Untuk part I, (https://iiumc.com/mak-mertua-m40-selera-t20/).
Assalamualaikum warga IIUM Confession. Beberapa hari lepas aku ada post confession pasal, Mak Mertua M40 Selera T20.
Patutnya habis dekat situ je. Malas aku tulis panjang2. Lagipun aku jarang menulis. Tapi dekat ruangan komen makin ramai pula yang fitnah aku.
Istighfar panjang aku. Hebatnya mulut manusia menfitnah dan menambah cerita. Jadi aku terpaksa juga tulis bahagian kedua untuk jelaskan beberapa perkara.
Pertama, aku hanya duduk dengan mak mertua selama dua bulan sebab kawasan kami menetap tu sangat susah untuk cari rumah sewa. Kalau ada pun mesti tak memuaskan.
Sepanjang aku dan suami duduk bersama mak mertua, segala bil air, api, internet, coway kami bayar seratus peratus walaupun kami jarang berada dekat rumah.
Aku sebut kami sebab aku pun bayar sekali ya sebab suami takkan mampu bayar semua.
Selain tu, barang dapur dan makanan pun semua kami yang beli. Lima kereta milik mak mertua pun kami tak pernah sentuh ya walaupun kereta kami rosak.
Sebab adik beradik suami claim mak mertua beli kereta tu untuk dorang dan dorang tak benarkan sapa2 guna.
Padahal mak mertua kata kereta tu semua dia punya. Dia takda beli untuk sapa2 pun. Pendek kata kami yang tanggung keluarga mertua.
Maka, orang2 yang tuduh aku dan suami ditanggung mak mertua, ketahuilah anda dah fitnah kami tanpa anda tau pun tentang kehidupan kami.
Kedua, ada juga yang tuduh aku berkira, mata duitan, sanggup hidup terseksa demi nak kumpul duit. Allah. Dekat mana la aku tulis yang aku hidup macam tu.
Seingat aku, aku cuma tulis yang aku prefer beli kereta kancil secondhand sebab aku nak saving aku banyak.
Dengan hanya satu ayat tu, macam2 andaian korang buat ya. Masa aku baru kahwin, aku baru kerja dua tahun ya. Dan percaya la gaji cikgu yang baru kerja dua tahun tak banyak mana pun.
Aku ada join ceramah dengan penasihat kewangan dan kalau ikut pengiraan gaji yang penceramah ajar, gaji aku tak mampu pun nak beli honda kalau aku nak hidup selesa dengan gaji aku.
Aku tak nak hidup bergaya tapi sebenarnya sesak. Aku hanya hidup mengikut kemampuan.
Saving aku RM700 ke RM800 sebulan. Cukup je aku guna gaji aku untuk makan sedap2. Jalan setiap kali cuti. Shopping barang yang aku suka.
Tak pernah pulak aku ikat perut semata mata nak saving banyak. Apa yang aku buat sampai saving aku banyak adalah aku cut benda2 yang tak perlu.
Salah satunya pakai kereta mahal la. Buat apa pakai kereta mahal tapi sebenarnya kau nak beli baju sehelai pun tak mampu.
Ada sorang dekat ruangan komen ni pulak cakap kalau ada saving banyak tu sebenarnya red flag.
Dekat mana la dia belajar macam tu. Pendek kata kau hidup la macam mana pun kau nak asalkan kau tak susahkan orang lain dan duit kau tak licin sebelum gaji masuk.
Ketiga, ramai juga yang nak tegakkan yang cara hidup aku ni salah. Ada yang cakap cara hidup yang bagus bila kau ada kereta mewah, beg mewah dan masih ada saving.
Orang yang komen macam ni pun sebenarnya tak faham main point confession aku. Main point aku adalah jangan berbelanja di luar kemampuan.
Kalau dah orang tu mampu pakai kereta mewah, beg mahal, saving banyak, tu maksudnya dia mampu la, maksudnya dia t20.
Tengok balik tajuk confession aku. Tajuk aku M40 tapi hidup macam T20. Bukannya T20 jangan hidup macam T20.
Pusing ikut mana pun point dia tetap sama, hidup la mengikut kemampuan. Jangan la ikat perut semata mata nak menunjuk yang kita ni senang.
Keempat, ada juga yang cakap aku tak layak pun buat confession sebab aku tak kena teruk pun dengan mak mertua aku. Kononnya aku buat confession sebenarnya sebab aku busuk hati dengan mak mertua.
Pada korang mungkin tak teruk sebab aku just cerita tanpa bagi contoh ayat mak mertua aku. Kat bawah ni contoh ayat2 yang aku dengar tiap kali kami jumpa ya. Korang fikir la sendiri sakit hati ke tak.
“Tak nak tukar kereta ke? Cikgu dekat sekolah mak baru posting dah pakai honda city. Pakai kereta elok sikit baru mak bapak hormat. Takpela la keluar duit sikit pun, asal nampak benda yang kita nak”
“Tu Mak Ngah dah sampai dah. Lahh dia bawak vellfire ke. Tak tau kenapa dia taknak bawak mercedes dia. Family kamu ada ke yang pakai vellfire?”
“Siti bekas anak murid mak tu nak kahwin hujung bulan ni. Umur muda dari kamu tapi dah beli rumah besar. Kereta pun dua bijik”
“Kita ni perempuan kalau ada duit sendiri jangan la harap duit suami sangat”
Bukan tu sahaja ya. Kalau setakat dengar dia berlagak takda masalah. Tapi sebabkan masalah kewangan dia, kewangan suami aku pun terjejas.
Sampai hari ni mak mertua pinjam duit suami setiap bulan. Selain tu, bil2 rumah dan topup phone adik beradik pun dorang mintak suami.
Benda ni perkara biasa ke pada korang? Perkara biasa ke kalau isteri tanggung diri sendiri sebab suami kena tanggung family dia. Dan most of the time mak mertua tak bayar pun duit yang dia pinjam dari suami.
Jadi fikir2 la sendiri samada confession aku ni adalah luahan hati menantu dan isteri yang tersakiti ataupun luahan menantu yang busuk hati.
Kesimpulannya, sebelum korang komen, fikir la terlebih dahulu kerana setiap komen tu mencerminkan peribadi dan mentaliti korang.
Kalau dengan confessor di alam maya pun korang boleh fitnah, aku tak tau la apa nasib orang terdekat dengan korang. Dengan mulut macam ni, mesti banyak ahli keluarga yang tersakiti.
Jaga perkataan jaga perbuatan. Kebanyakan yang comment guna gamba anak, family, suami, isteri. Malu ya bila ahli keluarga tau mulut kita macam tu.
Untuk yang masih menegakkan gaya hidup boros, teruskan lah. Tapi jangan menyusahkan orang sekeliling bila dah ditimpa masalah. Akhir kata selamat maju jaya.
– Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Saya faham perasaan awak ni.
Sbb saya pun ada mak mentua boros.