mereka buat saya rasa menyesal saya setuju jumpa mereka berdua.

Sama juga dalam perhubungan, sejak zaman belajar saya ada je berkenalan dan kenal-kenal dengan lelaki. Tapi pantang nampak red-flags, terus saya cut off lelaki tersebut! I turned into seorang yang sangat high-expectations.

Saya tak pandang sangat harta, rupa paras, saya tak minta cincin, emas berlian, bunga ke hadiah ke apa saya tak pandang semua tu saya hanya nak lelaki yang bertanggungjawab, ada common sense, jujur dan tak hypocrite.

Tapi sangat susah ya saya nak jumpa jodoh yang meet expectations saya. Bukan saya tak bagi chance, tapi bila saya dapat tahu mereka tak jujur, saya jadi kecewa dan saya terus putuskan, saya terus taknak. Even dorang sanggup minta maaf, jumpa mak ayah saya, ajak saya kawin.

Saya terus trauma, langsung tak nak dah, saya takut kalau tersilap kawin dengan lelaki yang tak jujur dan memperbodohkan saya seumur hidup saya akan dilayan bagai sampah and kain buruk tak bernilai.

Ada ex boyfriend saya, nampak macam sayang saya, datang jumpa Ibu Ayah tapi rupanya dia tipu saya dia cakap dia single padahal dah ada girlfriend 5 tahun. Dia tinggalkan girlfriend dia sebab saya! Saya tahu dia tak jujur, saya terus cut him off. Saya jadi menyampah.

Saya balik-balik tanya diri sendiri kenapa perlu wujud manusia-manusia tak jujur dan hypocrite ni? Apa yang bestnya menipu dan tak jujur ni?? Seronok sangat ke hidup menipu dan kepura-puraan ni??

Ada lelaki yang jenis jujur kata sayang, bila ada masalah terus lari silent treatment, konon nak tenangkan diri.

Kalau seminggu dua ok lagi, tapi kalau sebulan dua. Saya fikir kalau bercinta pun lari-lari macam ni, dah kawin takkan nak tinggalkan saya bila ada masalah. Nak pergi lari dalam lautan mana sepanjang kawin yang bertahun-tahun tu?

Kan saya juga digantung tak bertali. Saya paranoid, terus saya taknak jugak.

Yang lain-lain lagi tu malas nak cerita. Senang cerita, last-last sampai sekarang saya single saja, sebab bila nampak red flags yang saya tak boleh terima, saya lebih rela single dari makan hati. Saya tak suka orang menipu, tak jujur.

Tahun lepas saya jatuh hati dengan someone, yang sama ada background broken family macam saya.

Bila perasaan kami makin serious, makin jatuh hati, kami sama-sama paranoid dan trauma pulak.. Masing-masing lari dari perasaan, saya takut, dia pun takut. Dia lari, saya apatah lagi, makin lari jauhlah.

Tapi end up, dia beritahu kawan-kawan dia (kenalan saya juga) yang dia takut nak proceed dengan saya, dia rasa inferior dan tak layak bahagiakan saya.

Takut saya akan end up tak dapat terima kekurangan dia dan saya akan kecewakan dia. Tapi sampai harini kawan-kawan dia bagitahu saya dia masih belum move on dari saya.

Kalau ikutkan saya pun tak move on dari dia, tapi saya dah malas nak beriya. Saya takut nanti saya syok sendiri, saya kecewa. Hmm macam-macam hal, kalau dah takde rezeki dan takde jodoh. Macam tu lah ye.

Konsep berlapang dada, menginsafi dan bersyukur dengan rezeki hanya faham dan alami secara perlahan-lahan apabila menginjak dewasa.

Jika dahulu, saya hanya mengenal perkataan ”bersyukur” sekadar teori. Tapi untuk benar-benar faham, rasa dan mendalami, apabila menginjak dewasa.. Konsep rezeki dan bersyukur sering membuatkan saya mengalamun dan berfikir sejak beberapa tahun lalu.

Saya merenung diri sendiri, apa yang telah terjadi.. Selepas tu saya banyak habiskan masa focus diri sendiri, reflect diri, cuba self-love, saya banyak baca buku spiritual, buku-buku motivasi, saya banyak habiskan masa dengan orang-orang positive.

Kawan-kawan ramai yang suka share masalah dengan saya, saya suka baca kisah-kisah Nabi.

Dah panjang sangat, nanti saya sambung ya.. Btw, sebelum tu saya share quote sikit ya hasil bacaan saya

“Jangan sesiapa merasa dengki dengan nikmat Allah SWT kurniakan pada orang lain. Sesungguhnya kamu tidak akan tahu apa Allah SWT ambil pula darinya sebelum ini.. ”

Syeikh Prof Muhammad Mutawalli asy-Sya’rawi (1911-1998 M)

– Peach & Peony (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *