Assalamualaikum semua. Saya seorang isteri yang sedang dalam dilemma.
Saya baru sahaja bernikah beberapa bulan bersama suami, namun saya masih kekal seorang dara.
Ya, saya masih dara. Tetapi ibu bapa dan mentua tidak tahu akan hal ini kerana bagi saya dan suami, ini adalah aib keluarga kami.
Jadi kami memutuskan untuk berdiam diri dahulu.
Dulu suami saya tidak kisah tentang ini. Tetapi sekarang semakin hari semakin dingin.
Setiap kali diajak bersama, saya menjadi sangat takut.
Saya pernah terbaca tentang vaginismus di internet, dan saya rasa saya adalah seorang wanita yang menghidapi penyakit tersebut.
Saya cuba mengajak suami untuk membawa saya berjumpa doktor, tetapi saya akan ditengking dan dimarahi.
Dalam dua tiga minggu ini, suami kerap pulang lewat ke rumah. Makanan yang saya masak tidak dijamah. Naluri seorang isteri mengatakan bahawa suami saya telah curang di belakang saya.
Suatu hari yang telah ditakdirkan Allah, saya tergerak untuk menyiasat handphone suami.
Dan ketika saya mendapat peluang, saya dapat membaca semua mesej dan facebook serta whatsapp suami. Alhamdulillah, tiada komen atau mesej yang mencurigakan.
Tetapi saya sangat terkejut, jantung saya bagaikan tidak berdenyut lagi apabila saya membuka telegram suami.
Terdapat beberapa group telegram yang suami sertai adalah group yang berbincang perkara lucah.
Group ini disertai suami dan isteri orang lain juga dan mereka berbincang tentang s3ks dan perkara lucah.
Saya tidak sanggup membaca perbualan di group telegram tersebut. Saya terpaksa berpura-pura tidak mengetahui hal ini sampai sekarang.
Baru-baru ini heboh di media sosial tentang seorang perempuan yang membuat group lucah dan bersembang tentang aib suami isteri,
Perempuan ini mengajar suami-suami supaya memberi layanan buruk kepada isteri sekiranya isteri tidak memenuhi keinginan s3x suami dalam apa jua keadaan.
Apabila saya membaca kiriman-kiriman post tersebut, saya yakin bahawa group yang suami saya masuk di telegram adalah group yang sama.
Saya digelar derhaka hanya kerana sakit dan tidak berdaya memenuhi kehendak suami.
Oleh kerana suami tidak mahu membawa saya mendapatkan rawatan, saya sendiri telah pergi berjumpa doktor dan doktor mengesahkan bahawa saya adalah penderita vaginismus.
Saya sangat sedih kerana suami saya berubah sekelip mata hanya kerana mengikut ajaran wanita sesat ini.
Saya tidak akan memaafkan anda dan saya berharap suatu hari nanti wanita ini akan dikenakan tindakan kerana membawa ajaran sesat kepada para suami.
Saya masih dalam rawatan dan saya terpaksa berjumpa pakar kaunseling untuk memulihkan kembali semangat.
Saya berharap kalian semua mendoakan yang terbaik untuk rumahtangga kami.
– Mas (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit