Si malang.. Ya aku anak yang malang.. Sejak kecil tidak pernah dapat kasih sayang.. Aku si malang.. Sekolahku terus darjah 1 tidak seperti adik beradik ku yang lain, sempat merasa sekolah tadika..
Aku yang malang tiap hari pukulan dan makian ku terima dari ibu kandung ku sendiri..
Aku anak yang malang, hanya akan dibelai oleh ibuku ketika dia perlukan aku untuk menghutang beras di kejiranan ku, lepas dari situ bermula la nasib si malang dipukul dihina..
Tidur bertemankan air mata, makan apa yang ada, pergi sekolah berjalan kaki jaraknya bukalah dekat untuk anak sekecil ku,
Berbekalkan 20 sen itu pun kalau ibu ku baik hati, salam ku di tepis seperti insan yang meminta simpati..
Balik dari sekolah, ibuku arahkan aku memasak, mencuci kain, memotong ikan.. Tidak terkira berapa sakitnya tangan ku yang terluka, kuku kaki ku yang terkopek disebabkan terkena air berterusan..
Aku si malang, difitnah mencuri duit ayahku.. Aku nafikan kerana bukan salahku, tapi ibu tetap menuduhku, sedangkan ibuku tahu itu salah abangku sendiri..
Di kala ayahku kerja, Ibu ku sumpah aku jadi pelacur, ibu ku halau aku dari rumah, tapi dengan umur yang masih mentah aku mahu kemana?
Teringatkan ayahku, lagi membuatku takut utk pergi.. Kerna akan jadi sebaliknya aku yang akan difitnah.. Berumur 13 tahun, ibuku melarang ku sentuh masakannya..
Tidak pernah membeli kan ku pakaian, apa lagi seluar dalam, demi ALLAH, itulah aku si malang.. Hidupku cukup tersiksa dengan hidup seperti ini..
Bila kawan-kawan ibuku datang bercerita, ibuku akan burukkan diriku tidak pandai menolongnya.. berbeza pula dengan adik beradik ku.. Semua cerita yang indah-indah..
Jangan persoalkan kemana ayahku.. Kerna tiap kali ibu mendera ku, dia akan pastikan yang ayahku tiada dirumah..
Bekal kesekolah yang ayah ku bagi, tidak pernah sampai di tangan ku,
Berat badan ku dengan umurku tidak normal seperti perempuan lain, kerna aku bukan kais pagi makan pagi, kasi petang makan petang.
TAPI aku akan menjadi pencuri dirumah sendiri, mencuri makanan apa yang boleh ku makan..
Jangan ditanya tenaga ku, hanya cukup-cukup untuk aku bernafas, berbekalkan minum air paip, makan buah mangga, limau..
Baju ku hanya 1.. untuk aku pakai tidur, yang lain semua baju adik beradik ku.. Itupun ibuku buang bajuku dilonggokkanya dekat lantai dapur.. Ya aku si malang.
Bila ambil report kad di sekolah.. Ibuku tidak pergi kekelasku, ibu hanya urus adik beradiku..
Aku hanya mampu memandang dari jauh, melihat ibuku balik bersama abangku.. Ibu tidak pernah menganggap aku anaknya sampai sekarang.
Ayahku tidak pernah tahu apa yang terjadi sebenarnya hinggakan ayahku panggil aku anak derhaka,
Ayah tidak pernah cuba bertanyakan ku sendiri apa sebenarnya, kerna aku bukanlah jenis yang berani bersuara disebabkan takut penampar yang sampai duluan sebelum mulakan bicara..
Ayah? Dulu ku bangga ada ayah tanpa ibu.. Aku usaha membahagiakan ayahku..
Tapi ayahku seperti mengambil kesempatan dariku dan suamiku.. Ayahku bandingkan adik beradikku, ayahku bezakan cucu-cucunya.. Bukan hanya aku yang malang..
Tapi anak dan suami ku pun ikut malang kerna dijauhkan oleh keluargaku sendiri.. Aku bahagia sekarang tanya ayah ibu.. berayah ibu tapi sebenarnya aku anak yatim piatu..
Cukup kenangan ini buat aku menjauh dan cuba hidup dengan keluarga kecilku.. Allah tidak pernah tidur.. Aku Anak yang Malang..
– Si Malang (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit